Tuesday, March 31, 2009

nothing much to say

1. internet macam samdol. eee. benci!

2. skype pusing2.

3. untuk kawan2 lama, specifically yang selalu melepas rindu dengan aku dekat YM. (hehe, jimat kredit), aku xdapat nak online sekarang (dah lama sebenarnya). sorry!. xtaw kenapa last time lepas format lappy dia xboleh install masuk laptop aku balik. malas aku nak layankan masalah2 kecik macam ni. ada x sape2 nak tolong setelkan masalah aku ni? haih~ (ramai betul tanya, ni mesti korang dah rindu dekat aku kan3?)

4. petang tadi leya SMS. tanya progress. ceh. btw, dia rindu aku~ rindu kamu jugak~ tunggu aku balik jb lagi 2 minggu howkeyh babe!~ nanti kita pusing2 taman daya ok?~ ushar pakwe..(ade ke)

Monday, March 30, 2009

minggu 13

minggu 13, minggu 14...
minggu2 terakhir untuk siapkan dan hantar semua project dan assignment.
dan minggu test..(yiahaha!)
minggu sebelum study week.

selalunya minggu2 ni semua orang macam mamai sikit. cakap pun xberapa fokus.

tapi jangan cakap ko xtaw yang minggu ini minggu ke 13. sekeh kang!


Post Scriptum : PING...PING..PING...PINGU..PINGUU!~~ (cite feveret mak aku neh..haha)

Saturday, March 28, 2009

atas nama cinta

Jika cinta berbicara
Hati ku kau percaya
Usia dewasa mengajar erti cinta
Apalah aku diam tak mampu

Terbatas cinta kerna norma dan Dogma
Ketulusan hati menjadi tanda tanya
Kenapa aku semakin pilu

Dan atas nama cinta
Terlahir aku melihat dunia
Demi jiwa ruang batinku
Kau adalah pendamping jiwaku
Oh....

Kan usia dewasa mengajar erti cinta
Ketulusan hati menjadi tanda tanya
Apalah aku diam tak mampu


Post Scriptum : sedang taip kerja sambil dengar lagu + main pet society (ehem2, abu si saie sudi jadikkan lito aku kekasih dia, tapi dengan syarat dia suruh aku beli baju baru. haha. dasar lelaki) + post entry.

Friday, March 27, 2009

apple besor

oh, yummy!~




untuk malam ini.
tengah malam sikit kang aku jamin aku merapak lagi cari makanan. hehe
selera tinggi xhengat. apa la nak jadik kau ni.


Post Scriptum : blog aku ni macam berpenyakit. so, sedikit malas nak blogging.

Tuesday, March 24, 2009

sekutu kuat berangan

meniti dari hari ke hari
mencari jawapan persoalan
kiri dan kanan ku ada
depan belakang juga
lindungi setiap kata kata
supaya tidak menikam hati

menjiwai malam
hari ku
tetap ku cuba
luaskan mata
walau kecewa
suntuk masaku
akhirnya
nekad ku tekad
meraikannya tanpa bersalah

mengeja sayang menyebut benci
dunia ibarat dosej gula
kiri dan kanan ku ada
depan belakang juga

P.S : terima kasih kepada yang berkenaan. dengar nama band dia aje aku dah tergelak. hahaha! like i said before, senang nak tackle pembeli wanita kan. market tinggi. wahaha.

P.P.S : rasa nak lompat!! owyeeah!

Sunday, March 22, 2009

perjalanan yang sangat adventure

baru sampai ump.
sangat penat. dalam bas aku xboleh nak tidur.

kenapa?

sebab...

sebab tadi driver bas tu bukak karoke lagu jawa!!!!!!~~ dah lah kuat. aku dah sumbat earphone ketat2 kat telinga and volume paling tinggi pun xjalan. mangkuk betul lah!

aku rasa tu lagu jawa sebab aku penah dengar atok aku cakap guna ayat2 dalam lirik lagu tu. xtawlah apa maksud dia.

yang xboleh tahannya, lagu tu lagu jiwang meleleh. alahaai~~ nak ketawa pun ada. sebab ada part2 aku tringat gaya atok aku bercakap. muahaha

tolonglah pakcik, kalau pakcik bukak lagu pop yeyeh saya boleh layan lagi. tapi bukan lagu jawa.

Post Scriptum : saya berharap pihak pengurusan bas lebih alert dengan perkara2 macam ni.

P.P.S : oh, im rainbowing right now!

Friday, March 20, 2009

saya balik dulu

hip hip hooreeyy~~
esok beta akan berangkat pulang ke jb. akhirnya. haha.

kepada sayang2ku yang pergi camping kem jati diri ke apa tah tu, jaga diri baik2 ye. kalau ikutkan i nak pergi jugak, tapi xde pemangkin. haha.(terlalu jujur)

ok, till then.

***tetibe aku rasa kaler kulit jason mraz sangat cantik. tanned kah itu? muahaha! xde kena ngena. serious aku dah ngantuk!

Sunday, March 15, 2009

aku rasa macam nak jadik powerpuff girl yang kaler pink!

bila aku lapar, apa lagi benda lebih heaven yang ada dalam kepala otak aku selain daripada beskot kosong dan roti kosong sebagai pengalas perut. (siap ada awan kepol2 atas kepala) haha. sengkek gila. well,,aku xmampu nak beli chipsmore. apetah lagi weetameal. (ngihihihi)

ni aku cakap gini maknanya aku tengah lapor la tu..xpaham??

seharian petang aku dok pikir nak siapkan esaimen mandarin.
*MEEN my partner,, i dah buat separuh jalan, tapi xmampu nak habiskan..uwaargh!!

dialog kita dekat separuh page.(ni belum siap lagi ni).bajet terer cakap cina.
nak hafal lagi satu bala. mauahaha.

Friday, March 13, 2009

carte blanche

baru sekejap, aku ke blog salah sekumpulan teman2 baik aku. blog yang mereka hidupkan bersama. menarik. apa yang mereka tuliskan, semua dari apa yang mereka perhatikan dan apa yang mereka rasa. dan paling penting, tulisan mereka ialah pendapat mereka.

tapi, ada pihak yang semacam xsenang dengan pendapat mereka. berbakul dia kutuk. sialan betul.

ok, terpulang kepada mana2 pihak untuk mengkritik tulisan mereka. tapi please lah, in a proper manner boleh x?

kau masuk xbagi salam, tiba2 kau bom rumah orang. apa jadah?

ok, straight to the point, apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, aku xsuka tengok manusia yang mengkritik blog orang lain.

what the fish!!

blog dia, suka hati dia lah nak tulis apa kan. nak jiwang2 ke, nak puji diri sendiri cantik ke, nak kutuk orang ke, itu blog dia. kau? ada blog?

aku dont mind pun kalau ada manusia nak kritik blog aku, silakan. tapi, ada cara kan nak menegur orang? so, guna otak macam mana nak menegur orang. gunakan approach yang terbijak, bukan terbodoh. sebab kalau silap haribulan, kau akan merevealkan kebodohan diri sendiri di hadapan tuan punya blog dan orang lain.

aku sendiri mengaku, ada beberapa jenis blog yang aku xberminat nak baca. worst, aku geli. (haha). cara terbijak yang aku rasa aku dah ambil buat masa sekarang, aku kurangkan baca blog2 itu. maka, dapat menghindarkan mulut aku cakap.. "fishy nya writting dia"

well,, aku pun bukan pandai menulis. aku pun berat menulis pasal diri aku aje. so what? ada aku kesah?

so, kepada yang xsuka dan geli nak baca, bolehlah berambus. aku pun xpaksa siapa2 untuk baca blog aku. kalau rasa tulisan aku bodoh, boleh tegur, tapi bukan ambush xtentu pasal.

paling xboleh blah, ada satu blog, member aku jugak, COWARD anonymous terus menghantui blog beliau. kutuk belakang aje dia berani. memang such a LOSER!!

kepada blogger sekalian,
teruskanlah tulis apa yang korang nak tulis.

like to share my most feveret magic words...

CARTE BLANCHE--> kebebasan melaksanakan sesuatu mengikut kebijaksanaan sendiri.

sha, sory kerana aku mem-plagiarise karya kau.

just now, im reading sha's blog. try lah. and im wondering...kalau,kalau,kalau..
and the next post was boyfriend STEALER. wow!
seriously sha, the storyline really distract my train of thought. (haha)
yikes!
pengalaman2 sesak dan senak yang aku benci.
sebab aku pernah rasa. rasa dia macam hell!

but WORLD,,
im not a biatch that steal other biatch's boyfriend owkeyh!
oh, aku tidak se-desperate itu.

and the character..fina (eyuu) and mr. mcdreamy, sounds very cute. (mana kau dapat nama ni?)

for now, aku xtaw entry itu untuk siapa. sungguh. untuk kawan dia ke, diri dia ke, tah2 kisah cinta silam dia sendiri. haha. tiada pakatan pun berlaku semasa beliau mengepost entry berkenaan. cuma, macam tersama dengan apa yang aku pernah rasa (hehe) dan angan-angan nak tulis. haha.

for sha, sorry for plagiarized karya anda. ngeh3.

*a round of applause*bow*

pen off!

Wednesday, March 11, 2009

don't have to be so cool to rule my world


cuti maulud hari tu, Plan A telah bertukar kepada Plan C. haha. walaupun telah berlaku susutan wang yang sangat kritikal sekarang, aku layan aje 3, 4 lagu dengan budak2 ni. itu baru aku sorang, darab lah sendiri dengan 4 orang.

walaupun suara aku memang xsedap, tapi rilek aje lah nyanyi. padan muka siapa yang kena dengor.

baru aje transfer gambar dari hp aku, baru aku perasan betapa lebarnya senyuman aku macam muka orang yang terlalu bahagia.

dan, macam dah nak start keluar double chin!! argghhh!!!!

tengah malam tadi, steady aje aku makan 10 keping weetameal dgn 2 keping roti cicah oligo koko. itu pun sebab mint dah tengok aku lain macam. sebab dah termalu, so aku stop. kalau takkkk......

Monday, March 9, 2009

blogshop

blogshop yang semakin hangat sekarang, telah memberi inspirasi kepada rumate aku iaitu saudari mint yang memang otak bisnes untuk jual tudung tru blog. join venture dengan siti. maka, hiduplah blogshop itu.

sebelum ni dia jual tudung dekat bilik aje. xnak berlambak pulak. tapi aku xkesah ok. xde pun bising bilik bersepah ke, semak ke. itu tandanya aku ni memang rumate yang mithali. siap tolong pulak dia bisnes. ko kena bersyukur mint, dapat sebilik dengan aku. kalau orang lain mesti dah komplen dah. lepas tu insap xnak sebilik dengan ko lagi tahun depan. haha!

aku tumpang sedut ilmu2 bisnes mint tu sebenarnya tanpa pengetahuan dia. aku sekarang observe aje apa dia buat, cukup masa nanti aku pulak bisnes. muahaha. (tah bila tah)

so, sebagai sokongan awal, entry ini untuk expose blog kau lah. ops, siti sekali. hehe..

semoga berjaya. untung jgn lupa share.

so semua, bolehlah ushar2 kalau nak beli tudung,selendang. lelaki pun boleh ushar jugak. beli untuk mak, kakak, adik perempuan,.....awek..

http://kedaitudungmintsiti.blogspot.com

Saturday, March 7, 2009

nak tidur

ekoran masih xboleh tidur pagi2 buta gini, aku layan lagu2 indon sambil duduk atas katil, letak laptop atas riba, dan blogging. peh, macam orang kaya. tapi kadang2 wireless macam gampang. ni yang rasa nak beli broadband seketol. cheh, macam kaya sangat.

tengah mengenang nasib diri yang xdapat balik rumah walaupun cuti 3 hari. tetiba teringat dekat bapak aku bila lagu MATAHARIKU main.

***masa tu dalam kereta nak ke shah alam. amek adik aku balik cuti sem hari tu. dekat radio tengah main lagu MATAHARIKU..

"sedap lagu ni" haah..lagu baru ni.. " ooo...sedap suara misha omar" errr.....agnes monica lah ayah. " eh, xlah, misha omar ni..."

perh, bapak aku xnak kalah. dia nak jugak kata lagu tu lagu misha omar. haha. xpe2.


***sob,sob...rindu ke rumah.

Friday, March 6, 2009

macam sengal pun ada

xtaw nak bagitaw siapa.

aku paling xsuka bila aku rasa xsedap hati. sebab aku pun xtaw kenapa aku xsedap hati. tah pape.

sekarang, tengah xsedap hati. biar aku bagitaw semua. habis cerita!

Thursday, March 5, 2009

the guy was gorgeous

semalam petang, aku bantai tengok cerita korea. movie. xtaw lah cerita ni baru ke dah lama. tapi yang pasti aku dah lama dah amek cerita ni dari adik aku, tapi baru tengok. dia lah beriya suruh aku tengok. best lah, comel lah, sweet lah. haih, budak2, biasalah. aku layankan aje.

THE GUY WAS GORGEOUS

erm, ok. memang sweet pun. boyfriend samseng nak mati. tapi awek tetap dihati. peewiit~
lagipun, hero dia memang gorgeous pun. siapa tah aku xkenal. heroin dia xberapa sangat. muka korea kopek. huahua. bestnya ngutuk.

kepada kawan2 aku yang dah bosan tahap xtaw nak buat apa, jangan segan2 nak mintak cerita ni. datang aje bilik. tapi malam ni kena siapkan esaimen hydro dulu ye adik2. kang malam sikit kasi aku copy. haha.

dah,dah. petang kang aku ni sebenarnya ada test law and oral mandarin. dialog xhabis hafal lagi boleh rilek aje blogging.

wo chiow lulu(dulu).

Monday, March 2, 2009

sedikit distract mood belajar. ecececee.

owyeaah~

teka,teka...lappy gua dah balik. haha!
condition laptop semua ok. problem pada skrin aje. aku xnak macam lost lah pulak dekat sebulan hidup xde laptop. merapak aje ngendeng laptop orang.

trimas kepada rumates aku yang memang penyabar tahap dewa dewi dengan aku. haha.

1. pasal kasi aku ngendeng laptop mereka.

2. pasal tadi mint dengan neb pergi jemput laptop aku dekat HP centre. nak harap si cina tu call aku, haram. dah lah eja nama aku dekat resit (masa first aku hantar dulu) pun salah. dah elok2 aku tulis nama aku besar2 SUHAILA BT SULONG. tapi boleh pulak dia tulis SHUALLA. rasa nak lempang aje weh. lepas tu aku cakap problem WHITE SCREEN, dia tulis WIDE SCREEN. mangkuk hayun betul. aku pulak boleh xcek resit dia time tu. dah balik baru perasan. nasib baik technician kat HP centre tu x kecikkan screen aku. memang jadi bahan ketawa jugak lah dalam bilik.

3. pasal memberi sokongan moral. ;P

so, members, boleh skype aku kalau nak apa2. jangan skype neb lagi, hangin pulak si neb dengan aku kang. hehe.

pen off.