Monday, August 31, 2009



HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!!!


Saturday, August 29, 2009

kelab 21


HAPPY BIRTHDAY SAIFUDIN!


thank you for being such a nice friend.


din bagitaw aku hari ni dia balik KL. tengah jalan sorang2 dekat Times Square, mengimbas kenangan cinta (tak menjadik) katanya. hahahahahahaha. papelah din, jangan masuk KFC sudah.


*silent reader i yang setia ni. lepas ni konfem aku kena fire pasal timbulkan cerita cinta xmenjadi dia tu. hehe. alaaa din, suka2 aje ok. dah lama xjumpa, bila lagi nak kenakan din. (^_^)*


Friday, August 28, 2009

boys over flower

OMGOMGOMG!!!!

excited gila.

perkara yang buat seorang pengintip (pengintip ke?) berjaya macam i gembira ialah bila manusia yang diintip selama ini berface-to-face dengan kita malah tiba-tiba telah memberikan senyuman paling ikhlas dekat kita walaupun xcakap pape.

senyum xboleh control ok. malu pun ada bila benda tu macam obvious sangat.

actually this is all for fun. alah, i bet most of people pun buat benda ni kan. hehe.

anyways, selamat berbuka semua!


*sha, lepas ni kau pergi pulak. hesh, sweet siot xtipu. hahaha!

Thursday, August 27, 2009

masa dekat marik dulu rumate aku anis (yang masa tu cuma dia sorang aje ada laptop) selalu bukak lagu2 acha septriasa & irwansyah masa bulan puasa.

sekarang aku tengah dengar lagu2 acha. soundtrack My Heart. tiba2 rindu hidup dekat matrik. (-__-)

27.8.09


ANNOYED WITH PEOPLE AROUND ME!

sorry. it just came.
it is nothing really but why I'm taking it so serious?

oh please, grow up suhaila!

Wednesday, August 26, 2009

26.8.09

1. baru lepas mid term.tangan macam nak terpatah.haiyoh!

2. semalam leya message cakap rindu dekat i. i pun rindu tapi xreply pasal semalam busy teramat sebab esoknya kan test banyak xcover lagi. sekarang i reply dah. heh, rindu nak lepak lama2 dekat rumah kau.

3. chah pun aku taw dia rindu dekat aku sampai dia buat gambar yang terlalu comel. [klik]. at least aku xsedih sangatlah bila tengok ada gambar aku n alia yang comel tu. chah memang ratu segala yang comel.


* kenapalah sejak 2 menjak ni ngantuk gila.

Monday, August 24, 2009

24.8.09

1. mid term Project Management in Construction 1. please enjoy your reading,people. aku jugak yang malas nak baca.

2. btw, group gemilang terbilang bila kita nak start research on our court building project? tah apa rupalah court building tu agaknya nanti. teringat project buat swimming pool masa 1st year dulu. macam hancus aje. haha!

3. Nadiah Amir, kau dah bisnes crystal sabah pulak ye. maju seehhh. hantar tru email pulak tu. nak diskaun 100% baru nak beli. (^_^)/

Saturday, August 22, 2009

ditagged oleh shashiwon..hello~~bukan selalu dia nak tag orang taw..haha!


1. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

makanan untuk berbuka puasa + tiket bas balik raya (woohooo!!~~)

2. apakah bende paling penting dlm hidup kamu?
keluarga, saudara mara, sahabat handai. duit muit.

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
adalah.rahsia.

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
xpernahnya lama.

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
cintakan diri sendiri.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
resoran dekat Panching.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
sama macam shashiwon. buku steel & timber design.

8. Apakah nama penuh kamu??
suhaila sulong. (lagi senang nak sebut)

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
dua2 ok. mak ayah i sepoting.

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
lelakiku.

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
-shashiwon
-leezah
-mint
-neb
-wanie
-fara
-din (suka panggil aku kak su. padahal dia lagi tua dari aku. cis!)
-xtaw nak letak siapa lagi. xramai kawan rupanya aku.

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
oh yes bebeh. tapi dekat ump jela gamaknya.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
i pun nak ikut shashiwon pergi korea.

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
-nama beliau syazana. nama komersial sekarang shashiwon
-used to be my classmate since our 1st semester until now.
-samseng sikit.
-mata bulat2 ball
-muka kiut sampai dapat boipren comel

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
-lagu raya (hehe)
-tempe
-duit
-chocolate
-kuih raya
-baju raya
-hantu raya..takuut~~
-DUIT RAYA

16. Pelukan atau ciuman??
both bebeh.

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??
-eshh
-mangkuk
-bodoh
-gila ah
-tah aku pun xperasan aku selalu sebut apa.

18. 8 buah buku yang paling baru di baca??
-buku baru Ramlee Awang Murshid. apatah nama tajuk dia.
-the wonderer (cerita zaman2 dulu, perang2 lah apa lah)
-gila-gila diawan biru (cerita experience sebenar seorang stewardess sepanjang dia bertugas dengan MAS. best aku xtipu ni.)
-perjalanan tak direstui. (buku ni dah dekat 10 juta kali kot aku baca. naik hapal. cerita pasal perjalanan dari London balik ke Malaysia guna jalan darat. pengalaman pengarang sendiri. and pengarang buku ni pernah datang bagi ceramah dekat UMP pasal cancer masa aku 1st year dulu. well,,aku sorang aje excited nak mampus pergi ceramah tu, orang lain x. haha!)

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
-lagu raya (dari kecik sampai sekarang aku dengo xpernah jemu. malah perasaan nak raya semakin membuak-buak)

20. Mari men'TAG' 8 orang lain...
ramai sangat kawan2, kang klo x tagged kang ada yang kecik hati. so, kawan2 aku semua, pegi buat tagged nih!

Friday, August 21, 2009

happy ramadhan

message from Tam:

sila nikmati hidangan tengah hari anda hari ini krn bermula esok, tiada lagi makan tengah hari selama sebulan melainkan anda menikmatinya di kuil berhampiran. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.

wah, i gelak sorang. macam kelakar and excited sebab dah lama xde orang main bagi2 forward message. masa sekolah dulu selalu lah kan. lepastu cepat2 terus forward dekat auntie2 i yang sporting kepala harubiru macam budak2.

beliau reply:

long, mesti mak kau lebih gembira kau makan tepi kuil, daripada kau dapat puasa penuh sebulan. he..he..he..

hahahahahahaha!!!!...(xpaham sudah)


* selamat berpuasa!

Thursday, August 20, 2009

tagged by anis (lama dah beliau tag)

1) Beside your lips,where is the favourite spot to get kissed?
forehead.

2) How did you feel when you woke up this morning?
segar..cukup tidur(sebab kelas pukul 10. hehe)

3) Who was the last person / people you took photo with?
banyak orang sebab weekend haritu dinner kan. tapi paling last kalau xsilap dengan Hafeez kot.

4) Would you consider yourself spoiled?
sometimes.

5) Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
yes.

6) Do you want someone to be dead?
no.

7) What does your last text message say?
"buat lab highway sekarang" forward dekat 2 mamat group aku yang buat2 bajet xtaw.

8) What are you thinking right now?
semoga malam esok,lusa,tulat blablabla mint semakin rajin buatkan teh O untuk i. (no wonder i love u more bebeh ;) *wanie & neb still my darls, nowories)

9) Do you want someone to be with you right now?
no.

10) What was the time you went to bed last night?
2.00am

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
somewhere in seremban.

12) Is someone on your mind right now?
family hey.

13) Who was the last person who text you?
kucai. -aku datang lambat sikit-


* tagged from anis yang dah berkulat2. sorry i baru perasan. hehe.

eh ke ek

nak diet, nak diet!!
dah 5 juta orang kata pipi i semakin tembam.


tagged by jau

***check this out. entry dinner hajau. thanks jau yang meletop!* gambau aku pun ade tu.
****eh,eh, i kena tag dengan beliau.. (^__^)

arahan tag :
1. letak gambau manusia yg korang mention kat soklan no 1.***dah datang melakau dia***
2. hendak lah jujur beri jawapan walaupun kebenaran tu amat menyakitkan hati.

raksi 1st year. muka junior yang terlalu.

1. Apakah hubungan awak dan dia? (Sesiapa pun boleh)
teman sebilik. aiceh, ayat!

2. 5 impression terhadap dia
meletop
vogue gedevas
nur kasih
sukakan hiburan
hottt!

3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak
selalu kupaskan kulit buah untuk i, kejut i bangun sahur,nyanyi sama2 lagi2 lagu bunga2 matahari, gossip lepastu ketawa kuat2 macam orang gila pukul 2,3 pagi masa 1st year dulu (time tu memang banyak gila time free), makan bersila tengah2 bilik, SURUH AKU BUANG BIJIK BUAH NAGA, ajar aku makan asam, jeruk & sewaktu dengannya, fikir plan birthday party setiap orang tiap2 tahun and paling memorable opcos lah masa birthday party untuk i. *oh, banyak gila benda yang terlalu memorable nak di list*

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
"xpe, aku belanja." (^_~)

5. Kalau dia kekasih awak.. awak akan
paw mereka habis-habisan lagi2 si wanie.

6. Kalau dia jadi musuh awak. awak
xpernah terpikir pulak dalam kepala otak.

7. Kalau dia kekasih awak. awak akan
mangkuk ke? kan dah tanya tadi.

8. Kalau dia jadi musuh awak... mungkin kerana
sebab habiskan Hup Seng aku.

9. Overall impression ttg dia.
mak-mak wannabe

10. The most desirable thing to do to her/him
muah.muah.muah. (i'm not good with words)

11. Apakah awak rasa ttg pandangan orang terhadap awak?
gadis ayu. ;DDDDD

12. The character/(s) of you for yourself?
pemalas.

14. The most ideal person you want to be with
rahsia.

15. For people who like you.. tell sumthing to them
ngahaha. xpayah nak bunga2 sangat. mak aku xsuka.

16. Ten people you tag
-kerox yang xberapa nak femes
-naema top model
lagi,lagi,lagi.....sume orang ajau dah tag.

Wednesday, August 19, 2009

biadap ke xde abab?

eh, aku benci betul kalau orang tengah bercakap dengan aku tetibe dia blah aje x pon tengah2 bercakap dia boleh pulak sembang dengan orang lain. BIADAP ok!!

tambah biadap lagi bila anda bukan seorang yang rapat dengan aku. secara xsengaja aku dah terpandang serong dengan sikap sebenar anda. (helloo~~aku hangin sangat pasal aku tengah bercakap dengan seriousnya pasal kerja and boleh pulak dia tetibe join kawan dia main lari2. wtf!)

*bawak2 lah berubah. buat orang benci aje.
**aku rasa siapa2 yang ada dekat tempat aku pun menyampah dengan spesies manusia macam ni.

Tuesday, August 18, 2009

penat tapi nak merapu

hari paling stress ala2 ngantuk. tengah lukis line dalam kelas hydrology pun boleh terlelap. lepastu niat xnak pergi kelas highway yang 2 jam tu tapi,tapi,tapi kuatkan semangat sebab tengok sha macam semangat aje. haha. (nasib baik pergi kelas, pandai dah nak tengok graf *ececee*)

ngantuk sebab semalam tidur pukul 3 pagi. menyampah macam nak baling laptop sebab malam semalam dia buat perangai dikala aku nak print speech outline untuk public speaking lepastu satu hal lagi baru nak hafal speech. padan muka i (~__~) esok test engineering environment. malam ni kita xpayah tidur ok.


* weekend lepas i pergi dinner. enjoy.enjoy.enjoy. siapa x pergi rugi kot. xpe, next year kita final year semua pakat ramai2 pergi satu batch ok?
** arghh! kerja melambak siooot!~

Saturday, August 15, 2009

vitagen kurang gula yang rasa sama aje dengan vitagen biasa

vitagen kurang gula. untuk diet katanya (^-^)
next time, my treat.
semoga diet anda berjaya.

*credit sebab tolong aku yang kepoh2 tanya macam2 malam tadi.

Thursday, August 13, 2009

tagged

Firstly: If you've been tagged, you must write your answers in your own blog and replace any question that you dislike with a new, original question.

Secondly: Tag eight people. Don't refuse to do that. Don't tag who tagged you.

Who sleeps in bed next to you?
sekarang katil double-decker. tapi masa 1st year dulu tidur sebelah mint (^_~) [kenangan indah. bunyik macam lain pulak]

Have you ever lied to a teacher to get out of a deadline?
yes

Best day of the week?
saturday

What's really creepy?
1. lizard
2. cats (tah pape)
3. dark

Who is your celebrity crush?
Super Junior Hankyung. <3 oppa, saranghae!

What's your current fandom/obsession/addiction?
Super Junior boys!

What are you listening to right now?
xdengar pape. cuma tengah nyanyi lagu favourite budak2 bilik aku. bunga-bunga matahari (ape tah tajuk dia aku pun xpaham pasal tah lagu ni top sangat dalam bilik aku)

What did you eat for lunch today?
xlunch pun.

What websites do you always visit when you go online?
e-notes ump. (hahaha), blogs.

What was the last thing you bought?
nasi paprik special + teh-0 ais (lagi sedap bila dapat makan cendawan goreng wanie)

What was the cutest thing you've seen today?
muka sha & liza masa lab computer. muka SOS (tolonglah kami buat coding, ceh padahal aku pun sama siap msg mint tanya macam mana nak buat coding)

Does the weather affect your mood?
yes. rasa nak sambung nap dan ponteng kelas steel bila tengah hari tadi hujan tiba-tiba.

What is your zodiac sign?
virgo

Do you want to learn another language?
yes

5 things you can't live without.
family, friends, air masak, makanan, lipbalm

If you could meet anyone now, who would you meet?
hankyung. boleh?

What's something you'd like to say to someone right now?
xde benda nak cakap. semua dah cakap tadi.

What are you looking forward to?
tests,assignments

Say something to the person who tagged you:
aku memang suka buat tagged oi. (",)

8 persons i tag :
sha
leezah
mint
azmeen
meon
gracieyna
chah
coben

Wednesday, August 12, 2009

Hi-5!!!

rasa gembira lalalala sambil buat Tell Me dance goyang2 bahu. bajet comel yeks. pergilah layan wondergirls sekali sekala lepastu ikut joget dia yang ala2 kiut tu. at least siapa yang malas nak excercise (sampai lutut krem macam aku) boleh keluarkan peluh. hahahaha!

*dulu aku suka gila tiru dance cerita budak2 'Hi-5' siapa tengok? simple aje tapi fun gila sebab nama pun untuk budak2 ikut. tiap2 petang siot tunggu cerita tu. xboleh blah.

*xmengaharapkan youtube pun, xkan nak baca blog update pun xboleh? haih.

Monday, August 10, 2009

lama dah xblogging.
tiba2 rasa xtaw nak cerita apa. hahaha
tiba2 rasa macam blog ni weird thing.
tiba2 rasa macam janggal dengan blog sendiri.

kenapa ek?

Tuesday, August 4, 2009

happy holidayyy

akhirnya ump tutup seminggu. semuanya pasal selsema babi. dapat berita petang, malam tu jugak balik jb. express gila.

yang bestnya dapat join kenduri umah atok. makan nasik kenduri. lepastu hari ahad berjalan2 balik jalan aku demam. ni baru baik demam ni.

pape pun kawan2, sila jaga kesihatan anda.