Saturday, July 31, 2010

hari hujung

1. sem ni hari Jumaat dah macam weekend. tak ada kelas. heaven lah boleh basuh baju awal2. tapi macam hell kalau mesin basuh buat hal. duit aku 2 hengget dia telan. bonggok. tak pasal2 kena pakai tudung cun2 semata2 nak keluar 2 tapak naik tangga pergi floor atas guna mesin basuh kat atas. tu lagi 1 bonggok tangga kat luar. hesh.

2. Skype aku dah seminggu tak boleh nak sign in. dah berapa kali tah tukar password. masih tak boleh sign in. menyakitkan hati aje.

3. pendrive aku hilang. sedih sebab pendrive tu mahal. 1GB = RM50. tak mahal ke tu? mahal kan? hahaha. fine, pendrive tu guna dari matrik tau tak. zaman tu kalau ada pendrive 1GB dah kira paling canggih ar. banyak kenangan bersama. ada sentimental value kata bapak aku. tapi cuai sendiri. -_-

4. minggu depan nak balik rumah. banyak benda aku rindu.he.he.he.

Tuesday, July 27, 2010

my little vanilla

what a day.

Little Vanilla 1.




Little Vanilla 2

baru aje call adik and biasalah mesti blablabla mintak hadiah. so, aku cakap kalau peruntukkan hadiah untuk dia RM10, tolak dengan kredit aku call dia dah dekat RM5 so, harga hadiah dia tinggal RM5. tau apa jadi?

"aaaaaaaa?? okayyy byeee!"

lepastu Mama bising tanya kenapa dia nak baling handphone lepastu lari2 masuk bilik? hesh. dah 16 tahun ni. oh grow up Dik.

malam ni kelas Technopreneurship blurgh blurgh. batal!

special untuk budak yang baru nak remaja


HAPPY 16TH BIRTHDAY

member gosip.
member pusing2 bandar.
member shopping.
member gaduh.
member luah perasaan.
member untuk dibuli.
member buat kerja gila.
member share2 baju/tudung/seluar. haha.
member kutuk mengutuk.

member jiwa dan raga, dunia dan akhirat.

bukan selalu adik aku jejak 16 tahun. ni pun kau yang bongsu. haha. Happy Birthday!



sebab ni blog aku, so opcos gambar semua mesti ada muka aku.

aku dah cakap budak sekolah tak boleh ikut jalan2. tapi nak ikut jugak walaupun pakai baju sekolah. =_=

dia suka karaoke. siapa lagi ajar kalau bukan aku.


semakin naik lemak budak ni sekarang. pasal dia tinggal sorang aje dekat rumah. aku tengok belambak Ayah belikan jajan untuk dia. patutlah gemok!

Sunday, July 25, 2010

colours

malam2 ni lincah je taip2. tengok earphone aku kaler apa? membunuh tak kaler dia? biru takde, belasah je lah kaler pape. tahun ni nak masuk 22 dah, jangan nak mengada macam budak kecik kalau tak dapat kaler feveret nak sedih2. oh btw, aku memang spesies suka kaler terang2. merah, kuning,oren pun boleh pegi. tak de masalah.

selamat malam dunia. (^_^)V

Wednesday, July 21, 2010

blablabla 5

hai Rabu.

tak ada apa sangat yang boleh tulis sejak2 ni. kelas macam hidup macam tak. ceh, ke aku yang tak hidup2. dah 2 minggu ye. salahkan diri sendiri.

harini dah 21 Julai. 27th is Adek's birthday. kalau dekat rumah dia asyik membebel bagi signs birthday dia dah nak dekat. hadiah please? macam tu lah. kalau keluar aje mula lah cakap adik suka ni, adik suka tu, nanti boleh bagi as birthday present kan? papelah dik.

Dida, how? nak bagi apa? since kau duduk dekat2 dengan sempadan Siam, kau beli kan lah benda2 murah nanti duit kita bagi dua. budak2 kecik jangan bagi benda2 mahal. tak boleh. haha.


aku malas nak on Skype, YM. yang skype asyik pusing2 tak pernah hijau. YM pulak asyik sign in, sign out, buat nyemak aje. baik aku sign out teruskan? oh btw, Sha & Neb roomates aku sekarang. =D

Sunday, July 18, 2010

weekend

hai.

tadi kitaorang tengok Despicable Me. best! pergilah tengok. siapa lepasni ada jumpa soft toy yang macam binatang2 kuning ketot2 tu tolonglah belikan. hahaha.

jalan2 macam tak pernah berjalan. duit macam angin kan. biasalah awal2 sem. tengok nanti hujung2 sem kita makan apa.

lepasni kena saving. boyfriends kita nak datang KL kan Mint kan? silalah excited sama. aku tau kau excited, tadi aku dekat KFC dia call dari KL bagitau ada barang baik punya nak suruh aku beli aku tau. jawapannya opcos lah aku nak! =DD


internet sekarang macam siput ar Mint. nanti lepasni kita webcam lagi =) line telefon pun tak clear. macam dekat bilik kita masa 1st year dulu kena letak telefon dekat tingkap. =_-

Tuesday, July 13, 2010

hello day.

tone kulit semakin gelap.

harapnya kilogram boleh kurang. tolonglah, raya ni nak pakai kebaya. tak pun kurung moden ikut cadangan Sha.

hahahahahahaha.

Monday, July 12, 2010

so?

hai.

dah ada kat Gambang. hari ni kelas first subjek Foundation pukul 8am tadi. satu kelas aje pun.

esok Advanced Concrete Material, Rabu-PSM, Jumaat-Foundation.
khamis aje full dengan 3P, Concrete Material, Project Management. -_-

semoga semuanya berjalan se-smooth yang mungkin. amin.

argh, nak balik rumah. homesick macam budak asrama pulak.

thank you Liza buatkan cheese cake and kek lapis tu. hehe. sedap okay cheese cake ko. sila buat entry pasal cara2 buat chesse cake lain kali. nanti free2 aku nak jugak try. cewah2.

Saturday, July 10, 2010

ready?

esok dah nak balik Pahang. semester baru start Isnin. maknanya Isnin ni start gua jadi budak final year lah beb. tahun 4 kira paling tua ar. ei menyampahnya dah tak ada abang senior boleh di stalk2.

barang dah siap packing. tadi pagi2 aku bangun pergi Jusco dengan Adik nak beli barang dan nak cari selipor/sandal/kasut baru, semua tak ada size. asal yang aku berkenan aje habis size tapi tu kira ok, yang part malu sikit kalau kasut tu tak de size untuk tapak kaki aku. wargh malu gila kot.

lastnya tak dapat pun selipor/sandal/kasut baru. nanti lah kita shopping dekat Kuantan okay. =_='

aku akan merindui TV. tak kira channel Malaysia ataupun channel Singapore ataupun channel Indonesia. (jomla duduk JB, macam2 ada) bye. nanti cuti I hadap U all lagi. =DDDD

Tuesday, July 6, 2010

hello Tuesday!

lama tak update kan. haw wau yu?

weekend lepas Jumaat Sabtu Ahad dekat KL sebab hantar Syafiq daftar U. minggu depan aku pulak balik U. malasnya nak packing. tak suka duduk dalam bas. tak suka sem baru sebab leceh. tu barang2 dalam stor C8 ada lagi. satu kerja nak transfer barang dari KK3 ke KK4. poyo je lah cakap final year confirm duduk dalam. tinggal 1 sem aje lagi, pun kena pindah beriya. mintak2 sem depan semuanya smooth biar tak payah extend sebab tinggal 1 sem aje lagi dekat UMP. amin.

cuti ni aku enjoy gila tengok TV. = )