Friday, April 7, 2017

Beaba on sale



HAHAHAHAHAH HA HA HA HA

Nafsu sangat. Beli jugak akhirnya. Melayang duit aku.

Haritu bila fikir-fikir yang Beaba ni a bit pricey, reconsider jugak autumnz.

Tiba-tiba nampak PS kat UK update Beaba tengah sale kat sana. Sebenarnya tak sure normal price dia, tapi masa survey2, paling murah jumpa RM800+ (memang tak jadi beli, mampu survey jelah kalau harga macam ni)

Then PS ni update sale tinggal RM580. Survey lagi PS lain, tak ada bagi harga semurah ni. Tapi tak taulah kalau ada orang jumpa lagi murah dari ni.

So masa tu macam kemaruk. Sebab sale terus tak fikir panjang plus warna merah ni katanya dah nak discontinue, terus order and letak depo. Petang tu jugak PS tu cakap dia dah beli and balance kena bayar once barang sampai Malaysia. haha.

Maka total price RM 580 + 16 (postage)

Semalam sampai terus bukak. COMELLLL!! tak besar sangat. Senang nak bawak balik kampung or travel. Belum cuba lagi sebab Iman ada lebih kurang sebulan lebih lagi nak masuk 6 bulan. Excited tetibe (^___^)/






Wednesday, March 29, 2017

First Word

Iman is just 4months and 14 days old.

Usia macam ni dah boleh sebut simple words ke?

A few days ni Tok Ma Iman bagitau dia perasan Iman macam sebut word MAMA.



Tapi Mama Iman like "manade. awal lagi"


Tapi malam tadi, Iman tido meniarap bawah tiak mama, agaknya ayah rimas tengok, so dia alihkan Iman. and you know what,,,

Iman berguling semula bawah tiak Mama, lepastu dia jerit kuat and very clear "MA MA"

as if nak bagitau ayah "eh jangan alihkan orang plis. orang nak tidur sebelah mama macam ni"

lepastu dia sambung tidur balik.

OMG!!! (^____^)/

Normal ke baby kerap muntah?

Ini memang topik yang memeningkan kepala mak-mak bila tengok anak asyik muntah aja.


Untuk kes Iman, memang dia tersangat-sangatlah kuat muntah. Dari lahir. Tengah tidur pun dia boleh muntah. Risau lah kan. Ditambah lagi Tok Ma Iman pun takut tengok sebab kalau ikut kita orang adik beradik tak ada yang muntah-muntah masa baby ni. 

Tapi ikut cerita sebelah keluarga Ayah Iman, memang anak-anak dia orang kuat muntah. So mula-mula tu ada lah rasa bertenang sekejap. Lepastu gelabah semula. 

Iman punya style muntah, lepas minum je dia confirm muntah. Like everything yang dia minum, semua keluar balik. Sampai Mama Iman ni dah pasrah seharian pakai baju lencun dengan muntah Iman. 

Paling scary bila waktu dia tidur pun dia akan bangun nangis sebab perut tak sedap (maybe?) lepas nangis-nangis, muntah. Lepas muntah baru dia boleh sambung tidur nyenyak semula. 

So, setiap kali menyusukan Iman, adalah perkara yang menakutkan sebab dalam otak "apa jadi lepasni?" "Iman selesa tak lepasni"

Disebabkan kerisauan melampau, so Mama Iman & Iman berulang pergi balik klinik hampir setiap minggu dari Iman lahir, sampai Iman cukup sebulan ;)

1st week - Check dekat Klinik Pakar Kanak-Kanak. Berat Iman naik 200g. so Doc cakap tak ada apa. datang lagi next week untuk check.

2nd week - Masa ni sambung pantang dekat kampung. Pergi KK cerita dekat Doktor, dia terus cakap takut ada masalah usus. Doktor suruh pergi Hospital Besar. (tanpa check berat or anything she just came into conclusion baby ada masalah usus) Mama is gelabah

3rd week - Pergi semula klinik pakar, Iman gained another 600g. So Doktor cakap selagi berat dia naik, nothing to worry even dia muntah banyak.

4th week - Iman masih muntah2. Pergi lagi klinik pakar. Iman gained another 300g. Masa ni doktor ketawa. "Awak tau tak apa problem anak awak ni? Dia muntah sebab overfed. Tamak ea baby mintak susu sampai tak tau bezakan dah kenyang ke belum"

Last checkup, total Iman gained 1500g dalam sebulan lepas dia lahir ;DD

Muntah masih berterusan. Tapi Iman tetap gained weight dengan cemerlangnya sampai dekat KK nurse pelik tengok berat naik banyak sangat.

Kesimpulannya, if baby asyik muntah, mak perlu refer doktor jugak. but as long as berat bertambah, and warna muntah hanya putih (muntah susu), baby ceria dan aktif, nothing to worry. Sebab memang ada baby yang kuat muntah rupanya.

Now Iman dah tak muntah lagi. Masuk je 4 bulan, automatik tak ada muntah2. Tapi mama kena banyak bersabarlah dengan baby kuat muntah ni sebab......you'll know why.









Sunday, March 26, 2017

baju newborn

Harini kemas baju baju Iman yang dah tak muat. 


Bila tengok baju Newborn teringat kecilnya Iman masa baru lahir. Rindunya lahai nak letak dia atas kaki. Sekarang tak boleh dah. 

Nasib baik baju newborn beli tak banyak. Memang sekejap sangat pakai. Tak sampai sebulan lepastu tak boleh pakai. Iman pun memang lahir2 dah besar. 3.5kg.

Siap ada baju yang orang bagi langsung tak pakai sebab dah tak muat 😅

Tapi kalau beli sikit sangat pun susah jugak. Sebab Iman jenis kuat muntah. Like all the time setiap kali lepas susu dia memang muntah. Bukan sikit, banyak tahap memang basah baju barut semua. Kadang2 dalam 1 malam tukar baju sampai 3,4 kali. 

Ikutkan sangat orang cakap tak payah beli baju banyak2. Bila dah sehari 5,6 kali tukar baju, tarik muka jugak tukang basuh (Ayah Iman) sebab if skip basuh sehari, esok dah tak de baju 🙄

Boleh je nak beli banyak, tapi makesure beli size besar. So boleh pakai lama tak membazir. 

Tipsnya jangan ikutkan sangat apa orang kata, ikut je kata hati sendiri tapi berpada pada lah kan.

Monday, March 20, 2017

4M2D - meniarap

17-03-17 - 4 bulan 2 hari

Iman dah boleh meniarap tanpa kesusahan ;DD

Sebelum ni memang percubaan meniarap tu banyak kali, tapi tak berjaya. Ada pun sekali dua je berjaya itu pun dengan penuh bersusah payah.

Tiba2 lepas maghrib, baringkan Iman atas katil. Macam biasa. Terus dia berguling. Meniarap. Dengan senangnya siap tersengih as if suruh mama tengok dia dah boleh meniarap.

Now, I know that feeling. Sekecil-kecil benda yang buat kita rasa kecilnya kita. Banyaknya nikmat yang Allah dah bagi.



SUBHANALLAH

Tuesday, March 14, 2017

Baby food processor

Esok (15/3/2017) Iman genap 4 bulan.

So sebagai mak yang baru anak satu ni excited lah fikir preparation untuk start bagi Iman makan. Padahal ada 2 bulan lagi. So busylah kita baca review food processor. Cari mana yang mampu milik, berkualiti, senang handle, etc etc.

Tapi mata dok sibuk  pertimbangkan Beaba babycook ni. Harga boleh tahan, cute pulak tu. tapi kalau ikut review ok sangat2. katanya.

nak yang merah. bukan main nafsu maknya.

kita tengoklah nanti macam mana ;DD

Tuesday, February 28, 2017

self intro (kot?)

it's been awhile.

lama gila. bertahun. haha. nak tulis tapi tak tau macam mana nak mula.

well, i'm married. dah beranak pun. 3 bulan 13 hari ;) Alhamdulillah.

maybe lepas ni boleh cerita and share something good kan.

lepas jadi mak seriously baru aku start membaca benda-benda ilmiah ni. haha.

mula-mula masa pregnant ingatkan jadi mak ni semudah jaga baby, tukar diapers, bagi susu then tidur.

NOPE.

aku belajar untuk dapatkan mother's instinct tu punyalah payah. tapi dia datang naturally tanpa kau sedar.

yang paling penting dekatkan diri dengan orang-orang yang positif dan mampu bagi kata-kata positif dekat kau. trust me it helps!