Friday, January 30, 2009

cuti yang biasa-biasa aje

cuti mak aku xkasik bukak tenet pulak kat rumah. pasal adik aku ada nak SPM and PMR. peh, dengan aku2 sekali terkena kesannya.

pagi ni aku bangun awal sikit. ada orang kacau. xkasik aku tidur balik.
"bangun!" hello~~ saya tengah cuti ok?~ "oii~ awak tu anak dara! bangun!" lecehlah ko ni. "aku peduli apa."

well, cuti ni aku bukan sibuk sangat pun. ahad sampai selasa aku dekat kampung. selasa petang baru balik jb.

and semalam jela aku meronggeng. dari pagi sampai ke senja. nak balik malam kang kena sound dengan bapak aku. dah lah guna kereta dia.

peh, shopping xhengat. shopping pulak dengan farah. menjadik2 ah.

farah beli selipor jamban je dah RM 50. benda lain yang dia beli tu, lu fikirlah sendiri berapa harga dia.

tu jela aktiviti aku selain melayan feeling baca novel twilight. gila. cerita tu betul2 in aku. weh, baca novel dengan tgk muvie xsama taw x.


***ada x clon Edward Cullen? nak satu, letak dalam hati. pontianak pun pontianaklah. aku dah xkisah dah.

Friday, January 23, 2009

baliklah. aku pun nak balik dah.

mid term break sudah bermula! esok pagi aku balik ke jb. xsudi dah aku nak beli tiket balik malam lepas peristiwa di usha kat terminal. gigil kepala lutut. wahaha. siapa suruh berani2 duduk sorang.

floor blok aku dah sunyi dah. perangai macam budak sekolah asrama semuanya. kalau cuti je xboleh duduk kat U lama2. panas.

coben pun belum pape dah msg cakap nak balik. dia tu memang spesies kalau nak balik je sms aku. penyakit. time lain haram nak msg. nak tunjuk lah tu dia balik awal sangat. ingat aku heran ke?

si pok jat lagi la. siap skype aku dari rumah. adoi xboleh blah. on9 dekat rumah. kaya siot. kat rumah ada line tenet. siap bgtaw aku lagi rancangan cuti dia. siap tanya ada nak kirim pape x? berlagak tu yang aku xtahan.

teh ubaidah budak bilik sebelah aku ni pagi tadi lagi dah balik. budak jb jugak. dah beberapa hari sebelum ni dia asyik tanya aku aje balik hari apa. macam nak angin jugak la aku dengan dia. tak ingat2 ke yang aku jawab aku balik hari sabtu. nanti mesti dia jawab balik "oo..aku balik jumaat weh. nape ko balik lambat sangat?"

*** dia orang ni saja je bikin aku sayu.

Thursday, January 22, 2009

jasa kepada rakyat

tenet sekarang macam gampang. aku nak blogging pun xde kosentrasi. dah gian dah ni. aku nak flashback sikit.

20 januari 2009:

1. keluar malam2 beduet dengan aada pegi usha kedai kek. sipi lagi amoi tu nak tarik pintu. nyaris btol. dapat la seketul kek blueberry untuk si birthday girl, mint. carik jajan2 sikit, lepas tu aada ajak ngeteh kat warong pok tek ( ape ke tah nama dia ) sementara nak tunggu pukul 12 malam. ingat ada restoran baru, rupanya restoran sinar mesra sebelah shell. hampeh. suka hati dia je bagi nama.

21 januari 2009:

1. (12.00 am) surprise untuk mint. birthday party kecil-kecilan aje, tapi penuh dengan kasih sayang kan mint kan? ngeh3. we lap u mint. beri mac u noe.

2. (8.00 am) buat lab spot speed kat bus stop depan canseleri tu. tembak kereta bapak best. feel jpj mmg datang. patutla incik polis sanggup duduk dalam parit semata2 nak tembak kereta. aku dapat rasakan feel itu. lagi2 kalau yang tengah speed kuda. paling tinggi we all dapat tembak 120 km/h. muka cuak je driver tu lepas kena tembak. yela, orang dah buat salah.

3. (2.00pm) kemuncaknya! buat MCC. ah, lupa plak nama panjang dia. kalau kau budak civil kau tawlah. yang kira kereta tu. semua jadah yang bergerak atas jalan kena kira. tapi ini adventure sikit, buat kat kuantan.

tebalkan muka. well,,budak awam memang muka tebal. kata nak berkhidmat untuk orang awam kan. duduk tengah2 panas tepi jalan dengan muka dan jiwa yang ikhlas untuk berkhidmat kepada masyarakat. kami memang di didik macam ni. panas & berdebu xpayah cakaplah, tapi tetap senyum. kata mesra rakyat. (miahaha)

pakai pulak vast oren. tersama pulak dengan tukang sapu sampah tepi jalan. xpe2, kontrol amarah.

P to the E to the NAT!


***jeles tgk grup orang lain posing2 sakan, lepastu upload kat blog masing2. aahh!! ia agak mentensenkan aku.

Sunday, January 18, 2009

picture analysis

gambar dicandid oleh cik saie masa kelas ethnic relation. ya rabbi, kelas ni bosan. kalau terer, cuba teka aku tgh buat apa.(hihi) xpernah orang kandid gambar aku dalam kelas, macam ni rupanya aku bila dalam kelas. haih!~

disitu juga anda-anda boleh lihat cik shazana dibelakang saya yang sedang memahamkan lawak2 dr hassan , dan cik coben yang sedang pening lalat tahap kritikal. tah apa la yang serius sgt difikir oleh beliau sampai begitu sekali ghupenye...

***pencil case biru tu aku dah guna dari aku form 4..xcaya? boleh cium dan rasa sendiri..khakhakha..

Saturday, January 17, 2009

tolong ya. hormat aku kalau kau rasa kau masih kawan aku.

laptop aku masalah. off9 dekat 2 hari. tekun sekejap untuk 2 hari. hidup tanpa tenet. std pun bukak dekat lab time class mandarin. skype apetah lagi. uh! rasa macam ketinggalan zaman.

aku xde diari maw tulis apa aku rasa. kalau rasa ayat aku kurang ajar, kurang sopan dan sebagainya kurang, biarlah! ini ruang aku. kau, kalau rasa meluat, boleh jalan.

sama macam ruang aku yang lain. kepada sesiapa yang mahu menyinggah tolong jadi yang sopan. maw maki aku, maw halau aku, cakap face-to-face dgn aku. bukan di ruang awam aku, yang majoritinya kawan-kawan aku. tolong hormat aku. tolong hormat ruang aku. aku dengan senang hati akan hormati kau. aku bukan orang yang berkira. give and take, MAN!

aku bukan nak gaduh, tapi sabar aku ada tahap. kalau kau buat cara baik, aku balas baik. itu aku janji. aku xnak musuh dengan sape2. kite fren kan?. aku xpernah putuskan, walaupun hati aku yang banyak sakit.

peduli semua tu. aku masih boleh ketawa. acara girls day out tetap jalan. berkarok dan berboling. bahagia.

***aku xkesah kalau bergurau kasar. tapi bukan yang kurang ajar.

Wednesday, January 14, 2009

sayang semua

okeh! skang klo korang bukak blog aku, korang boleh nyanyi sama-sama dengan aku. ni bukan lagu tangkap syahdu ye. buat liza and sha, korang tolonglah jgn bgtaw sape2 yang aku layan lagu *tuuut* masa dalam kete. hehe. kantoi aku! malu3~ XP

aku masih sayang kamu

kau rinduku jiwaku indah memanggil dirimu
mataku terbangun untuk menanti
menantimu…
jangan pernah kau ragukan cinta yang sesungguhnya
itu bisa menghancurkan semua bukan begitu

* aku sungguh masih sayang padamu
jangan sampai kau meninggalkan aku
begitu sangat berharga dirimu bagiku
dan ku pastikan setia dihatimu
dan ku korbankan semuanya untukmu
sungguh kuberharap begitu padaku

coba engkau rasakan cinta yang begitukan mengesankan
yakin pasti dapatkan kemesraan yang penuh bintang

bukan senang kita nak buang rasa sayang pada seseorang bila kita dah pernah sayang seseorang. tu kalau aku la. yela, aku kan berjiwa penyayang..lalalala~

patutnya tajuk lagu ni "aku memang sayang kamu". baru seswaai. untuk kawan2 sume, i dedicate this song specially for you~~ muaah3x~


Monday, January 12, 2009

geng dunia akhirat

aaa... aku nak jadik budak baik. xnak cakap jahat2 lagi dah. ( ceh,,mende yg jahat sgt la tu) hati kena baik. senyum kena ikhlas.

paw adik aku topup 5 hengget walaupun duet ptptn dah 50% masuk. ohh dida, along sayang ko! ternyatalah ko adik yang baik hati, pemurah lagi sporting.

2 minggu lagi nak balik. rindu rumah tahap mendewa. rindu suasana beradeks aku yg meriah itu. bila lagi nak abeskan minyak kereta ayah kalau bukan time aku cuti kan? time nila aku hangkut adik2 aku semua bejalan round jb. yg sebenarnya bosan duduk rumah, so aku cakap nak bawak adik2 jalan.

ngee3~~

nak harap member, semua bz. lepak dengan geng beradeks sudah.

yang penting aku rindu mereka sekarang!

nasib baik aku bukan anak tunggal. syukur aku menjadi kakak mereka. agak2 dorang bersyukur x aku ni kakak dorang? ngeh3..lantak korang lah. sape suruh lahir lambat.


***along miss semua~~

Saturday, January 10, 2009

kepada pelajar yg berkenaan!

good day.. (macam memo en faizal)

kepada pelajar yang berkenaan, sila datang ke bilik saya.


***bapak bosan. sedang duduk sambil makan nips.

Friday, January 9, 2009

malas nak fikir

first of all,, ini ditujukan untuk mint..memandangkan aku ada 2 member yang aku panggil mint, so, aku nak buat ia lebih spesifik lagi. mint rumate aku, sorang lagi meen classmate aku. perbezaan ejaan ye adik2..

itu hari mint tag aku. tapi aku malas nak buat sebab masa tu dah start class. tengok jela kat last 2 post aku tu, ala-ala emo jiwang gitu. tulis ikut gerak hati. sekali taip terus post! xpayah nak merepek yang panjang2 dan bukan2 macam ni.

ni nak memalaskan diri memandangkan esok kan ari sabtu. bukan ada benda pun nak buat, lagi pun esaimen,projek, semua belum dapat lagi kan,kan?~~(ngeh3) takat kena buat karangan dalam kelas building supervision tu apa sangat. lagila buat karangan bahasa melayu, peh, kacang je liza goreng! lepas tu, pas-pas suruh orang lain sambung goreng ayat. bila kena baca, rupa2nya grup aku je buat karangan BM. boleh tahan la malunya.


***aahh!! niat sebenarnye nak buat tag mint, tapi xde mood plak. feel dia xdatang ah. nanti2 la.. kalau ada kelapangan aku buat. kalau rajin. hihi..***

Thursday, January 8, 2009

yang tah pape

tahun baru. semester baru. semangat baru.

macam-macam lagi benda baru kita jumpa. lebih interesting. buat kita jadi lebih matang. buat kita jadi lebih hargai apa yang kita ada. dan buat kita berfikir dan terfikir.

yang itu, yang ini. yang semua!

Sunday, January 4, 2009

kesukaan aku. kegemaran aku.

xsuka aku.

biar datang yang lain.aku tunggu.


Saturday, January 3, 2009

salah aku atau salah penjual selipor?

rancak pulak tetibe jari-jari runcing aku nak meng-keletak-keletuk. yela, nama pun xde kije. aku carikla kije.

maghrib tadi. rumate aku si mint tetibe masuk bilik bawak perkhabaran penting dalam sejarah hidup aku.

"eh, selipor jamban ko saiz dua2 belah xsame eah?"

"mana ada." protes ni protes. suka suka aje dia cakap selipor baru aku gitu.

"yela.xsame.aku perasan bulat2 dia dah pudar,aku tgk dekat2, pastu nampak nombor 7 dgn 8"

"ish.yeke." kontrol lawa je time ni sebab mereka sedang ketawakan aku.

bergegas aku melompat dari katil tingkat 2.nak tgk betul ke x.masa beli dulu aku memang konfem amek saiz 7. mmg konfem sgt sebab dia ade lekat stiker saiz kat tepi selipor tu. xcaya tanya mak aku. heish! xboleh jadik ni.


cilaker. macam mana aku boleh xperasan.


patutla selama ni kalau nak g jamban aku rasa kaki berat sebelah!


"sebelum nombor tu pudar, ko g la amek gambo." mint offer henpon dia. he.he.


***kesimpulannya, kalau nak beli selipor, cek betul2.jangan caya kat stiker. nasib baik selipor jamban je. kalau ni selipor kuliah aku? x ke drop my water face.

Friday, January 2, 2009

tahun baru yang lewat dan bosan

selamat tahun baru.

aku taw aku lambat.xpe.suka hati aku la kan nak wish bila.

aktiviti tahun baru xde lain, berfoya-foya atas katil dabel deker tingkat atas. perit oh turun naik katil. sebab aku suka sangat spend time atas katil dari duduk on9 atas meja. duduk kat meja tu bila time datang mood protokol aku aje.

dia punya bosan xpayahla nak cakap.aku ni semua muvi aku dah khatamkan. siap ada khatam 2,3 kali. dan sampai satu masa, aku nak naik muntah tgk cerita omputeh. mula la merapak carik cerita melayu. time ni la baru aku perasan, yang budak ump ni xmainla tgk cerita melayu. xhigh class.
x international.

baiklah! aku xboleh pendam sorang2 perasaan aku ni. maka aku luahkan hasrat aku kat rumate2 aku.
"cerita melayu yang bodoh2 pun xpela..janji melayu.plis."
setelah diusahakan oleh mint, akhirnya dapat jgkla 2,3 ketul cerita melayu. amek kau. cerita hantu indon mari.keyakinan nak tgk tu agak kurang, sebab aku agak penakut kan.tapi sebab nak tgk ramai2, aku on aje. hehe. tgk malam jumaat. adventure beb!

ahh! bukannya seram sgt pun. tapi adela tutup2 mata sikit. sikiiiit je.

mangkuk btol. sape nak share kebosanan dengan aku? silakan.

oh ya! baru aje lepas ber-skype dgn intan. plan untuk bersidang masih dalam perbincangan. sebab mint xde,so,postponed. and dia cakap mint out station. sertai larian amal. wow! cayalah mint. isi kebosanan sorang aje.


***btw, hari ni birthday my mama..happy birthday mama! lebiuuuuu~~~