Tuesday, August 31, 2010

berbuka puasa


ada orang mengidam nak berbuka dekat Black Canyon. hamek kau.


selamat berbuka untuk hari ini.
.
.
.
.
.
HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!


i memang tak pandai nak buat tajuk entry yang kebabom. siapa boleh ajar, sila lah bagi tutorial. sebab bila tengok tajuk entry sendiri rasa ek eleh tak bestnya. boringnya. tak remaja. tak cool. tak nak baca.

Saturday, August 28, 2010

untuk kita-kita aje.

Program Bulan Puasa kita tak lamaaa aje lagi. tak sabar nak balik jumpa korang hey budak gedik lepastu kita boleh jalan2 padahal esaimen banyak, projek 3P lagi, test lagi. malasnya. =_='

ketua program tak lain dan tak bukan Chah. Chah i sayang lebih. =D


puak jahat.

puak jahat memang jahat sebab selalu kasi aku rindu lebih2. selalu kasi aku eksaited lebih2. jumpa di JB! =)

Sunday, August 22, 2010

siapa tak ngantuk dalam ceramah CIDB tu memang tipu

semalam ceramah CIDB. punyalah letih sebab puasa kan. alasan budak darjah 3. tapi memang letih. tak tau lah apa yang letih sangat. tapi letih ar.

tah bila budak2 ni main kamera2 aku pun tak perasan. tido lagi penting. benda2 sekeliling pun dah tak ambil pusing. tapi bila perasan yang diorang tengah main kamera2 serta merta cerah biji mata. laju je join tidak ragu lagi. terus bagi pose terbaik.

orang belakang tu tido macam tak tido malam.

ewah ewah budak2 ni. bukan nak kejut aku.

fine. Syazana memang kiut. saje je dia nak buat aku rasa tak setaraf dengan dia. ;P

say 'nak minoooom'!!

say 'kentannngg'!!

you made my day, girlfriends =)

Monday, August 16, 2010

Cool Blog

dekat seminggu tak update blog. so harini aku nak update pasal minuman best. mentang2lah bulan puasa.

kalau balik JB, kalau keluar lepak dengan adik2 strawbery aku yang tak cukup umur, memang wajib beli Cool Blog lepastu baru jalan2 pusing shopping mall sambil sedut Cool Blog. masuk ar.

Cool Blog Angsana. comel kan. dekat tempat lain pun ada.
City Square, Econsave Taman Daya, alah, even dekat Terminal Larkin pun ada.


Oreo with pearl. pearl tu boleh kunyah2. best.
budak ni aku ajak dia temankan shopping haritu. mula2 dia taknak. malas katanya. sekali aku cakap nak belanja Cool Blog terus bangun gosok tudung laju-laju. umpan..umpan..


aku ingat Cool Blog ni famous dikalangan budak2 aje, sekali aku tengok ramai pulak orang cerita pasal Cool Blog ni. ok lah. patut dicuba.

itu saje. sekian. Selamat Berpuasa! =)

Tuesday, August 10, 2010

kelab 22 dan esok puasa jangan tak puasa

bangun pagi ni terus terpikir2 dah start puasa ke? hari ni ke esok? boleh togok air tak ni? macam biol gitu.

esok puasa. malam ni dah start Terawih. Selamat Berpuasa! tak sabar nak raya. kuih raya dengan sirap kampung (nak lagi best sirap orang kawen) memang perkara yang ditunggu tunggu.

daannn..

hari ni birthday Alia gedik.

HAPPY 22nd BIRTHDAY!

aku nak upload gambar dia sorang, sekali senget daa.

okay. tu Alia yang depan sekali. hmph, tengok aje dah tau gedik. yang lain2 tu props aje. tapi gedik juga. XP



Geng Gedik Terlampau, I Miss You

Sunday, August 8, 2010

shine like the sun

woo bila duduk rumah lupa dah semua internet2 ni. hari Jumaat haritu Siti and Sha hantar aku pergi Kuantan. naik bas dari Terminal. thank you bebeh.

semalam keluar dengan adik. konon2 nak carik baju raya. bazar tak banyak lagi, tapi dah start ada. padan muka aku sebab family semua dah ada baju raya, siap dah ada baju raya extra untuk raya ke-2,ke-3. aku baru terhegeh2 nak carik baju. semalam tengok kebanyakannya Singaporean yang serbu kedai2 baju beriya. macam esok nak raya. lepastu orang kedai kekwat tak nak layan aku. takde mood terus nak cari baju. =_='

esok balik Pahang. sebab hari Isnin kelas Foundation tak ada. tapi dengar cerita lecturer nak buat kelas ganti Concrete. Zila kata.. "belum tentu, kau balik aje hari Isnin weh" .. I like that! haha.

doakan esok aku selamat sampai.

Friday, August 6, 2010

Friday is holiday

esok aku balik rumah. dah tak kira ar banyak kerja tak banyak kerja. nak balik jugak. nak balik jugak.

sekarang ni pantang free, tengok cerita. cerita nak korea aje. so sekarang kalau setakat ayat simple2 aku dah boleh speaking dah. Wanie cakap boleh letak dalam resume. poyo jugaklah bunyinya.

minggu depan dah puasa okay. oh btw, tahun ni aku ganti puasa agak awal beb. sampai Wanie and Neb 2,3 kali jugaklah tanya "hah, kau dah habis ganti?" "siyes kau dah habis?" mungkin rasa tercabar? ni kalau Mint ada pun Mint susah nak percaya. mesti dia ingat aku tipu. well, Suhaila dah berubah.

okay good night. <3

Sunday, August 1, 2010

Ahad saya


alolololo. comelnya twitter hari ni.


tengoklah dekat folder bawah tu. memang tengah tengok My Fair Lady. haritu tengok dekat 8tv tak habis sebab dah kena balik Pahang, semester dah start kan. in between My Fair Lady, tengok2 Oh! My Girl. bukan Oh My Lady yang ada Choi Siwon handsome tu ek. ini Oh My Girl drama Jepun. ada Hayami Mikomichi (nama nak cute aje) sebab tu tengok. padahal tak berapa nak in pun dengan Jepun2 ni. so, ini pelakon lelaki Jepun kedua yang aku kenal selepas Takuya Kimura? hehe.