Showing posts with label yang sedap-sedap. Show all posts
Showing posts with label yang sedap-sedap. Show all posts

Tuesday, August 31, 2010

berbuka puasa


ada orang mengidam nak berbuka dekat Black Canyon. hamek kau.


selamat berbuka untuk hari ini.
.
.
.
.
.
HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!


i memang tak pandai nak buat tajuk entry yang kebabom. siapa boleh ajar, sila lah bagi tutorial. sebab bila tengok tajuk entry sendiri rasa ek eleh tak bestnya. boringnya. tak remaja. tak cool. tak nak baca.

Monday, August 16, 2010

Cool Blog

dekat seminggu tak update blog. so harini aku nak update pasal minuman best. mentang2lah bulan puasa.

kalau balik JB, kalau keluar lepak dengan adik2 strawbery aku yang tak cukup umur, memang wajib beli Cool Blog lepastu baru jalan2 pusing shopping mall sambil sedut Cool Blog. masuk ar.

Cool Blog Angsana. comel kan. dekat tempat lain pun ada.
City Square, Econsave Taman Daya, alah, even dekat Terminal Larkin pun ada.


Oreo with pearl. pearl tu boleh kunyah2. best.
budak ni aku ajak dia temankan shopping haritu. mula2 dia taknak. malas katanya. sekali aku cakap nak belanja Cool Blog terus bangun gosok tudung laju-laju. umpan..umpan..


aku ingat Cool Blog ni famous dikalangan budak2 aje, sekali aku tengok ramai pulak orang cerita pasal Cool Blog ni. ok lah. patut dicuba.

itu saje. sekian. Selamat Berpuasa! =)

Wednesday, October 14, 2009

15.10.09

tadi aku pegi beli kopok yang macam best tapi tah pape. lepastu sekarang rasa macam nak termuntah lepas makan separuh plastik. ni saiz bukan saiz kopok standard ye adik2, ni 3 kali besor saiz dia. boleh bayang x?

sekarang padan muka. rasa nak termuntah.

ini memang sipat buruk dari kecik aku yang mak aku dah puas didik supaya berubah tapi nampaknya masih xberubah. 'jangan makan makanan kesukaan anda terlalu banyak sampai nak termuntah'.

laksa johor- raya tahun 1999 (walaweh, macam sejarah) aku balun makan laksa johor letak kuah banyak2 dengan sambal belacan banyak2 lepastu hirup. efeknya 5 tahun berturut2 aku xboleh pandang laksa johor pasal nak termuntah. tapi sekarang dah boleh makan balik. laksa johor tetap dihati.

kuih raya (cookis berunsurkan kekacang) - dulu suka gila lah kan sampai makan sekali arong bape juta bijik tah lepastu nak termuntah. efeknya sampai sekarang aku xboleh makan kuih2 berunsur kacang sebab terbayang. tapi kuih raya lain ok aje =P

ada lah lagi beberapa makanan aku xboleh makan sebab habit buruk ni tapi ni dua yang paling nitemare lah kan. nasib baik laksa johor dah boleh telan sekarang. mak aku dulu punyalah bising membebel2 sebab aku loya xboleh bau laksa masa dia masak petang raya.

makan biarlah berpada.
sekian.


*aku pun nak buat macam sha n bloop jugak.

SOELLA
hahahaha! comel kan?