Thursday, May 14, 2009

kenangan terindah

Bakti Siswa
Perkampungan Orang Asli, Kedaik, Rompin.
8-11 Mei 2009.

siyes, lupa diri aku dibuat budak ni.

weh, seronok jadik budak2. seronok lagi jadik budak2 yang main layang2.

bakti siswa, mestilah dapat family angkat. so, kebetulan aku dapat adik2 yang kecik2. cakap pun pelat. (pelat bahasa orang asli pulak tu.) taw nak main aje. kes yang ini, aku dah macam budak2. terjerit2 sambil lari nak naikkan layang-layang. budak2 tu dok sorak2 kat tepi tengok aku. (tolong jangan bayangkan)

seronok weh layan budak2 ni. sebab aku paling banyak layan dia orang, banyak bahasa dia yang aku paham. haha. sebab kalau yang dah besar tu, dia orang dah boleh cakap melayu sebab dah pergi sekolah. yang kecik2 ni, memang cakap bahasa dia aje.

banyak lagi gambar xkolek ni. kemera sape2 yang ada muka aku and family aku, sila jangan segan2 nak bagi aku.

overall, dekat sana memang fun. family, aktiviti semua ok.

untuk zila yang jadik adik beradik aku dekat sana, thanks sebab jadik partner yang sporting gila. ajak mandi hujan pun dia on jugak. lepas tu dia yang pening kepala. cuma nasib baik xdemam aje.(hehe)

0 comment(s):