Wednesday, June 30, 2010

30.6.2010

helloooooo

Petang ni I nak pergi Plentong. amek laptop. = ]


Japan dah balik. sobs sobs. nak sangat tengok Spain Vs Portugal, last2 tidur. bagus betul. last2 surf result dekat internet aje.
= (

Tuesday, June 29, 2010

tagged by siti

sorry lah siti, semenjak 2 menjak ni malas sikit nak blogwalking.. haha. sekarang baru nak bayar tag. ok ini dia. zasss.

Soalan 1 : Adakah anda rasa anda hot?
tak.

Soalan 2: Upload wallpaper yang anda guna sekarang.
tak de. online ni pun guna laptop adik.

Soalan 3 : Cerita pasal wallpaper tersebut.
biasa aje. jumpa kat blog pembuat wallpaper, save, lepastu guna.

Soalan 4 : Bila kali terakhir anda makan pizza?
bulan lepas.

Soalan 5 : Lagu paling latest anda dengar.
I will give u my life

Soalan 6 : Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
tak de.

Soalan 7 : Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Su, Sue.

Soalan 8 : Tag lagi lapan orang.

1. Chah
2. Farah
3. Alia
4. Nadiah
5. Yana
6. Dila
7. Syaeera
8. Azie

Soalan 9 : siapakah orang no. 1
BFF. geng gedz.

Soalan 10 : Katakan sesuatu kepada orang no.5
aku ingat kau dah kawen dekat Songkhla.

Soalan 11 : No. 3 ada hubungan dengan siapa?
dia memang ada hubungan dengan abang tu. = )

Soalan 12 : Bagaimana pula dengan no.4?
dengan Sol si player. = DDDD

Soalan 13 : Pesanan kepada orang no.6
kau memang Joyah sejati!

Soalan 14 : Kata-kata cinta untuk orang no. 2.
Farah sayang, lepasni tolong jangan sangkut dengan mana2 mamat di alam maya.

Soalan 15 : Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
diaorang 1 sekolah, sekarang duduk 1 rumah, belajar 1 universiti. sama lah tu.

Soalan 16 : 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
1. aku panggil dia Siti, tapi Neb panggil dia Nana.
2. orang Perak. dulu aku ingatkan dia orang belah2 selatan. ^^
3. budak Computer Science.
4. orangnya caring.
5. peminat warna biru.

Soalan 20 : Gay or less?
..........

Thursday, June 24, 2010

driver budak sekolah

semalam amek adik balik sekolah. lama sangat tunggu sampai sejam, mula lah mengimbau memori2 zaman tok kaduk dengan kawan2, dengan cikgu2, lab Pertanian, makcik lab, kebun, pokok2, kantin, kelas, rumah hidroponik, pengawas poyo, kakak senior gedik, abang senior (ehem2), toilet perempuan yang kaler pink, ko-op yang jual kerepek....huh! dah2.


TiJB
tak de apa yang lain, cuma dah kaler biru. = )


malas gila lah nak pergi Acer Center! dekat Plentong pulak tu!

Wednesday, June 23, 2010

IHY

mungkin saya tak pernah bernasib baik dengan alat alat elektronik.

mungkin saya yang tak cukup cermat.

ok semua salah saya. tau lah.



aku ada jumpa blog seorang Indonesian. tiba tiba bila baca, terus terikut telor dia. hehe.

Monday, June 21, 2010

Tagged by nn

sorry lambat. dah beberapa hari tak blogwalking. dah lama tak kene tag. suka ok! =))) thanks nn.

1) Apa yang anda akan buat bila anda dapat tahu member anda tikam belakang anda?

tak pernah kena lagi. mintak dijauhkan.

2) 6 orang dihati anda?

1. ayah
2. mama
3. dida
4. syafiq
5. adek
6. BFFs (ramai lah jugak dekat 10)

3)Anda rasa anda comel?

haah comel.

4) Single ?

haah single.

5)Blog yang anda suka?

blog pasal cerita orang lah. dia cerita dia pergi holiday ke, pergi lepak mana2 yang best ke, apa aktiviti dia kalau cuti, cerita pasal family ke, pasal kawan2 dia ke, movies yang dia tengok ke, barang apa yang dia shopping, show off sikit2 pun tak ape kalau cerita dia tu menampakkan dia happy. biasalah perempuan kan. happy kalau dapat habiskan duit beratus2 beli make up aje. yang penting cerita2 positif. rasa nyaman bila baca benda2 macam tu.

tapi tak suka blog jiwang2 pasal baby boy dia lah, baby girl dia lah dan blog maki makian. terus kelik 'X'. haram aku tak baca ye.

6)Adakah bilik anda kemas setiap hari??

haah. bolehlah. ;P

7)Lagu terakhir yang anda dengar?

can't help falling in love with you by Elvis Presley. mendayu dayu gitu. cayalah Suhaila!

8)Last teks mesej?

Mama

9)Last phone call?

Mama

10) Hari terakhir anda menangis?

tak ingat dah lama.

11) List 5 kaler favorite anda?

blue
red
black
purple
orange

12) Orang terakhir anda ber-YM?

adik Farah. sila gelakkan saya.

13)Game paling anda suka?

super mario boleh?

14) Adakah anda peminat MCR?

tak.

15)Apa perasaan anda menjawab Tag ini?

tak tergambar.

16)Anda rasa Tag ini best?

haah. bolehlah.

17) Tag lagi kepada 10 orang

tak tau nak tag siapa sampai 10. siapa nak buat sangat dialu2kan. for fun ni! peace (^_~)V

Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day

hujung2 minggu ni busy sikit.

keluar sana sini. jalan sana sini. jumpa orang sana sini. macam orang2 penting.

hari ni pun nak keluar lagi. Father's Day kan. tentu2lah keluar dengan family pulak. =)

update esok2 lah ye. tengah tunggu Fara upload gambar, nanti boleh sharing2. =DD

oh btw, Karate Kid best! pergilah tengok. tak rugi. aku tengok dekat City Square (tak suka sebab selalunya ramai orang, and memang ramai pun) duduk seat 3 dari depan. TELENG ok kepala I! farah punya pasal lah ni! (no worries Fara, I still love you)

bye, keluar dulu.

Tuesday, June 15, 2010

thump thump

aku terdelete satu folder mama dalam pendrive mama. lepastu bijak sangat pergi emptykan recycle bin. omgomgomg. takut pulak nak cakap.

alahh,,seraaammmmnyaaaa!

pintu masa doraemon!!!!

Saturday, June 12, 2010

12.6.2010

kulit rasa kering mering. patut ke i lumur losyen? ;DDD

Friday, June 11, 2010

main ikan ikan

hai petang!

nampaknya adik2 aku sibuk dengan ikan masing2 sekarang.

cutenya ikan aku.
ikan kau buntal.
yelah, buntal kan cute.
haah....macam kau.
siapa buntal?
kau.
........................

hah, lepastu gaduh. aku dah tau dah.

Thursday, June 10, 2010

aktiviti cuti sekolah yang...biasa2 aje.

sekarang JB musim hujan petang. hujan dia bukan main main tau. lebat punya. duduk dekat rumah siang2 pun pakai selimut. eceh mana ada.

semalam hujan lebat kitaorang keluar jugak. Angsana aje. adalah jalan2 dalam sejam setengah lepas tu cepat2 balik before 5pm. kalau taakkk... haaa..tu highway Pasir Gudang jam.

lagipun sebab takde benda nak buat dekat rumah. lagipun sebab cuti sekolah. lagipun sebab Mama tak de. haa, banyak pulak sebabnya.

Reject Shop ^^

adik beradik saya 4 orang. kalau perasan yang sorang lagi selalu tak de. sebab sekarang dia kerja. nak sangat kerja. janji dia bahagia. so sorry, we all jalan2 dulu ye. =D ^^

adik beradik suara memang tak sedap. wattudu? ^^

gambar memang teruk sebab pakai kamera hp aku yang baru nak lama tu.

hujung minggu ni balik kampung lagi. suka, cuma tak suka bila kena packing baju. malas betul.

Wednesday, June 9, 2010

aktiviti adik beradik semasa ketiadaan Mama

adik saya baru start main Fish Ville dekat FB. baru nak beli2 ikan, bagi makan ikan, bagi nama ikan. and nama2 ikan dia SUHAILA, ALON, SUHAIDAH, SYAFIQ. (cis!! nama dia tak de pulak!) lepas tu saya tengok dia main macam best aje. so, saya cakap saya nak tumpang bela 1 ikan boleh taakkk? dia kata boleh. so saya bagi nama ikan saya NICHKHUN. dia marah gila sebab tu nama Korea Thailand. pergaduhan kami telah menarik perhatian adik lelaki saya merangkap abang kepada adik bongsu saya tu. tiba tiba dia pun nak join sama bagi nama. macam best pulak main ikan ada nama.

kami enjoy sangat main ikan2 tu. tapi kami tak main guna account FB kami. kami main guna account FB Mama kami. sebab Mama kami tak de dekat rumah selama seminggu. kalau mama kami tau ni,, hmph! habislah kami.

Tuesday, June 8, 2010

LBS punya cerita

hello.

tadi pergi Jusco tengok Lagenda Budak Setan dengan Aliya and Duta. seat kitaorang memang jauh dari orang lain so kita 3 orang sibuk dengan dunia 'flashback novel LBS'. sibuk compare 'ish, mana part ni xde?' 'ehh,,taaakk..patutnya macam nii...' 'omg, ni tipuu...' 'tak, Kasyah sepatutnya macam ni..' blablablabla.....

nasib baik jauh dari orang, kalau tak memang kena sound punya. sebab bising sangat bercakap lepastu budak2 ni dok sibuk tiru stail Lisa Surihani yang pelat 'R'. sebelum ni aku pun tak perasan dia pelat 'R'. pelik.

banyak part2 best dipotong. logiklah kan. mana nak buat filem betul2 ikut buku yang dekat 500 pages tu. tapi tak sedih pun. feel nak nangis pun tak de. tak payah bawak tisu owkaaayh!

lepas wayang plan untuk manicure. pergi tempat biasa. tapi ramai kot, dia suruh buat appointment lah apa lah. before ni tak payah pon? so, kitaorang pergi minum aje dengan English teacher saya masa sekolah dulu, Teacher Adiba. hehe.

ok dah, nak tengok TV. haha. good night!

saya bangga bila dapat 2 replies.
ayah cakap...
bangga buat apa? pergi hantar banyak lagi! pergi company dia! ini asyik berjalan aje!
argh!

Sunday, June 6, 2010

sharing is caring

lama dah x update blog ni. seminggu ini busy sikit buat FYP lagipun online banyak dekat laptop adik beradik aje demi menjimatkan karen letrik. haha.

sebab aku sukaa sangat cerita pasal cuti aku yang x seberapa ni, so nak ceritalah ni.

semalam birthday abang. dah hensem18. huh, dah besar. malam sebelumnya kitaorang dinner dekat luar, and semalam lunch KFC (ayah tapaw makan dekat rumah aje) sebab kitaorang sibuk packing nak balik kampung. and semalam petang we all balik kampung uyeeh!

saya suka balik kampung sebab bila balik kampung dia ada bau. bau kampung. bau dia macam bau kampung la kan. fresh gitulah. ok, pandai2lah pk sendiri.

tapi sekejap aje. pagi tadi dah balik JB semula. next week balik kampung lagi. haha.

ok, sharing is caring time! hahaha. FACEBOOK. what say you? ;P

Wednesday, June 2, 2010

2.6.2010

novel Lageda Budak Setan. siapa x pernah baca novel tu. famous masa zaman2 sekolah dulu. (form 1?) tebal nak mampos. nak habiskan macam azab jugak lah. mana nak belajar, buat kerja sekolah (buat pulak kerja sekolah?)

novel tu memang famous gila time tu. siapa x pernah baca LBS kau kira x cool ar. haha. Ahadiat Akashah memang buat cerita tu nampak real. banyak kali baca pun x bosan. meleleh2 air mata. hmph!

so, esok filem LBS keluar. Farid Kamil as Kasyah, Lisa Surihani as Ayu, Que Haidar as Azmi and Fazura as Katerina. aku ada sikit x berkenan dengan Lisa Surihani sebab sampai sekarang aku nampak dia tu "kaku". ok, tawlah dia tu cun. so?

xtawlah filem dia boleh best macam novel ke x kan? so, nanti kita pergi tengok ye. lepastu baru komen. cerita cinta sedih gila tapi best.
makesure bawak tisu banyak2. aku gerenti ada yang menangis. hahaha.

trailer--->Lagenda Budak Setan.



Mint, LBS kan? amek aku depan rumah! =P

Tuesday, June 1, 2010

1.6.2010

1. aku dah janji dengan adik harini aku bawak dia tengok Shrek Forever After. rasa macam malasnyaaa nak keluar.

2. harini 1 Jun. apa jadi sekarang eh kalau 3 tahun lepas aku sabar sikit dan tetapkan hati? mungkin x jadik macam sekarang. hahaha. kalau.... tapi sekarang aku boleh tengok aje. padan muka!

3. sila senyum bila berjumpa dengan orang2 yang tengah baran. besar kesannya.