Sunday, February 27, 2011

competition budak-budak orang tua jangan nak bising

pagi Ahad ni nak cakap aku terperap dalam rumah pun malu. tapi memang terperap pun tinggal tunggu masa nak di bbq kan aja. =P

hari ni Adik ada masuk competition yang buat mural painting dekat The Zone JB. dari 2,3 hari lepas mama and ayah macam freak out entah apa-apa. bukannya dorang pun yang masuk competition tu. sibuk figure out nak lukis apa, paint brush macam mana nak guna, the colours and all. maklumlah zaman anak-anak bersekolah dan sibuk dengan subjek pendidikan seni sudah berakhir. tapi sejak bila parents aku jadi supportive macam tu pun aku pelik. selalunya kalau kitorang (aku,Dida,abang) nak join activities lagi-lagi masa tahun exam (contohnya form 3 ada PMR, form 5 ada SPM) dorang memang akan bingit sikit. tahun exam tu kira macam tahun berkurung ar kepada calon peperiksaan tersebut. tapi adik? eh boleh bagi support kanan dan kiri pulak. ini yang rasa life is not fair! hahaha.

but anyways, adik memang talented kot. tak payah argue lebih eh. pasal kerja kursus Sains Pertanian aku dulu pun aku mintak dia lukiskan akar pokok. hihi. kalau tak percaya ha tengok sini dan sini.

sikit hari dulu parents aku nak hantar dia masuk Sekolah Seni JB. tapi terlepas in-take sebab masa dia naik form 1 tu parents aku pergi haji. bila try apply lagi dorang dah tak terima student kecuali in-take form 1 awal tahun. nasib baik lah kau tak sekolah sana, kalau tak mesti feeling-feeling Mak Yong dah kau sekarang. =DDD

* dengar kata mural painting competition ni masuk Malaysian book of records untuk mural painting terpanjang.

Sunday, February 20, 2011

on sunnyday

tadi ada movie date dengan Aleya. yes it's a movie date. pasal kita dua orang pergi tengok cerita No Strings Attached. orang lain datang bercouple-couple, kita pun couple jugak =) cerita dia sweet gila. Ashton Kutcher macam tak boleh nak hot lagi lah kan.

mama pagi tadi dia dapat birthday party invitation. anak kawan dia punya party gitulah. dia ajak kitorang semua memang tak jalan ar. haha. last-last dia pergi dengan autie depan rumah. yang geli hatinya dia sibuk discuss "nak pakai apa ni?" haha.

korang tau ke tak aku pun tak tau. tapi kita orang Johor used to panggil nenek kita atok. datuk pun kita panggil atok. kalau moyang (perempuan) baru kita panggil nenek. kalau moyang lelaki aku tak tau pasal aku tak ada moyang lelaki. tu pasal macam confuse sikit bila orang luar cerita laju-laju pasal nenek and atok dia. haha. pasal dalam kepala otak nenek ialah moyang. =DD

Wednesday, February 16, 2011

If a genie granted you a wish, what would you wish for?

Happy (Belated) Birthday to Dida. it's the day where people believe when we make a wish, it'll be granted. so make a wise one. =)

happy 21st to Dida. kalau dekat rumah boleh lah celebrate sama-sama. tapi haritu pun dah celebrate 1 family dah ye. so jangan nak cakap kita lupa birthday awak. Ayah siap rasuah aku dengan abang suruh keluar cari Secret Recipe malam-malam.

so here's to Dida, happy new year age.

sorry ini gambar muka dia masa lepas sekolah kot. haha. tak apa, nampak muda sikit.



okay sebenarnya semalam bukan nak merewang tak tentu pasal. tak. tak. ini cuma salah satu cara untuk terapi jiwa. (haha!) sebab dah lama tak keluar. so kita pergi makan dan sental kaki yang dah berdaki. itu saja. Aleya sangat baik sebab first gaji nak belanja aku makan. so kita makan dekat elMingos. terlalu kenyang. gambar of course ada tapi dekat hp Aleya yang canggih.

kita makan dekat Jusco Tebrau lepastu pergi KSL. lepas pedi kita terus balik. rupanya ada J.Co Donut lah dekat KSL. lepasni tak payah pergi City Square. parking dah lah mahal. haha.


dah habis sesi terapi jiwa cepat-cepat balik rumah.

I haven't write much nowadays. hiatus -__-

Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year =)

cerita semalam. nak sangat pergi KSL yang baru bukak tu. so pergilah adik beradik. besar kauu. kalau anda seorang penggemar fesyen-fesyen Korea,Taiwan,Jepun ini lah tempatnya. haha. macam-macam pesen ada. yang mahal yang murah. cuma duit aja ada ke tak. hehe. and of course dekat sana memang ramai Chinese. KSL ni dia depan Holiday Plaza. tak payah risau takut tak jumpa. sebab dari Jalan Tebrau tu dah boleh nampak shopping complex dia yang gah tu. pergh.

so lepas pergi KSL, lunch dekat Mara depan Larkin Sentral tu. ataupun nama tak glamournya bus stand Larkin. haha.



lepastu Ali Baba. karok sampai nak separuh gila =)

seluar ali baba. hihi. ^^

malamnya kita makan dekat Mak Tok. celebrate birthday Dida in advance. nak makan Laksa Johor asalnya, tapi tak ada. menu yang best banyak tak ada. dah habis. telan liur ajalah.

must have menu. Roti Jala. ^^

Saturday, January 29, 2011

Wear It Right Campaign


sekarang ni semua orang nak jadi fashionista. and paling best kalau kau pakai hijab pun tak ada masalah nak jadi fashionista. tapi masalahnya betul ke cara kita tu. aku sendiri pun, pakai hijab tapi tak tutup dada. so bila ada kempen macam ni jadi semangat nak join and nak sama-sama jadi seorang pemakai hijab yang betul. susah memang susah, tapi kalau kita cuba tukar slow-slow dan beramai-ramai macam ni kita akan jadi semangat dan rasa ini bukan benda yang membebankan, betul tak?

tahniah untuk Sue Anna Joe sebab buat kempen cool macam ni. kalau rasa alah, kalau pakai hijab tutup dada nanti dah tak nampak style, macam mana? hmm.. okay, jom tengok si Aishah Amin ni. style kan? pakai hijab tutup dada kan? good job Aishah. dan boleh jugak usha video tutorial dia dekat fb dia tu. nanti nak trylah cara Aishah pakai pashmina tu. =)


oh btw, oh farah pun ada buat tutorial pakai hijab tutup dada dalam masa seminit aja. siapa agak-agak dah lambat nak pergi class, kerja boleh tiru cara Farah ni. check it out!

Friday, January 21, 2011

kelab 23

Happy 23rd Birthday, Mint


tak nak cakap banyak, nanti air mata berjurai. dah jangan sedih-sedih sebab sepatutnya bila ada birthdays kita kena gembira macam nak berpartaaayyy walaupun partynya tak ada. anyways, Happy Birthday Mint. semoga termakbul segala impian, cita-cita, harapan dan semuanya. lebiu.

ini masa umur kau 22 tahun ye. sekarang sila tengok cermin ada tak kedutan bertambah? =DDD

kenapa nak sedih?...because this is how we used to celebrate birthdays.