Saturday, January 29, 2011

Wear It Right Campaign


sekarang ni semua orang nak jadi fashionista. and paling best kalau kau pakai hijab pun tak ada masalah nak jadi fashionista. tapi masalahnya betul ke cara kita tu. aku sendiri pun, pakai hijab tapi tak tutup dada. so bila ada kempen macam ni jadi semangat nak join and nak sama-sama jadi seorang pemakai hijab yang betul. susah memang susah, tapi kalau kita cuba tukar slow-slow dan beramai-ramai macam ni kita akan jadi semangat dan rasa ini bukan benda yang membebankan, betul tak?

tahniah untuk Sue Anna Joe sebab buat kempen cool macam ni. kalau rasa alah, kalau pakai hijab tutup dada nanti dah tak nampak style, macam mana? hmm.. okay, jom tengok si Aishah Amin ni. style kan? pakai hijab tutup dada kan? good job Aishah. dan boleh jugak usha video tutorial dia dekat fb dia tu. nanti nak trylah cara Aishah pakai pashmina tu. =)


oh btw, oh farah pun ada buat tutorial pakai hijab tutup dada dalam masa seminit aja. siapa agak-agak dah lambat nak pergi class, kerja boleh tiru cara Farah ni. check it out!

Friday, January 21, 2011

kelab 23

Happy 23rd Birthday, Mint


tak nak cakap banyak, nanti air mata berjurai. dah jangan sedih-sedih sebab sepatutnya bila ada birthdays kita kena gembira macam nak berpartaaayyy walaupun partynya tak ada. anyways, Happy Birthday Mint. semoga termakbul segala impian, cita-cita, harapan dan semuanya. lebiu.

ini masa umur kau 22 tahun ye. sekarang sila tengok cermin ada tak kedutan bertambah? =DDD

kenapa nak sedih?...because this is how we used to celebrate birthdays.


Thursday, January 20, 2011

what I did.

mentang-mentanglah Khamis cuti. =D

pegi Junk Sale bertiga je dengan Nadiah and Nabilah malam tadi. Farah kalau tau ni macam-macam nak kirim. hehe. minggu ni 3 nights straight dekat Sun City (livingroom). lepastu minggu depan pun 3 nights straight dekat depan That's Cafe pulak. taulah nak CNY.



kemeja bunga-bunga ni walaupun dia hadir dalam spesies jiwang, tapi dia sangat praktikal dan mudah digayakan.... tapi saya tak jiwang okaay.

Tuesday, January 18, 2011

tiga serangkai

sedar tak? sedar tak? kita dah jadi final year student. dah tahun keempat belajar. dah tahun keempat duduk bergental bertiga. dah tahun keempat menyimpan dendam kesumat dihati sebab tunggu orang ni lambat bangun nak pergi kelas, dah tahun keempat memaki-maki sesama sendiri, dah tahun keempat mengutuk sesama sendiri cakap kau lagi gemuk dari aku, aku kurus, lepastu kau pulak cakap kau yang sebenarnya lagi kurus, dah tahun keempat duduk ushar nak tiru assignment, dah tahun keempat berpanas berhujan pergi kelas jalan kaki sampai kurus (kurus kerr), dah tahun keempat kita berposing maut tiga serangkai dimana sahaja tak kira line clear ataupun tidak, dan dah empat tahun aku sabar dengan perangai engkorang yang entah hape hape ni.

fine! sekarang aku dah rindu perangai korang yang entah hape-hape tu.








kami sangat gila kamera. sangat. diberi kamera tak ada megapixel pun boleh teruskan tak ada masalah =)

Sunday, January 9, 2011

menjadi hari

semalam sebab yelah semalamkan weekend so dating dengan Aliya tengok wayang dekat Jusco Tebrau. wayang pukul 5.45pm and sebab kitorang book tiket so kena datang dalam sejam awal gitu lah tapi biasalah mesti lambat punya datang. so dalam 5.30pm baru sampai terkedek-kedek. dalam pada terkedek-kedek tu lah boleh terserempak pulak dengan Ailyl Rozanna hihi.

comel okay. tak tipu. menyesal tak patah balik and tegur dia kalau tak entah-entah dapat makan free kot. haha. next time kalau terserempak lagi aku jerit nama Ailyl Rozanna kuat-kuat kalau tak dapat makan free tak taulah. haha. *psst, terkinja-kinja bila orang famous tulis nama kita dalam blog dia walaupun cenonet*

so and so sebenarnya lepas nonton kita nak pergi Bazaar JB. ada benda yang kitorang nak beli. before ni pergi konon-konon nak usha aja, lastnya sampai sekarang menyesal sebab dah 2 kali pergi Bazaar JB tapi tak dapat masuk sebab jam gila. manalah tak jam haritu pergi malam new year. orang bergentel-gentel macam ulat. semalam pun tak dapat pergi sebab ada pesta hape tah. lastnya kita end up makan tutti frutti aja.

next time bebeh. next time.

AJL!!! Good Luck Yuna! =)

Saturday, January 8, 2011

FYI

FYI, seumur hidup aku this is my first time bekerja. masa lepas SPM dulu pun orang lain sibuk kerja dekat KFC lah, McD lah, jadi promoter lah, aku tak. duduk rumah enjoy the holiday aja. sampai dah tak tahu nak buat apa. siap ronda-ronda taman prektis sorang-sorang bawak kereta sebab masa tu tengah amek lesen. tu pasal bila time belajar driving dekat driving school cikgu aku malas nak ajar dah. dari 5 kelas yang sepatutnya aku kena datang, dia suruh datang 3 kali aja. itu pun bawak aku untuk ingat jalan untuk test JPJ je nanti.

jadi kesimpulannya, sekarang aku dah pandai tidur awal. sekarang aku dah mula berkira-kira waktu nak balik kerja. sekarang aku dah bukan main happy bila weekend.



sekarang ni internet dah kurang sikit. fokuslah kononnya. podah.

Sunday, January 2, 2011

2-01-2011

bukan aku taknak blogging. bukan aku tak nak list semua wishlist dan kata-kata harapan untuk 2011 dan kata-kata babai untukt 2010. bukan aku taknak buat tag si Chah. bukan.bukan. sebenarnya nak buat itu semua. nak meriah juga dengan orang lain sambut new year dekat blog. tapi sebab debaran di hati tidak tertanggung. haha. podah.

btw, esok aku start practical dengan engineering consultant. mahu tak berdebar. mestilah berdebarkan. haha. anyway good luck dekat diri sendiri.

hari ni birtday Mama. penat sorok kek dalam beg. HAPPY BIRTHDAY MAMA

nanti lepas hati dah tenang. keadaan diri dah stabil, baru blogging. haha. serabai je perasaan macam nak duduk SPM pulak. haha.

esok nak pakai baju apa? tudung apa? kasut apa? handbag? haha. itu yang lebih dirisaukan.