Thursday, July 30, 2009

musim demam ni sila banyak minum air masak.

semalam aku tengah blogging and sepatutnya dah berpost tapi tiba-tiba internet limited. ok xpe xkisah sabar dulu. abaikan saje entry-xjadik tu sebab kalau rajin and kalau dah dapat gambar yang dekat kamera wanie tu kalau rajin aku post lah.

pagi tadi pergi lab computer semata2 buat task 5 soalan tapi aku sempat buat 1 je lepastu curi2 bukak facebook dan approve 18 dari 20 friend request. sorry yang lagi 2 tu aku xkenal so aku xapprove sebab dah berazam sejak buat fb, fb saya hanya untuk kenalan saje (poyo). suka hati aku lah kan?

lepastu bila balik dan-dan aje aku teringat hari ni 30hb. BIRTHDAY YANA!!! dia ni dulu masa sekolah aku suka panggil dia Li'ana sampai sekarang nama dia dalam contact list hp aku Li'ana. haha. Happy Birthday Liana <3

kes berat sekarang, tadi dekat blok W kena kuarantin. H1N1 punya pasal. ada yang suspek positif lah apa lah tapi yang penting sangat menakutkan. dah lah aku xsempat lagi nak pergi amek topeng muka tu dekat klinik. yang sebenarnya takut nak pergi klinik sebab klinik tu depan blok W and kita orang pun dah xboleh pergi fakulti. adik aku pun dah lama terdampar dekat rumah sebab U dia pun dah start tutup minggu lepas.

kelas steel & timber petang ni cancel, internet pun macam best aje. aku blah dulu. bye.

Wednesday, July 29, 2009

sekejap

dah dekat seminggu kot xdapat internet dekat kk3 ni. kalau dapat pun sekejap2. haha. bosan ok. tiba-tiba sekarang dapat lepastu laju bukan main. lepas ni tah2 hilang lagi. so, till then.

***sibuk ni nak update gosip2 terbaru.

Thursday, July 23, 2009

xiexie

terima kasih kepada amoi stall yang banyak berjasa. rasa macam nak tangkap gambar aje dengan u. terima kasih jugak kepada tangan2 yang pernah menghulurkan tenaga mencuba sedaya mungkin untuk membantu i menyelesaikan masalah simple nak mampos itu.

jugak kepada amoi kedai handz yang takutkan aku suruh pergi jumpa doktor. jugak kepada uncle kedai apa tah yang takut2kan aku dengan spanar. jugak kepada kakak kedai emas yang cakap bukan2 dekat aku. jugak kepada mana2 pihak yang geleng2 kepala bila aku tanya.

well, masalah i dah selesai. hahahahahaha! suka nak mampos. ;P <3

Tuesday, July 21, 2009

aegyo

my bad habit lately--makan makanan kegemaran dalam kuantiti yang banyak and rasa-rasanya macam mengundang ke arah unbalanced-diet. seorang kawan yang peka secara xsengaja telah menegur sifat buruk itu tetapi akhirnya dia mintak sikit sebab macam terliur kot. (haha,,sedap kan?walaupun xberapa sedap sangat)

xpe, i xkesah pun share makanan, janji kita bahagia. ^__^

Friday, July 17, 2009

kalau boleh tempeleng internet ni dah aku tempeleng dari minggu lepas.

my little sister

dida call melepas tension dekat aku semalam.

long, penat. xsuka laaa.
kenapa pulak? kelas macam mana? rumate? kawan-kawan? life ok? (risau ni risau dekat dia)
kelas xbest. satu kuliah 700 orang. serabut gila. rumate, kawan-kawan ok. eh, dekat sini tengah PC fair, rumate dida beli laptop, dida beli selendang yang macam dida nak yang tapi xjumpa dekat jb tu. lepastu kan weekend aritu dida pegi jalan-jalan....blablabla..lepastu dekat sini pun wifi laju best gila online. oklah nanti malam dida buzz along ok? bye.


*tiba-tiba mood penat dia yang aku dengar tadi terus tukar jadi mood gembira*
*tiba-tiba aku terperasan betul ke aku dengar dia beli selendang dekat PC fair?*

tag

5 things in my bag/backpack/handbag:

*handphone
*money pouch
*lipbalm
*tissue
*kalau ada space lagi aku isik hand sanitizer
--->selagi boleh nak minimizekan barang sebab aku xsuka bawak handbag ke apa ke bila keluar walaupun beg aku melambak2. kalau boleh semua nak sumbat dalam poket tapi selalu aku bawak itu black sling beg saje. tapi kalau keluar dengan mak aku, semua barang aku letak dalam handbag beliau (hehe)

5 things in my wallet/purse:

aku xde purse. dah banyak kali mak aku ajor pakai purse siap belikan purse polo yang mahal dengan harapan lepas dapat barang mahal aku akan pakai purse tapi selepas sebulan aku bagi balik dekat mak aku suruh dia yang pakai.O__o
so since aku pakai pouch aje dalam tu ada:
*helaian duit kertas
*ketulan duit syiling
*helaian resit baki duit dekat bank
*kadang2 aku sumbat resit beli barang jugak
*kalau datang mood pemalas aku, aku keluar bawak duit dalam poket aje.

5 favourite things in my bedroom:

*peralatan tidur. esp teddy bear aku yang 2 ekor tu.
*barang2 makeup i. (chewah)
*dekat loker aku ada board aku gantung keychain banyak2. (perhatian, sebab ramai sangat orang kalau datang bilik aku mesti cakap gini "su,,kau ni macam budak2lah kumpul key chain" "su, kau dah xde kerja ke kumpul key chain?" "su, banyaknya keychain,,hobi ea?" hahaha. PERHATIAN, semua tu kawan-kawan bagi. sentimental value.)
*benda yang aku buat letak barang2 aku. kalau pernah datang bilik aku,benda yang tempat gantung kaler biru yang aku gantung dekat loker tu. hesh, xtaw aku apa nama dia.
*meja aku. kalau boleh semua nak biru.

5 things I want to do:

*go-karting
*dancing
*menguasai bahasa lain. tamil pun boleh. haha.sebab aku sangat curious dengan budaya bangsa lain.
*boleh memasak dengan cekap.
*boleh bercakap dengan konfiden dan berlagak macam cakap omputih berabuk time public speaking. hahahahaha!


5 things I’m doing now:

*selesaikan tag
*tengah download gtalk. selepas didesak oleh sha, aku donload jugak.
*baca blog pasal arwah Juliana. dapat dari blog intan.
*layan vc Rain. tengok body shape aje dah cool gila.
*goyang kaki.

5 people I would like to tag:
=DDDDDDD. semua.


* aku bosan gila. enjoy sekejap bila jawab tag. thanks naema.
** nampaknya lizah dah mula buat iklan besar-besaran dekat blog dia.

Sunday, July 12, 2009

BOF

berusaha gigih dengan B.O.F. kenapalah banyak sangat episod? dahlah Gu Jun Pyo tu rambut kerinting. dia punya gulung sangat menggelikan. hahaha! nasib baik hensem sikit. kalau tengok cerita tu aku xboleh fokus dekat rambut dia. geli geli. haha. (kenapa mesti gulung rambut macam tu aa??)

i suka cookies rambut kinting & birthday present patung rambut kinting yang Geum Jan Di bagi. aku rasa kelakar gila.


***sha, lizah dah jadik student MAROON ke?

Saturday, July 11, 2009

ideas 1

internet langsung xbest!

facebook haram xboleh bukak. baw ubi betul!


**nadiah, aku taw kau dah buat fb, nanti aku approve, sekarang tengah sesak.
***happy new semester (betul ke cakap gini?)
****kenapa xde hati nak blogging sangat sekarang?

Wednesday, July 8, 2009

tagged by naema ;DDD

Objective: Are you mean and sarcastic? Have you ever answered people ‘meanly’ and sarcastically? If yes, show us how mean and sarcastic you are! If no, then you should try at least once in your life with this note.

Rule: Respond to these as sarcastic/mean as you could.

(YR stands for Your Response.)

once you’ve been tagged must do! =)

If an annoying person says:
1) I am cute.
--sengih2 perasan memang kiut..well~

2) I am the most beautiful/handsome:
--memang pun. mata yu sihat la tu maknanya.;DDDD

3) See, everyone likes me because I am rich and famous!
--aku xsuka budak femes.

4) Unlike you, I am perfectly multi-skilled. I do everything very well from sports to academic thingy..
--yeke?

5) You don’t know me? I am Bruneian artist; I have albums.
--rumah i memang xdapat channel Brunei.

If an annoying hot woman/man says:
1) I know you like me.
--hahaha. *expresi biasa*

2) What are you looking at? I am not interested in you!
--hek eleh. muka macam Hamid Gurkha lagi nak perasan orang tengok dia.

3) Sorry, you are nice but seriously not my type!
--xpe..(muahaha,x sarcastic langsung!)

4) UNLESS you are rich, then don’t dream that I will get a ride with you!
--aku pun xingin jalan dengan ko. bukan kaya sangat pun.

5) Look, I am pretty/handsome; I can make people hate you!
--*expresi muka biasa*

If an annoying extremely ugly woman/man says:
1) I think you and I can make a good couple.
--ketawa panjang2, lama2 sampai dia perasan sebenarnya ketawa i tu ialah tanda reject yang sangat kejam.

2) May I have your cell phone number? please please please?
--ketawa jugak.

3) Hi, wanna hang out? I want you to be with me the whole night..
--senyum seikhlas mungkin...

4) What do you like about me?
--xmalu eh tanya soalan gitu?

5) I want you to say that I am pretty/handsome and you like me sooooo much!
--setakat cakap aje no problem. ^_^

If your enemy says:
1) Hi bitch!
--hello bastard.

2) You smell like shit!
--padan muka ko cium baw taik.

3) What an ugly creature you are!
--hidung ko pun kembang jugak.xpayah nak cakap orang.

4) I am going to kick your ass in this race for sure!
--jeling sambil smirk. biar dia makan dalam.

If your annoying ex says:
1) I still love you...
--'macam sial betul dia ni.' (cakap dalam hati.haha!)

2) I know you still love me!
--eeii..perasan gila ko.

3) Please, go back with me honey/hubby..
--i bodoh kah? sekarang ni dalam kepala otak aku semua yang xbest aje tinggal. yang best sume aku dah terlupa.

4) Please call me...
--u macam xtaw i ni memang kedekut kredit.

5) The break up hurt me so much..
--like i care.

If an annoying salesperson says:
1) Wow! You are so pretty/handsome!
--senyum sumbing lepastu blah cepat2.

2) Seriously, I used this product and I've Changed!
--xpe, terima kasih. dah ada dekat rumah.

3) We are giving a discount up to 50%!
--time ni aku dah blah dah.

4) This one is good sir/madam. Buy sir/madam, buy..
--pandang pun x..memang konfem aku dah blah.


***aku rasa aku memang xbanyak bercakap dengan orang yang aku baru kenal. selalunya kalau xsuka aku diam macam ada emas dalam mulut. tu tandanya aku xsuka lah tu. sarcastic x stail i??

Tuesday, July 7, 2009

no idea lagi untuk tajuk

sepanjang hidup aku pernah tengok & pakaikan bandage dekat orang (since aku dulu pbsm kan masa sekolah) lepastu teringin nak rasa, best sangat ke pakai benda tu? best sangat ke bila ada orang balutkan?

nak sangat, sekarang sendiri rasa. lepas ni kalau nampak aku jalan senget2 jangan buat2 xtaw. nak bagitaw orang macam mana boleh accident pun segan. haha. memalukan. tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk berjalan secover cun yang boleh dengan harapan xde orang perasan walaupun hakikatnya memang orang perasan.


***thx MA ump yang segan2 nak pegang lutut i dekat klinik tadi. haha!

Monday, July 6, 2009

new semester

new semester.

hahaha.sila gelakkan diri sendiri. semester baru sepatutnya semua orang sihat & gembira. lepas ni mungkin perlu lebih excercise. 0_o

Saturday, July 4, 2009

kakak i bertunang

hari ni kakak (satusatunya sepupu aku yang tertua) bertunang. well, i jadik pengapit (heh, majlis tunang macam majlis kawen) dan merangkap jugak kamerawomen xbertauliah.

first time dalam family aku buat majlis bertunang ni. so, aku pun gabra jugak sebab jadik pengapit (ceh, macam aku aje yang nak bertunang)

part yang patut di highlightkan ialah part sarung cincin. kakak dapat 3 cincin ok! cincin kawan, cincin merisik & cincin bertunang. (well, orang johor memang ada banyak cincin. tu belum masuk cincin kawen lagi. kawen pun nanti ada cincin jugak. so girls kalau maw banyak cincin sila carik laki orang johor. haha!)

sekejap sarung jari tangan kanan, sekejap sarung jari tangan kiri. oh, jeles i! haha.


*** paling enjoy part makan.