Wednesday, June 1, 2011

dah lama tak update. tau.

benda buat aku panas hati kalau drive:

TAK BAGI SIGNAL - ada driver dia memang habit tau. tak suka bagi signal kalau nak belok. ni memang habit lah. genetik agaknya. bapak aku cakap orang macam ni miskin pasal sayang bateri kereta takut habis kalau bagi signal. ah, straight to the point! miskin budi bahasa!

DRIVE TAK MENYEMPAT - ini pulak dia drive macam tak sempat. tak sempat nak pegi mana pun tak lah aku sure. tapi kita amek jalan positif. ni stok takut kena marah dengan mak sebab tak sempat beli ikan dekat pasar pasal pasar dah nak tutup. yelah, dah pukul 10pagi baru nak kejar ikan, memang tak lah kan.

EKZOS KERETA KE EKZOS KAPAL? - aku tak kira ar kapal ada ekzos ke tak. tapi kenapa bunyi ekzos kereta dia macam ekzos kapal? bunyi macam ferrari sekali lalu sebelah hek eleh Satria/Wira modified jer? lagi panas hati kalau binatang tu Kancil. lepastu ada stiker MIRA sumpah aku tak paham kenapa nama perempuan tu banyak dekat kereta-kereta macam tu. tapi ada aku kesah?


"Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak tertunggu-tunggu untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Sikap ini terserlah juga dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang mongel. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai." Wikipedia


aku pernah jumpa satu kereta yang tak dapat nak cam langsung bentuk kereta tu jenis apa sebab kereta dia berbalut dengan lampu liplap. tau? lampu yang orang gantung kalau nak raya tu. gila bai. macam ada fun fair!

Monday, May 16, 2011

a look

dulu ada patung kertas yang macam sailormoon tu, siap dengan baju kertas boleh tukar-tukar. budak perempuan mesti main punya benda tu. ada baju, topi, kasut, handbag. kita match-match kan lah dia. tengok patung siapa paling cantik. rasanya macam dah tak ada jual lagi kot sekarang.

baru-baru ni MissLilyShop ada buat mix and match contest. syaratnya kena mix and match dekat Looklet. serious excited main mix and match. dari model sampai ke background and effect gambar kita yang pilih. siapa tak jakun?


1st trial
Front

Back

Portrait


kalau aku rajin nak edit gambar untuk contest ni, aku hantar kot. kalau tak, ini memang for fun semata-mata. dia punya feel macam feel main tukar-tukar baju dekat patung kertas tu dulu ;]

Friday, May 6, 2011

how's your day?


"The hardest part about growing up is letting go of what you were used to, and moving on with something you’re not" @


My life is pretty normal today. They just do not treat me well sometimes, you know.

Friday, April 22, 2011

plain

1. marathon siapkan report. ingatkan kalau dah duduk rumah boleh jadi rajin dan tak buat kerja last minute, rupanya tak jugak.

2. dah dua tiga hari tak on tv. online pun kurang. facebook pun kadang-kadang lupa. fokus gila kan? sebab banyak nak kena kejar.

3. FEM dalam esteem plus ialah abbreviation untuk Finite Element Method. bukan Fixed End Moment.

4. next 2 week ada Car Boot Sale lagi. nak pergi sebab haritu tak beli bangles RM10 yang cantik gila. mintak-mintak lah free pada tarikh berkenaan. orang JOHO cekidaut!

5. satu hari sak hadap report. lepastu bukak esteem, bukak autocad, laptop hang. berdebar nak gugur jantung. jangan buat problem plis.


tak ada mood nak layan benda-benda sampingan. harap maklum.

Monday, April 11, 2011

the flowers


...dull...


at least once a week.

Sunday, April 3, 2011

on sunnyday

hari ni memang sunny tak main-main punya. so actually harini plan nak layan Melodi dan Nona aja tapi bila Aleya call ajak join Carboot sale kita on saja lah. ini second time ar. first time pergi masa Auto Show dekat Perling. tapi masa tu tak happening sangat sebab dah petang and tak banyak kereta yang bukak bonet untuk haritu.

tapi hari ni punya boleh tahan meriah. banyak bonet terbukak. muda mudi pun boleh tahan. meriah okay. Cewah pun ada lah beb. tak payah beli online. tapi apasal entah aku tak beli. bongok. bukan senang nak dapat stok Pipiyapong. bongok dua kali.

next time kita pergi ramai-ramai yek.

habis round kita decided lepak Roost Bar. tengok cawan dia. hihi. macam gayung masa sekolah tadika.


masa ni Aleya tengah calculate-calculate duit dia pergi mana. sibuk tanya aku 'duit aku pegi mana ah Sue?'


tak boleh blah tengok mat salleh pakai T-Shirt JOHO. Aleya dah bagi signal 'ok jom tackle'