Wednesday, June 1, 2011

dah lama tak update. tau.

benda buat aku panas hati kalau drive:

TAK BAGI SIGNAL - ada driver dia memang habit tau. tak suka bagi signal kalau nak belok. ni memang habit lah. genetik agaknya. bapak aku cakap orang macam ni miskin pasal sayang bateri kereta takut habis kalau bagi signal. ah, straight to the point! miskin budi bahasa!

DRIVE TAK MENYEMPAT - ini pulak dia drive macam tak sempat. tak sempat nak pegi mana pun tak lah aku sure. tapi kita amek jalan positif. ni stok takut kena marah dengan mak sebab tak sempat beli ikan dekat pasar pasal pasar dah nak tutup. yelah, dah pukul 10pagi baru nak kejar ikan, memang tak lah kan.

EKZOS KERETA KE EKZOS KAPAL? - aku tak kira ar kapal ada ekzos ke tak. tapi kenapa bunyi ekzos kereta dia macam ekzos kapal? bunyi macam ferrari sekali lalu sebelah hek eleh Satria/Wira modified jer? lagi panas hati kalau binatang tu Kancil. lepastu ada stiker MIRA sumpah aku tak paham kenapa nama perempuan tu banyak dekat kereta-kereta macam tu. tapi ada aku kesah?


"Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak tertunggu-tunggu untuk diperlihatkan oleh orang ramai. Sikap ini terserlah juga dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka mengubahsuai kereta kepada bentuk yang mongel. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka tidak ternanti-nanti untuk meminta perhatian ramai." Wikipedia


aku pernah jumpa satu kereta yang tak dapat nak cam langsung bentuk kereta tu jenis apa sebab kereta dia berbalut dengan lampu liplap. tau? lampu yang orang gantung kalau nak raya tu. gila bai. macam ada fun fair!

4 comment(s):

gracieyna said...

sumpah aku suka entry ni. terbaik ah.

cik chopu said...

certain driver lagi dasat. signal kanan masuk kiri. apekah?

soella said...

haha. ini entry memang datang dari hati pasal tiap2 hari aku hadap benda yang sama.

rionix said...

haha. su dah marah