Sunday, February 15, 2009

done with tag bersama entry yang panjang berjela

haih, feeling lost lah bila xde lappy. see, for this whole week, asyik pinjam2 laptop orang. kerja xtension pun boleh jadi tension.

first, sebab kena buat kerja dengan kadar yang cepat. obviously sebab tuan laptop pun nak guna laptop dia, plus, sekarang semua orang memang macam xcukup tangan dan masa.

second, guilty to the owner sebab mereka pun ada kerja.

third, aku xboleh online!

kalau ayah & mama luluskan, aku maw desktop baru!

noktah!

nn (stand for nadhirah naimah) telah mengetag aku. btw, nn ini satu sekolah dengan aku masa sekolah rendah and masa aku dekat girl school dulu. itu hari, aku jumpa blog beliau, dan terjumpa jugak blog-blog mereka yang sama2 dengan aku masa dekat SIGS. agak lost contact dengan mereka sebenarnya. salah aku yang dah keluar sekolah tu, tapi x keep in touch dengan mereka. sory babes~

tapi,tapi,tapi

bukan maknanya aku dah lupa kalian. as for yaya galore, i still remember u lah! cukue,chue-N,chu-bie,o-fee,eida fazara,azreen blablabla...semua masih ingat. especially yang hostellite tu. sebab saya pernah duduk hostel SIGS masa form 1. for 1 year only. haha. sebab aku ada masalah home sick yang sangat kronik. ahahaha! buat malu aje. for the rest 2 years, sanggup naik bas ulang alik dari taman daya pergi sigs.

tapi xtaw lah kalau dia orang dah lupa aku kan. (sob,sob)

ok, masa untuk menjawab tag.

1. Link to the person who tagged you.
2. Post the rules in your blog.
3. Write 6 random things about yourself.
4. Tag 6 people to your post and link to them.
5. Let each person know they've been tagged and leave a comment on their blog.
6. Let the tagger know when your entry is up.

tagged by nn

6 random things about myself;

1. aku xreti pakai purse. sampai sekarang aku masih pakai pouch.
2. aku fobia dengan orang yang potong rumput dekat tepi2 jalan.
3. aku ada diary. umur dia 5 tahun. kaler biru.
4. aku sangat suka makan biskut. biskut kering pun jalan.
5. aku suka jugak makan roti. haha!
6. my kad aku muka masa tingkatan 2. se'eh aje.


nak tag:
1. sha
2. leezah
3. gracieyna
4. mintanep
5. saie
6. teringin nak tag neb, tapi dia xde blog pulak.


***huh, dah lama x post entry panjang macam ni.

Friday, February 13, 2009

finally......

seminggu yang sangat huru-hara. banyak kerja semua nak submit minggu ni. lepas ni test pulak bertindan-tindan.

pergh! fresh gila otak aku. rasa macam budak Universiti.

malam ni jom pergi makan sate. xpon pekena gelas besar.

wah! lumayan! haha

Tuesday, February 10, 2009

haih, aku pening pulak nak guna laptop orang. microsoft word pun xdapat cari. dia ni guna laptop zaman 2020 ke apa? apa ke pelik sangat? ke aku yang sengal sangat.

serabut lagi tengok memo melambak.

baru berapa hari xbukak std, macam lost seh aku.

projek, report..agh! nak sikat rambut pun xsempat. pakai jari pun boley~


***siapa dah rindu aku,SMS je, or tru skype neb (ataupun lebih faymes dengan panggilan nab..haha. dia sekarang sekretari aku) howkeyh!

pen off!

Saturday, February 7, 2009

entry kelam kabut

durh!
laptop merajuk. apa lagi bisa aku lakukan.

disebabkan malam ni mint pergi meeting, aku curi guna laptop dia.

alaa,dia xmarah punya.

kalau dia marah, lepas ni xnak buatkan dia roti raisin lagi! mesti kempunan kalau xdapat makan air tangan aku. haha.

btw, aku cuma nak check memo. tapi first yang aku bukak, BLOG! haih.

mungkin sudah tegar dengan yang ini. dan mungkin ini lebih seronok berbanding facebook dan lain2. sebab kamu boleh luah apa kamu rasa, dan aku boleh taw. dan sebaliknya. simple.

sebab aku xpandai luah apa aku rasa, terutamanya bila aku sedih. makanya, cara ini aku suka.

well, sekarang jiwa aku kosong. patutkah aku bersedih atas malapetaka yang menimpa laptop aku? atau aku harus berlari ke hutan, belok ke pantai....................motif?

Friday, February 6, 2009

skill menghilangkan bosan

nak blogging, tapi laptop aku macam merajuk. malas seh aku nak layan. lu pujuk lah diri lu sendiri. tapi lu jangan merajuk lama sangat, aku banyak tanggungjawab lu taw?

jintian shi er ling ling jiu nian er yue liu hao, xingqiwu:

test market je tu. boleh tahan mandarin aku. x sia-sia lim lao shi ajar. banyak pahala orang tua tu. haha!

yang xboleh blah kalau dalam kelas mandrin, semua bergasak-gasak hafal jawapan. bajet2 kalau lao shi tanya boleh jawab dengan smooth. sekali bila dia tanya soalan, terkebil-kebil jugak pandang muka orang tua tu. sebab kita xpaham soalan pe jadah yang dia tanya.

moral of the story, belajar mandarin bukan sekadar hafal jawapan dalam buku. hafal soalan sekali.


***jangan lupa buat latihan menulis sambil sebut kuat-kuat. yi-yi-yi, er-er-er,san-san-san.

Wednesday, February 4, 2009

bila kenangan itu terimbau,indah kan?

cuti hari tu, aku kemas bilik. explore semua ceruk2 drawer, shelves yang dah lama aku xguna. lepas aku habis sekolah, memang dah xde siapa pun guna. so, memang semua barang2 aku la. xkan barang mak aku pulak.

aku jumpa plastic bag kaler purple. kembung. aku pun terbalikkan isi2 dia semua....

mak oi!, surat2 chenta aku! (adoi, statement xboleh blah)

himpunan surat2 cinta berzaman. kuang3.

er, kepada tuan yang bagi tulisan nama SUE tu, terima kasih. untuk seorang lelaki, effort anda menggunting kertas membentukkn huruf SUE tu sangat kreatif and sweet pada aku. well, cerita lama. kah3.


birthday card dari girlfriends aku.

ni semua kerja kawan2 aku masa sekolah. memang habit bagi kad la, surat la. banyak. tapi aku amek gambar yang ni jela sebab colorful. ngeh3. bukannya semua tu surat cinta, mostly dari member2 aku. biasalah, budak perempuan memang rajin buat benda2 ni kan,kan?

ada jugak kad2 dari ayah and mama. masih ada lagi. semua aku simpan. sentimental values beb!


***terimbau, terimbau jugak, kerja banyak ni cik soella oi. jap lagi nak kuar pergi jumpa Mr. Palani tuan besar ECM. er, kepada sesiapa yang ternampak budak2 pakai jaket blueblack dalam 9-10 orang bersepah kat ECM petang ni, buat2 xkenal jela ye. well, we ol dapat projek standard sangat, nak buat mcm mana.