last Sabtu hari tu kita ramai ramai ehee padahal bertiga aje pergi Yong's E-day. Congratz to Yong kerna dah jadi tunangan orang. (Yong itu adalah kakak kepada Chah) aku nak upload gambar dekat FB punyalah malas ya rabbi. nanti nak bagi softcopy seketul terus aje dekat Chah. eh Chah?
Monday, November 29, 2010
Yong punya hari tunang punya cerita
Saturday, November 27, 2010
kita-kita aje
hellooooo. lama gila tak blogging. dekat 2 minggu ada? haha. lepas balik raya haji macam-macam aktiviti telah dilakukan sampai memang tak ada masa nak layan blog. lepastu sibuk2 nak balik ump lagi. tapi before tu kitorang sempat celebrate birthday ayah tauuu. merata cari orang yang boleh buatkan kek. sebab ayah tak makan kek kedai. and kek yang orang buatkan ni memang terbaik lah. siap merayu lagi mintak tolong buatkan. mana taknya, nak celebrate malam, pagi tu baru dapat contact orang tu. kesian punya pasal dia buatkan jugak. thank you kak =)
ah, banyak nak cerita. tadi baru balik majlis tunang kakak Chah pun nak tulis dalam blog jugak. pre-grad photoshoot, lepak-lepak kali terakhir dekat Kuantan dan macam-macam lagi. haha.
Tuesday, November 16, 2010
raya korban
sampai JB hari Ahad haritu sampai ke hari ni tak sempat nak online. pagi tadi dah keluar pusing JB dengan adik-adik aku. petang ni nak balik kampung sebab esok raya kan. ni pun online sebab Neb mintak format PSM. kalau tak memang tak online. nanti lepas raya aku blogwalking eh. hehe. tapi sebelum tu nak wish....
Saturday, November 13, 2010
the final
esok aku balik. barang semua dah siap packing tinggal nak humban aje dalam kereta. perasaan sekarang memang campur aduk. suka ada,sedih ada, takut-takut pun ada sebab pikir result. mintak mintak lulus dengan cemerlang. amin.
last exam haritu paper Foundation Engineering. hujan lebat memang tak agak-agak. siap blackout sekejap. tapi bila habis je exam semua orang macam hooraayy dah habis belajar. padahal LI pun belum. grad apa tah lagi. hehe. happy sebab lepasni tak payah nak hadap exam lagi kot. kenapa tah bila nak exam je setan jadi gemok gedempol ek. dem u setan!
Sunday, November 7, 2010
unchained melody
study week dah nak habis, tapi study dah habis ke belom? ke baru nak start? haha. okay 1st paper hari Selasa paper Advanced Concrete Material. subjek ni memang theory semata-mata. memang wajib baca sampai nak muntah. kalau tak memang gagap nak jawab exam. tapi kenapa tah baca satu benda pun tak lekat. ke nak kena tunggu last minit jugak baru melekat? ke otak jadi lembap sebab dah seminggu berholiday so sekarang dia malas nak bekerja? kamonlah otak. jangan macam ni, naya aku.
and Khamis paper Foundation Engineering yang killer. good luck eh kawan kawan. =)
bosan kan update tanpa gambar. so ini gambar masa presentation techno minggu lepas. group techno aku yang gedik propose nak buat butik. so, masa presentation semua orang pakai baju kurung, kita 1 group pakai jeans. =D thank you sebab gedik bersama-sama.
Wednesday, November 3, 2010
tagged by nn
Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.
1. hp and calculator aku ada bedazzled. tapi macam dah nak rosak and tercabut. so nak tukar design lain. tehee.
2. aku suka conteng2 kalendar.
3. aku suka guna hairclip.
4. aku start ada akaun Friendster masa form 5. Nadiah Amir buatkan. =)
5. lipbalm jenama sebamed paling lama guna sampai sekarang.
6. Jenama Neutrogena yang paling lama aku guna sebab sangat sesuai dengan kulit aku.
7. aku sukaa gila tengok perempuan cantik. tahap stalker. memang suka. cantik bukan dari segi muka cantik saja, tapi dari segi fashion dia ke, mekap dia ke, bodyline dia ke, anything.
8. aku belajar pakai eyeliner dari tutorial dekat internet. taraa, sekarang dah terer. cat eye hujung jari je.
9. aku belajar how to apply make up dengan cara betul pun dari tutorial dekat internet.
10. aku pernah declare couple masa 06.06.06.
11. first time keluar dating tengok wayang cerita bunuh2, kerat tangan,potong kaki. euww. tah hape hape ex boipren aku tu. tau lah hardcore.
12. i still remember every single thing about my first love. teheee. =) masuk ke 2, ke 3 dah tak ingat dah.
13. suka beli baju fashion bukan bukan lepastu tak pakai sebab tak selesa.
14. first time tengok wayang masa darjah 3. dengan family.
15. first time tengok buah naga masa 1st year dekat Universiti. sila ketawakan.
16. first time makan sup perut masa dekat Universiti. roomate bagi makan.
17. first time duduk hostel aku menangis! homesik bebeh! =D
18. first time buat manicure tahun lepas. memang rasa addicted.
19. first lipstick aku jenama maybelline.
20. first ubat gigi yang aku guna jenama kodomo lion perisa strawbery. yeks! tapi sebab aku bukan jenis memberontak, so pakai aje apa ayah beli.
21. first time pakai foundation umur 21 tahun. ehe.
22. i do not curse. ceh ceh ceh.
23. first make up remover, Silkygirl.
24. first set lengkap penjagaan muka aku, Clean & Clear dalam beg purple tu. gegirl kaan?
25. aku tak pernah tukar jenama syampu dari umur 13 tahun sampai sekarang.
lebih ke arah first time.
the time traveller
FYI, this was filmed back in 1928. perempuan ni termasuk dalam footage filem Charlie Chaplin. =) niceee.
gaya perempuan tu macam tengah bercakap dekat hp sekarang ni jadi bahan bualan. wth 1928 ada hp kan?
so, tiba tiba ada berita macam ni, rasa rasa ada harapan ke aku nak balik ke zaman dulu? mana tau pintu ajaib doraemon tu memang wujud. eheh.
Monday, November 1, 2010
dream baby
hai. dah lama tak update blog kaann? minggu lepas busy bukan main. kalau boleh nak 1 hari biar 48 jam. masuk je hari Sabtu, demam! maka memang hari ni baru boleh blogging. hello study week! =)
hari ini tiba-tiba nak tulis pasal pria gantang dari Indonesia yang dah lama gila aku minat dari zaman sekolah weyy! kalau tengok mamat ni kat tv boleh buat senyum sorang2. jarang ar aku nak minat pelakon Indon lebih2. boleh bayang tak minat dari sekolah tapi baru hari ni tau nama dia? sebab baru google. memang L!
dulu masa zaman sekolah aku memang menggila layan tv Indon. first aku tengok mamat ni berlakon dalam drama Mawar. start start tu tiap-tiap malam tunggu depan tv. drama tu sumpah tak best. yang best sebab dapat tengok mamat ni aje. O_0
lama okay drama tu. sampaikan masa tu aku dah dapat offer pergi matrik so stop follow tengok bila dah masuk matrik. jadahnya nak cari channel Indon dekat Tangkak tu kan.
siapa pernah tengok muka dia ni. dia ada berlakon dalam filem Alexandria. alah yang ada dalam video clip lagu Peterpornpan 'Tak Bisakah' tu. oh sekarang dekat tv3 pun tengah main drama Alisa. dia ada jugak. =)
dua dua good looking okaaayy!
(FYI, kalau kau duduk area JB, dekat rumah tak ada Astro pun tak apa. malah tak hadap pun Astro. sebab boleh dapat channel Indonesia and channel Singapore. sajian cerita memang tip top ngetop wehh)