Thursday, May 18, 2017

Apa produk untuk bibir allergy lipstick? Help me.

Dah dekat 2 minggu bibir macam allergy. Ada biji2 kecil keliling bibir, panas, gatal, mengenyam, paling worst bibir bengkak  T_____T

Last kena macam ni tahun 2008. Masa tu allergy lipstick rasanya sebab baru first time try lipstick ;DD

Masa tu memang teruk. Tahap bibir pedih gila tak boleh makan. Ingat lagi sedut bubur pakai straw. Menangis bucu katil sebab lapar tapi mulut sakit.

So lepas kes allergy lipstick tu memang tak pakai lipstick. Cuma pakai lipbalm dari Nutrimetics (brand Tupperware) Mood Magic Lipstick. Lipstick tu ikut warna darah kita. Bertahun pakai tu sampai beberapa hari sebelum nak kahwin.

So sebab kulit muka & bibir memang jenis sensitif, so tersangatlah risau dapat MUA guna produk tah apa-apa. Lastnya MUA makcik sendiri and semua barang mekap aku beli sendiri. Dia mekapkan je. First time masa tu beli lipstick Revlon. Untuk foundation semua memang aku pakai Revlon je selama ni. So far tak naikkan jerawat and perfect for oily skin macam aku. (Revlon Colorstay)

Since then, aku pakai lipstick tu je sebatang sampai lah few months ago lipstick tu dah nak habis, so try hot item sekarang, Mary Kay.

Aku guna matte lipstick dia. Dah masuk 3 bulan pakai, tiba-tiba last 2 weeks bibir start balik allergy macam 9 tahun lepas. Serious takut sebab terbayang sengsara weyy bibir panas, gatal & sakit. Terfikir tak kan lah dah 3 bulan pakai baru datang allergy tu. Serious seram.

Now, stop dulu pakai lipstick ni semua. Kita tengok if kurang, memang sah lah MK pun aku tak boleh pakai.

Dok meng-google apa ubat or produk yang boleh hilangkan kegatalan bibir ni. Tapi tak jumpa. Any suggestion produk untuk bibir allergy ni. Hmmmm....

1 comment(s):

gracieyna said...

Cuba ko sapu madu/butter/marjerin malam2 masa tido. Pastu pakai la lip balm siang2. Ko boleh try laneige lip sleeping mask jugak bila dah ok sikit. Gigih aku bertahun tak bukak blog tetiba aku drop komen sini. :D