ok. seminggu aku xonline. pasal balik aje dari pahang sampai jb petang tu jugak balik Batu Pahat pasal makcik aku kawen. sibuk xpayah cerita. cewah macam aku pulak pengantin. nasib baik paper aku habis agak lambat so aku balik kampung lambat so xdelah kena sibuk2 tolong orang. kesian dekat cousin aku sebab seminggu duduk kampung sebelum kenduri. dia lah kena tolong rewang sakan. masa petang Jumaat aku sampai je kampung terus carik dia sekali jumpa dia tengah curik2 tido. hahaha.
petang Jumaat dah xde apa sangat pun sebab kendurinya Sabtu. cuma aku sibuk potong daun pandan nak buat Bunga Rampai & siapkan gubahan hantaran. wahaha! Suhaila buat gubahan hantaran? gila! aku pun xtaw aku boleh buat sebenarnya.
kenduri kawen memang meriah. lain kali kot aku cerita kalau rajin. lepastu aku kena tinggal kampung seminggu. xonline seminggu. hidup macam lost nak mampos.
minggu depan balik kampung lagi sebab kenduri sebelah lelaki pulak.
***i pun berinai masa malam berinai! tapi xsepuluh jari. pasal mak aku marah amek inai pengantin lepastu pengantin yang inaikan aku. haha. dah pengantinnya yang nak inaikan, nak buat macam mana?
Done 1st trimester
5 years ago
2 comment(s):
haha. berlagak cam pengantin. xlama lg lah tu :p
berlagak aje. amek aura pengantin sikit. haha.
Post a Comment