Wednesday, December 31, 2008

al-fatihah..

lokasi : fakulti baru FKASA.
sedang ber huha-huha dgn mereka.

bunda calling

"mak uda meninggal.." yang lain, cuma esak dia yang aku dengar.

"innallillah..."

raya haji, mak uda sakit masuk hospital dekat 2,3 hari.. itu last aku jumpa dia..sakit biasa..cuma pitam aje..sebelum balik aku nak salam dia, tapi dia dah tidur. nak dikejut xsampai hati, sebab baru sangat lenanya..

balik terus..xsangka itu last peluang aku untuk salam dia..

nak menangis, depan orang..nak cakap, xreti nak mula... aku diamkan aje..

so,,kawan2,,sory ya.. td aku blur..especially masa korang bincang2 pasal jadual tu, aku xfokus langsung apa korang cakap...especially to mint,intan,fara,mas...soryla...byk kali kot td rasanya korang xplain kat aku...aku xpaham2...sory...


semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman...al-fatihah...

Sunday, December 28, 2008

di-tag!

cik leezah telah menggetag aku dikala aku bosan..right timing ah ko liza!.. memang boleh layan ni..hehe.. tapi tag ni macam aku pernah buat.tp disebabkan xnak menghampakan permintaan peminat, aku buat jugak. (week! nak muntah)


The rules :
Link to your tagger and post these rules.
List 8 random facts about yourself and tag 8 peoples.


1. saya xsuka gelap
tidur dalam gelap boleh buat saya sesak napas. lepas tu mula lah terbayang lembaga hitamlaa, benda bergerak2 la..tolonglah bagi sikit cahaya..baru terang sikit mimpi saya.

2. saya suka sangat makan tempe
ekekeke..xde tempe, xmakan la gamaknye. rasa macam hilang nikmat makan nasik.

3. saya suka kumpul beg
saya xboleh tgk beg lawa..nnt mulala jdk mcm orang hilang pegangan hidup.. byk jugak koleksyen beg saya. kat rumah ada sekotak.charity? no way!

4. saya pendiam
haha! xcaye try tanya kawan-kawan saya. tgk apa dia orang jawab...btol la tu..

5. saya susah nak tahan ketawa
lawak tah pape pun saya blh ketawa pecah perut. tah pape.

6. saya suka benda2 yg kool
xkesahla pape,,janji kool.

7. saya xsuka cicak
eiiyuuu~~

8. saya gadis specky
umur 18 baru start pakai spek..


aduh, tergeliat seh otak buat benda ni..migrain..


***hmm,,tataw nak tag sape..sape2 yang rasa dia kawan aku, bolehlah buat..terharunya aku rase..ngee3x..

Saturday, December 27, 2008

pengalaman cuti sekolah

trip to cameron highland.. best sesangat!

ayahanda dan bunda.

hadek veradek punya version.

mane teh aku xsampai2 ni? kan dah terposing.

luar nampak cantik.

melekap di pondok telepon yg senget ituw.

mendaki dgn besusah payah.

baru tiba.

bunga indah.

hidup rasa best bila bersama orang yg kita sayang kan? lama..tapi rasa sekejap je masa berlalu..


***xlama lagi dah nak naik sekolah. selalunya kalau lepas cuti sekolah mesti cikgu bahasa melayu mintak buat karangan pengalaman cuti sekolah. ahh! malas aku! xmencabar langsung.
tapi sekarang dah xpayah lagi..sebab aku bukan budak sekolah..cuma kenangan tu datang tiba-tiba..haha!

Monday, December 15, 2008

kosong

result mcm taik..

nak nangis.

salah sendiri.

Wednesday, December 10, 2008

bijou






rindu kawan-kawan





***masa sekolah aku mmg nerd.tp nasib baik saya bukan budak yg pendek,lipat tudung bulat dan pakai spek bulat yg besar.

Friday, December 5, 2008

rancangan cuti sekolah

disebalik kebosanan tahap menggaban ni, aku telah mengisinya dengan beberapa aktiviti berfaedah..tgk siaran yg aku rasa agak poyo lah...he-he-he..
contohnya the martha stewart show, tyra banks talk show, rachel ray, dan nasib baik channel singapore tu dah xde siarkan lagi ellen de generes dan rancangan yg host dia perempuan african-american yg gemok tu--oprah winfrey ( lupa nama rancangan tu ).. kalau x yg tu pun aku bantai tgk...


kalau nak diikutkan,,sepatutnya bosan..tp xtaw la kenapa aku suka sgt tgk... start tgk ni masa aku cuti lepas spm dulu.. starting dengan rancangan oprah winfrey... dia sgt best! sgt cool!


siyesly,,rancangan dia sgt fresh dan up to date!


lepas tu aku mula ketagih!


well,, kagum dgn mereka..boleh hidup dan kumpul ramai peminat dgn hanya buat talk show aje.. cuba kalau orang mesia bt mcm tu,,adela 1 season je tahan..btol x?
kenapa ek?


aku suka tgk,,sebab mereka sgt +ve dan open minded.. blh bincang apa2 pun even seks.. tp dgn cara yg sgt berhemah dan xlucah.. kalau budak2 bawah umur nak tgk pon boleh.. xde masalah.. macam mana dia orang blh bt mcm tu?


so,, kepada sesiapa yg rasa dah xnak kena tipu lagi dengan rancangan smallville ke, ghost whisperer ke, kyle XY ke, bionic woman ke, wakenabeb ke..[huehuehue] blhla tgk talk show ni...


selamat menonton!


***tolonglah..
problem std aku xsetel lagi...macam mana nak daftar subjek ni? risau-risau-risau!
nak merempat kat mana sem depan? shayang? aaa...aku xnak berpisah dgn beliaauu... xsanggup deh..
isk..isk..
class sume dah penuh..beliau pun dah dafta masuk kelas lain...bila nak setel ni oiii!~~


***btw,, mangki dah ada blog...tahniah kepada incik mangki..disini saya ingin me-link-kan beliau.. sila klik [sini]