Friday, July 25, 2008

terima kaseh =)

Aku perempuan kaya
Kaya senyum dan tawa
Aku perempuan tinggi
Tinggi budi dan pekerti
Aku perempuan sihat
Sihat akal dan sifat
Mataku celik jelas
Untuk melihat keagungan
Lidahku lancar bebas
Untuk mensyukuri kenikmatan
Akalku tajam bernas
Untuk memikir keadaan
Darahku merah
Tanda jati manusia
Rambutku hitam
Tanda kasih ayahanda
Kulitku perang
Tanda melayu ibunda
Aku pencipta agung
...ciptaan jiwa yang ulung
Aku pelukis sohor
...lukisan hati yang makmur
Aku pembina gilang
...binaan budi yang matang
Aku pendaki hebat
...dakian cita dan matlamat
Aku masih seorang
Kerana belum diikat tali janji
Aku masih sendiri
Kerana belum pernah dimengerti
Aku masih begini
Tanpa janji yang dipatri
Aku masih menanti
Hadirnya putera yang memanggilku puteri
Kenalilah aku sebagai aku
Sebagai seorang melayu
Bukan bangsa yang mudah lupa
Bukan manusia yang leka alpa


terima kaseh tok insan yg bg aku sajak neh..semoga persahabatan kite kekal selamanya.amiin.

0 comment(s):