weekend haritu Mint datang Kuantan. yang bestnya bila jumpa mulut tak boleh nak tutup. dahlah Mint tu kawan-berbual-bual-sebelum-tidur dulu. asyik berbual aje, kadang2 dah tak ada benda nak dibualkan pun berbual jugak. nanti hantar gambar dekat aku okaayy??
-------------------------------------------------------------------------------------------------
dinner fakulti Jumaat lepas.
Monday, September 27, 2010
the flowers
Thursday, September 23, 2010
everybody has secret
sebenarnya banyak nak tulis. nak cerita kelas dah start tapi kelas Concrete yang masih macam tak start. nak cerita pergi kelas kena jalan tengah2 panas paling tensi bila sampai tiba2 kelas cancel. nak cerita 2 malam lepas rumate tiba2 buat magik ada birthday cake untuk aku walaupun birthday dah 2 minggu lepas =) thank you sangat sebab Suhaila memang suka makan cake tak tentu pasal. nak cerita malam esok dinner fakulti mesti semua pakai baju cantik mekap cantik ey sukanya tengok ramai orang cantik bergaya depan mata.
.....
Friday, September 17, 2010
raya-raya-raya
hari ni baru betul2 free. so tugas utama aku nak kena upload gambar. banyak tau tak. tapi dah beres. bising aku upload lambat, tapi suruh datang rumah tolong aku basuh pinggan tak nak pulak.
gambar raya family belum lagi. Mak Long dengan semangatnya dah siap upload dah. siap tag lagi dekat FB. sepupu dah tanya bila nak upload gambar raya. ouh, coming soon okay.
korang ni kalau bergambar 10-20 keping boleh jugak aku layankan. ini bergambar nak 80-90 snap mau hilang akal aku dibuatnya.
Thursday, September 16, 2010
happy hari raya =)
raya raya ni memang busy gila. busy apa? busy beraya, busy collect duit raya, busy gossip sana sini, busy mengimbau kenangan dulu dulu.
selamat beraya! =)))
Thursday, September 9, 2010
Selamat Hari Raya and Belated Birthday wishes
sedar tak sedar hari ni dah last puasa. maknanya esok raya. petang ni lepas mama siap masak masakan wajib family (Laksa Johor) kita satu family bertolak balik kampung dekat Batu Pahat. memang yehoo tak terhingga. so,
nak wish HBB dekat Farah yang birthdaynya sehari selepas i. kira HBB dekat diri sendiri jugak lah.
sebab buat surprise yang memang surprise =D
Monday, September 6, 2010
baju kurung dan buka puasa (2)
konfiden level atasan aje boleh buat macam ni. keluar hari Sabtu pergi shopping dekat Jusco Tebrau lepastu berbuka dekat Rawa lepastu pergi Danga Bay malam-malam dengan baju kurung. stail kan? kan? barulah feel Ramadhan beb.
tengah tunggu gambar nak siap upload dekat FB. yaish! tiba-tiba siap 1 entry. punyalah lama kan. beratus kot. habis dah semua muka camwhore memang wajiblah beratus. baru dapat camwhore. koranngg~ sorry lambat nanti dah siap upload dengan video sekali aku tag sekor2. =DD
Saturday, September 4, 2010
baju kurung dan buka puasa
Friday, September 3, 2010
adik saya cool
hello i dah sampai JB. online dekat rumah memang best gila sebab tak payah nak tambah 'S' dekat semua page untuk buka Facebook dan boleh buka twitter dan merepek banyak2 sampai orang menyampah.
i start online petang tadi guna laptop dalam bilik Syafiq. and perasan ada manual dekat tepi meja tu. tengok aje dah tau kerja siapa. dalam rumah ni sorang aje yang memang ada bakat kartunis dan suka buat benda yang tak terpikir dek akal. Adik!
sorry gambar dah rotate tapi bila upload dia senget jugak. so mari sengetkan kepala bersama-sama.
so ni antara details (zoom) dalam manual tu yang i suka :
siap lukis jari tu. kalau salah jugak tekan memang kurang cerdik.
saya ada adik yang cool boleh melukis. dan dia memang tak ada kerja lain selain habiskan masa melukis yang entah apa-apa. haih.