1. internet macam samdol. eee. benci!
2. skype pusing2.
3. untuk kawan2 lama, specifically yang selalu melepas rindu dengan aku dekat YM. (hehe, jimat kredit), aku xdapat nak online sekarang (dah lama sebenarnya). sorry!. xtaw kenapa last time lepas format lappy dia xboleh install masuk laptop aku balik. malas aku nak layankan masalah2 kecik macam ni. ada x sape2 nak tolong setelkan masalah aku ni? haih~ (ramai betul tanya, ni mesti korang dah rindu dekat aku kan3?)
4. petang tadi leya SMS. tanya progress. ceh. btw, dia rindu aku~ rindu kamu jugak~ tunggu aku balik jb lagi 2 minggu howkeyh babe!~ nanti kita pusing2 taman daya ok?~ ushar pakwe..(ade ke)
Tuesday, March 31, 2009
nothing much to say
Monday, March 2, 2009
sedikit distract mood belajar. ecececee.
owyeaah~
teka,teka...lappy gua dah balik. haha!
condition laptop semua ok. problem pada skrin aje. aku xnak macam lost lah pulak dekat sebulan hidup xde laptop. merapak aje ngendeng laptop orang.
trimas kepada rumates aku yang memang penyabar tahap dewa dewi dengan aku. haha.
1. pasal kasi aku ngendeng laptop mereka.
2. pasal tadi mint dengan neb pergi jemput laptop aku dekat HP centre. nak harap si cina tu call aku, haram. dah lah eja nama aku dekat resit (masa first aku hantar dulu) pun salah. dah elok2 aku tulis nama aku besar2 SUHAILA BT SULONG. tapi boleh pulak dia tulis SHUALLA. rasa nak lempang aje weh. lepas tu aku cakap problem WHITE SCREEN, dia tulis WIDE SCREEN. mangkuk hayun betul. aku pulak boleh xcek resit dia time tu. dah balik baru perasan. nasib baik technician kat HP centre tu x kecikkan screen aku. memang jadi bahan ketawa jugak lah dalam bilik.
3. pasal memberi sokongan moral. ;P
so, members, boleh skype aku kalau nak apa2. jangan skype neb lagi, hangin pulak si neb dengan aku kang. hehe.
pen off.
Friday, February 6, 2009
skill menghilangkan bosan
nak blogging, tapi laptop aku macam merajuk. malas seh aku nak layan. lu pujuk lah diri lu sendiri. tapi lu jangan merajuk lama sangat, aku banyak tanggungjawab lu taw?
jintian shi er ling ling jiu nian er yue liu hao, xingqiwu:
test market je tu. boleh tahan mandarin aku. x sia-sia lim lao shi ajar. banyak pahala orang tua tu. haha!
yang xboleh blah kalau dalam kelas mandrin, semua bergasak-gasak hafal jawapan. bajet2 kalau lao shi tanya boleh jawab dengan smooth. sekali bila dia tanya soalan, terkebil-kebil jugak pandang muka orang tua tu. sebab kita xpaham soalan pe jadah yang dia tanya.
moral of the story, belajar mandarin bukan sekadar hafal jawapan dalam buku. hafal soalan sekali.
***jangan lupa buat latihan menulis sambil sebut kuat-kuat. yi-yi-yi, er-er-er,san-san-san.
Saturday, January 17, 2009
tolong ya. hormat aku kalau kau rasa kau masih kawan aku.
laptop aku masalah. off9 dekat 2 hari. tekun sekejap untuk 2 hari. hidup tanpa tenet. std pun bukak dekat lab time class mandarin. skype apetah lagi. uh! rasa macam ketinggalan zaman.
aku xde diari maw tulis apa aku rasa. kalau rasa ayat aku kurang ajar, kurang sopan dan sebagainya kurang, biarlah! ini ruang aku. kau, kalau rasa meluat, boleh jalan.
sama macam ruang aku yang lain. kepada sesiapa yang mahu menyinggah tolong jadi yang sopan. maw maki aku, maw halau aku, cakap face-to-face dgn aku. bukan di ruang awam aku, yang majoritinya kawan-kawan aku. tolong hormat aku. tolong hormat ruang aku. aku dengan senang hati akan hormati kau. aku bukan orang yang berkira. give and take, MAN!
aku bukan nak gaduh, tapi sabar aku ada tahap. kalau kau buat cara baik, aku balas baik. itu aku janji. aku xnak musuh dengan sape2. kite fren kan?. aku xpernah putuskan, walaupun hati aku yang banyak sakit.
peduli semua tu. aku masih boleh ketawa. acara girls day out tetap jalan. berkarok dan berboling. bahagia.
***aku xkesah kalau bergurau kasar. tapi bukan yang kurang ajar.
Thursday, January 8, 2009
yang tah pape
tahun baru. semester baru. semangat baru.
macam-macam lagi benda baru kita jumpa. lebih interesting. buat kita jadi lebih matang. buat kita jadi lebih hargai apa yang kita ada. dan buat kita berfikir dan terfikir.
yang itu, yang ini. yang semua!
Monday, December 15, 2008
Saturday, November 15, 2008
nasi lemak susu coklat
breakfast...
dah lama xbreakfast best2...
selalu nye aku brunch je..huehuehue...
tu pun pkol 3 ptg..branch ke?
pagi ni pekena nasi lemak + susu coklat..
xsampai 5 minit,, terus terima balasan tuhan..
dah tuhan jdkkan,,aku mmg xboleh breakfast..
degiiilll!!
***aku ade kena curse ke? siapalah jeles sgt curse aku xblh breakfast somor idop ni?
Friday, October 31, 2008
ini yang terakhir utk oktober!
sesungguhnya aku tidak peduli dgn kritikan2 orang diluar sana. sama ada kritikan membina mahu pun kritikan meruntuh. sebab aku bukan penulis bertauliah ye.. dan makhluk munyet yg kritik aku itu juga harus tahu yg kita semua adalah pelajar kejuruteraan.bukannya pelajar sastera melayu. hah, hamek kau! (maka terkantoi lah yg munyet itu adalah munyet bijak kerana beliau belajar di universiti.hihii.)
well,kalian,,aku xkesah pun.. xamek hati..kalau kenal aku,mst taw aku kan.
yg sebenarnya aku xde idea apa pun nak tulis utk entry kali ni. cuma habiskan masa dan cukupkan syarat mahu tulis entry terakhir utk bulan oktober...haha!
btw, semalam aku ke megamall. tgk wayang taaaw!~~ cerita apa tuu..alaaa,,cerita niii..
emm..bangkok dangerous..ke dangerous bangkok..mcm tu la..haha!
okla. tgh study week g tgk wayang mcm gaya orang dah habis study je..
balik2 je aku bukak std and ushar2 dekat coursework result..makkk!!! markah test 2 (theory of structure) dah keluar! xsangka markah aku cemerlang dgn ciputnya...uwaa!! rasa maw nangis..tgk carrymark je macam dah separuh semangat aku hilang..aku seru..aku seru...datang kembali wahai semangat!
*** tolonglah kembali..final belum mula lagi..study pun belum habis lagi..tolong ya (merayu)
Thursday, October 30, 2008
pemalas punya budak
haih,,jenoh dah aku tatap buku...tgh tatap2 tiba-tiba termenung,tiba-tiba teringat incik muzamir yg ada kereta sport kaler merah tuu..haha! disebabkan beliau ada kereta yg cool, so budak-budak perempuan kata dia hensem...( x eh? aku sorang jeke ckp mcm tu? budak lelaki pulak cakap apa?)
saje jer..ingat aku apa? dok ingat cikgu bujang tu xpasal2..(tp apa slhnya kan) aku bosan ni baca subjek dia yg berkaitan tanah-tanih ni..sekurang-kurangnya aku senyum la jugak selepas 10jam study bersungguh-sungguh bila ingat kereta dia...well,,aku memang gigih dan tekun sikit kalau study.
nak buat apa ek esok? bila nak habis final ni?
btw, mama maw pergi holiday xlama lagi. and maybe masa aku balik lepas final mama dah bertolak. dia pergi dgn adik beradik dia aje..die tinggalkan kami berempat dgn ayah..kesian ayah..jadik BAPA tunggal seminggu..tp tu kata aku..ayah pulak kata dia BUJANG seminggu..no komen!
***angin bertiup sepoi-sepoi peribahasa malam ni..
Thursday, October 23, 2008
dibius
ku teringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
perjalanan sunyi
engkau tempuh sendiri
kuatkan lah hati cinta
sukahati aku la kan...rasa macam happy je aku copy paste lirik tu..
esok kan,,aku nak format lappy aku yg si hitam legam ni..rasa gumbira sbb lepas ni mintak2 dia xbuat hal lagi kan sayang?
nasib baik ada abang tempe yg sudi tolong...terima kasih abang tempe..haha..
laptop aku masa baru2 beli dulu..skema je..suci..wallpaper pun guna gambar pemandangan bukit kaler hijau tu..and benda paling canggih yg ada pun skype je masa tu...
cakap pasal skype...
aku nak mintak maaf sgt2..
semalam,,seriously aku sgt sibuk...siapkan projek bridge tu buat aku xtido...start buat pukul 11pm sampai 10am esoknya...hebat kan?
maaf kepada yg berkenaan.
lupa nak offline dan tutup laptop. kesian kamu-kamu.
aku betul serabut..balik bilik pukul 10.30am...mandi..tido..pukul 2pm tros pegi lab hantar and test bridge tu skali..pokpek-pokpek,,4.30pm baru abes..5.30pm pegi test building supervision pulak...7.00pm baru aku lunch...
itu pun berapa kali rasa nak pitam masa berjalan.
haa,,saie dah request nak tgk gambar bridge aku yg meletop tu...ngee3..nnt aku upload eh saie.. aku nk format laptop aku dulu..btw,,bridge korang pn hebat jugak...tahniah2!~~ (tapi bridge group aku lg hebat la)
seminggu ni cukup utk buat aku serabut dan sedikit anti-sosial kot..haha..
***siapa ada timun? nak letak atas mata sembap ni...
Tuesday, October 21, 2008
datang selepuk
apakah??
jawab soalan test macam orang x study..lbh baik xpayah sengkang mata study..tido lagi best..
orang lain jawab mcm steady flow je..kenapa aku je yg macam unsteady flow??
esok test soil..lusa test BS..
assignment soil,,projek bridge,,ujian kecergasan hoki...aahhhh!!! macam cipan betul minggu ni!
otak terbeban dgn load yg infiniti...apakah kesannya?
lantak!
aku nak hilangkan stress ni...betapa seminggu ni aku sangat all out..starting from last thursday..right after test for tos,,we start our 1st phase of our bridge project...bengkakkan mata sampai pagi dan berterusan 3 malam berturut...
wtf!
ingat kami robot? ingat otak kami komputer? aku rasa otak aku perlu di-difrag byk kali untuk ini...kalau aku komputer,,mesti aku adalah komputer yg tua dan xmampu untuk simpan byk data...dan perlu di-format-format-format...cukup masa buang!
maaf untuk kawan2 yg aku kurang layankan message kalian atau hai kalian di skype atau ym,,maaf juga untuk status invicible aku...
harap kamu faham ya...
lepas ni kita borak panjang ehh..hehe..
tolong...mahu tido! lullaby me please...anyone??..ngee3x..
Friday, October 10, 2008
lelaki di asrama perempuan?? ape kate anda?
nak membebel je rasa..tapi xtaw nak membebel dekat sape..so, aku menghabiskan masa dengan hati gumbira di blog ini...mehla aku story sket pasal life aku semenjak dua menjak ni...dah mula busy dgn assignment dan projek yg perlu dihantar...
so,,semalam grup aku dah pun siapkan assignment building supervision dgn jayanya...atas usaha gigih,,tekun dan sedikit pergaduhan antara boys and girls psl pembahagian tugas,,akhirnya siap gak benda itu..tahniah utk semua...haha..
ni nak story sikit pasal benda yg tiba-tiba buat aku rasa teringin nak luahkan perasaan...act,,xterpikir pun nak post psl benda ni,,tp insiden yg berlaku tgh hari td tiba-tiba buat aku tergerak hati nak meluah apa yg x terluah selama ni..eceeh!
tgh hari tadi tgh aku asyik melayan facebook sambil kepala terhangguk-hangguk,,bahu begoyang-goyang sbb dengar lagu..tetibe je pandangan aku jadi gelap...owh my god! kenapa ni?? blackout ke ape...aku rasa ade 1 tgn tutup mata aku...dia diam je..sikit suara pun xkeluar walaupun aku punya meronta tarik tgn dia tu agak kuat dan aku rasa dia pun cam nk jatuh time tu...and sampai 1 tahap tu,,aku dpt tarik tgn dia,,tapi tindakan pantas dia pegang bahu aku dgn kuatnya buat aku xboleh nak menoleh tgk siapakah gerangan manusia dibelakang aku itu.. jadik aku amek alternatif lain iaitu dengan mendongak secara extreme sbb nak tgk sape orang belakang aku tu...tapi punyalah degil itu manusia,,die tunduk kebawah,,kire cam sia-sia jela aku dongak secara extreme tu..sakit pinggang oiii~~~tapi dia maintain diam je...so,,kirenya aku mmg xblh nk agak siapa orang itu...
then,,bila dia tutup balik mata aku,,,aku dah rimas dah..pasal dia tutup mata aku dgn sgt kuat! saket dowh! tetibe je aku tringat... sorang je member aku yg berani bt camtu kat aku and sememangnya agak kasar dan bolehla kalau nk main wrestling2 dgn dia...AADAAA!!!
aku jerit nama dia kuat2.."oii aada!" tetibe je dia gelak...hahaha..kan betol...
bahaya betol...aku langsung xsdar bila dia masuk...taw2 mata aku dah kena tutup...time tu berderau gak darah...(maklomla,,suasana bilik agk suram sbb org lain xde..mint plak tgh tido) nasib baik si aada..kalau lelaki tah mana-mana je masuk mcm mana??
fyi,,,blok perempuan ni selalu je ada lelaki masuk..selalu owkeyh! and kadang2 aku rasa mcm share hostel dgn lelaki plak..dahla masuk hostel perempuan dgn xmalunya,,boleh plak mata dia melilau tgk sana-sini..maklomla,,byk sgt pemandangan indah kan kat hostel perempuan...and aku rasa bukan aku sorang je yg perasan kot,,korang gurls yg duduk kat hostel tu pun mst perasan muka gatal mereka kan,kan? pastu merayap masuk toilet la...kalau nak repair toilet,,repair la...tapi xyah nak duduk lama2 kat situ sampai pernah aku jumpa dorang boleh lepak2 sambil berborak kat depan toilet...ape kes?? xkan kita orang nak bertudung je memanjang...
lepas ramai student mengadu kot,,sekarang ni lah baru ada tindakan sikit...kalau lelaki nak masuk hostel perempuan,,selalunya ada staff perempuan yg ikut sampai dia orang siap bt kerja...tapi pernah gak aku terserempak dgn mamat xguna ni...masa tu dia dah setel bt kerja dia kot...ada 2 lelaki and sorang staff perempuan..mereka nak turun tangga,,and kebetulan aku pun nak turun gak..staff perempuan tu jalan kat depan,,2 lagi lelaki tu kat belakang dia..tapi,,apa yg aku nampak??!!...
haa..lelaki 2 orang tu dgn muka xmalunya sambil berjalan mata dia melilau sambil tertinjau2 kat tempat ampaian baju..(apa yg dia orng tgk?? lu pikirlah sendiri..) sgt obvious dan tanpa ada rasa malu pun dgn aku yg berdiri depan dia ni.... jantan xguna btol! aku menyumpah je kat dalam hati sambil buat muka 'ape tgk2!' tapi lain plak jadiknya...dia boleh ckp 'HAI' kat aku???!!! eiyuuuu~~ xmaluuu!!! aku terasa sgt geli..
kalau masa aku kat matrik dulu,,kalau ada lelaki yg akan naik blok,,pihak asrama akan buat penguguman sehari dua lebih awl..siap bgtaw lagi waktu n berapa lama dia orng ada kat blok..so kt orang yg gurls ni taw akan ada orng asing kat blok tu..so,,xdela nak pakai seksi-meksi n merayau tak tentu psl kan..
psssttt--->kemudian,,aku dan aada pun duduk2 sambil berborak isu-isu perempuan yg hangat masa kini...pasal tuut..pasal teeet...hehe..tapi bukan mengumpat ye...as i stated before..isu perempuan owkeyh! korang ni semua bkn blh pecaya..mst nak ingt perempuan tu mengumpat je...ingat kita orang ni xde keje lain ke?? duuhhh!
Saturday, September 27, 2008
salam aidilfitri
sudah sampai rumah. first post aku dari rumah..haha..
aku balik raya ikut program balik kampung ump...ni pun sebab member aku nak sgt balik naik bas ump tu..program yg hantar student ke beberapa destinasi yg ditawarkan..johor bahru,alor setar,kuala terengganu,ipoh dan pasir mas..ni antara destinasi yg dioffer la klo xsilap aku..
perjalanan pulang dari kuantan ke johor bahru tahun ni sgt mencabar bagi aku..mana tak nya, sepanjang perjalanan aku rasa loya maw muntah..kalau termuntah dalam bas buat malu je..dah la satu bas tu semua budak ump..
start naik bas je kepala aku da pusing mcm baru lepas naik roller coaster..tekak dah loya..punyalah lama nak tunggu bas bergerak...hal itu lah,hal ini lah..student xcukup lagi lah..
badan dah mula xsedap.
bila pikir 6-7 jam lagi aku kena duduk dalam bas ni,,rasa menyesal tetiba datang..tula,,sapa suruh aku apply study jauh2..dulu mama suruh apply dalam johor,tapi degil..maw rasa duduk negeri oranglah,maw rasa hidup berdikari lah, maw ape lagi tah....dan semua senarai universiti yg aku mohon,,luar negeri johor...padan muka aku..
berhenti buka puasa kat mersing..tak lalu makan..
sambung perjalanan,,aku sambung tidur..pening xhilang lagi...
dekat pukul 11 malam bas sampai larkin..huh,8 jam!! lame gile! kalau naik bas ekspress biasa 6-7 jam je..driver bas ump tu pon xberapa expert psl jalan..kat kota tinggi je berapa kali bas tu berpusing2..sabar jela..sampai jb,jam plak..adooii!~~
akhirnya,,aku sampai gak kampung aku yg xberapa nak kampung ni..hahahaha!
dikesempatan ni,, aku nak mintak maap la kat semua..sorry,,kad raya aku xmampu nak bagi..hihi.. raya jemputlah datang rumah..sgt dialu-alu kan..
untuk semua kawan-kawan aku dari SK Taman Daya, Sultan Ibrahim Girl School, SM Teknik JB , Kolej Matrikulasi Johor, UMP dan semua member aku yg bersepah diluar sana,, selamat hari raya..maaf zahir batin
special ucapan utk member2 blog aku sebab dorng akan baca blog aku ni,,selamat hari raya ek...
balik nanti jgn lupa hantar kuih raya kat bilik aku..haha...
***adik bradik aku ni,, tgh excited tunggu turn nak on9..maklumlah,,parents aku kasik dorng on9 kalau aku balik je.. tu pasalla mereka sentiasa ternanti-nanti kepulangan aku..haha!
GTG...SALAM AIDILFITRI...
Friday, September 19, 2008
summ upp
pagi jumaat aku terasa ringan..bangun dengan perasaan kosong tanpa bebanan assignment soil mechanics & geology lagi...tugasan yg diberi hampir sebulan aku expresskan dlm tempoh yg xperlulah aku nyatakan...kalian mungkin paham...
aku yg bodoh sgt ke kerna xpaham soalan? atau aku yg xpaham bahasa inggeris?? pertanyaan yg shaa timbulkan dikala kami termenung memikirkan naseb assignment ini...
layak ke utk aku duduk dalam jurusan se-kencang ini?
seorang bakal jurutera xmampu menyiapkan soalan yg bergaya mcm tu...waaaahh!!~~ sadis2! haha!
apela naseb bangunan2 gah yg bakal muncul xsampai 10thn dari sekarang?? errkk...noktah!
cuma ade 3 soalan...yeaahh..killer question bg manusia macam aku ni lah...
tgh malam,,berbundle2 jawapan dari teman seperjuangan yg same2 berjuang mencari jawapan..
aku dapat,,aku send,,
mereka send,,aku accept...
bukan ape,,same2 mencari ilham...he.he.he.
skype--aku syg kamu!
jam 3 pagi,,kertas kajang 10 helai ditambah sehelai kertas graf,,siap aku compile..stapler elok-elok,,tape molek-molek..letak atas buku fluids mechanics yg tebal tahap dewa yg patut aku pulangkan ke cik library...
naik katil,,tido...
4.30am..."sue,,bgun sahur..."
aku mampu bukak mata je..mint & wanie dah duduk bersila gaul lauk...aku perati je dr atas katil..
neb masih tak keruan nak makan ape....tp nmpaknye die kacau milo...hehe..tp masih xputus kejutkan aku yg liat..bukan aku xsedar,,cuma xde mood maw makan...jdk aku perati je orng makan...
burger aku melayang mcm tu aje...konon maw bersahur burger padahal kenyang berbuka masih aku rase sebelom tido tadi...maklomla,,bershopping juadah kat pasar malam..agak mewah...
kelas pagi,,fluid mechanics...
dem! manusia yg pinjam notes aku semalam xdtg...hampeh btol...da pnjam tu sendiri maw ingtla..
xdikasi pnjam kang aku dpt tittle minah kedekot free...bila dikasi xreti2 nak pulang...kalau aku asek menempel muka minta bila notes aku maw dipulangkan nnt dikatanya aku "lecehla ko nii...nnt aku pulangkn lah." ( sambil bt muke irritating mcm aku plak yg nyusahkan idop die..uhh.. )
hellooo~~ ni bukan ckp kosong..sbb aku pernah terkena howkeyh! so,,jgn ade sape2 xpuas ati dgn statement aku tuh...
sape makan cili api die rase la apinya..
Wednesday, September 17, 2008
home-work
bosan...
maw buat esaimen soil,,tapi aku kosong...
ape punya pesen soalan yg orng tua tu kasik?
kerja yg perlu dibereskan sebelum jumaat tp masih belum dimulakan di ptg rabu...
dgn sabar yg terpaksa aku thn bila tgk bola kat ikon komputer tu asyik bergerak menandakan internet connection yg gile bagai...
haiiihh,,nyirap hakuu!!~~
Monday, August 11, 2008
perkara2 bosan!
byk sgt mende2 bosan y aku lalui mnggu ney.smpai aku rase bosan thp dewa!!
rase tetekan pon ade gak..cam2 rase ade. ditambah plak dgn virus flu yg aku jangkit dr sape tah,, maka bertambah complete lah rase bosan aku 2.
antara mende2 bosan y aku stresskan sgt:
1. ngadap esaimen building supervision yg tah pape.
2. kene bt slide presentation yg aku pon xphm ape aku bt.
3. bile ade makhluk soh aku edit report.
4. memikirkan esaimen TOS yg menyerabutkan lg otak aku.
5. bt lab report yg xkan berpenghujung.
6. test BS yg aku blom stdy lg + aku xde note die...sape nk tlng dwnloadkan?
7. dok dlm class BS ptg td selama 3 jam semata2 dengo presentation projek..
8. rase ngantok yg teramat diwaktu ptg.
9. mikirkan hati orng y aku kecewakan..(eceeh! ayaat~~) sorry,,aku xde niat nk kecikkn ati ko! sumpah!
10. mikir bile la aku nak balek umah jumpe family terchenta.
bile kah semua ini akan berakhir?? png3! aku maw tido!! adios!
Tuesday, August 5, 2008
fading like a flower
THE SUN THAT SHINE
again! aku bgn lambat lg hari ney.. damn! ape nk jadik neh.. tp better ah dr smlm..haha. smlm class aku kol 9am,,aku sedar kol 8.55am!!! (dan aku telah monteng class ii..hihi) tp hari ney,,class kol 8am,,and mata aku tercelik secara otomatik kol 7.30am.so,,sempat la g class..class theory of structure (TOS)! (ohh,,aku berazam tidak akan monteng class ini! janji2!!)
LUNCH
im craving for ikan keli for almost a week! bila mengidam nak mkn tulah die xde!
tp2 ari g cafe dok usha ikan keli je..tp hampa.
at last,,,hari ney,,5/8/2008,,aku dpt mkn ikan keli...haha! tah pape.
FACULTY OF MIND
ney 1 lagi prob besor yg melanda & menghantui idop aku. weehhh,,sape blh tolong?? aku xreti nak bt report for direct shear test. ape kemendenye tuh. yg aku taw ari2 mase kat lab,, klik2 kat komputer,,pas2 tros kuar result.. then,,which part of the result y aku kene operate?? mlm td aku ngadap je lab manual 2.tp ternyata ampeh!
EVENING
Singgah pameran kebudayaan & kesenian tuh..ahah! aku abadikan muke atas ketas..alah,,potret.. tp cam klaka je. xde rupe aku sgt.nmpak cam beh tua je lukisan orng tua tuh (artist tu la..) tp best gak dok statik cam ala2 model tu..but ok wut..n it only cost RM10.kire setimpal la dgn harga n hasil keje die kot. dok pon xlame..dlm 15mnt je.so guyz,,,plz...dont put high expectation ok! and hoping ur face look like an artist on that "paper" (i do actually! XD )...naa..totally noe!!hAhaha..
*****mama msgng me just now..owhh,,,wendu bangat sama mama!!!! bila maw balik neh!********
~~~~~got to attend a meeting......adios bebeh~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saturday, August 2, 2008
visitor
1st visitor yg dtg jengok aku sepanjang aku blaja kat ump neh makcukuuuu~~
datang ptg td..singgah jap je..tp singgah bkn sebarang singgah,,singgah bwk habuan utk aku..wahaha..sangat gembira! dpt topup balek duet yg aku da gune bt shopping semalam. cam taw2 je..hehe..thx makcuuu!