kau.
xpayah ar nak add banyak2 kali.
xpayah ar nak kirim2 salam.
xpayah ar poyo nak join group anti my-ex kalau perangai macam ni. baik keluar aje. buat sakit perut aku aje ketawakan kau. halah halah. hahahaha.
bau ubi lah ni. taw bau ubi tu apa? tanya cikgu Add Math aku dulu. nasib baik aku bagi contoh cikgu add math, kalau cikgu Biology aku dulu, dia cakap terus bodoh macam lembu. tu yang Bio aku dapat B. tu pasallah aku xdapat jadik doktor. lepas takat amek engineering aje. hahahaha.
alaah! buat rosak mood holiday aku aje.
Friday, February 12, 2010
yes you!
Thursday, June 11, 2009
no idea 9
keputusannya, i pun xtaw situasi jawapan yang i jawab tadi. betulkah? salahkah? yang penting i jawab. betul salah belakang kira. hehe.
aku ada kerja nak buat. bye!
good luck
bangun pagi dengan semangat lain. yang spoilnya aku pergi online. so semangat dah lain pulak sekarang.
GOOD LUCK untuk manusia yang sama2 terdampar dekat ump macam aku. haha.
ulasan selanjutnya (kalau rajin) mungkin akan dibuat selepas test (haha) macam apakah perasaan anda yang pertama kali mengambil test subjek tersebut? anda boleh buatkah? soalan senang? so, konfiden x nak masuk final dengan tenang dan bergaya?
tapi situasi biasa sebelum masuk exam mesti rasa macam ilmu tu dah cukup di dada sekali bila keluar baru taw ilmu di dada tu xsebarapa pun. (hahaha) biasalah tu kan?
ok, i chao dulu.
Monday, June 1, 2009
no idea 5
sila jangan ketawa dengan imej baru i yang lebih kanak-kanak. bukan apa ini untuk menambahkan keceriaan hidup dan imbas kembali zaman ngok2 aku yang gila tengok sesame street lagi-lagi binatang gajah kaler biru(kot) yang ada bulu mata panjang dan aku terpercaya bulu mata aku juga akan panjang macam tu bila aku besar nanti. sumpah aku nyampah gila tengok binatang tu. nasib baik dia xde dalam gambar diatas.
oh btw, aku sangat suka ernie(kot nama dia sebab aku dah lupa) dan cookies monster manakala aku paling benci yang kaler kuning sebab kening dia bersambung. sangat hodoh.
*** cbox aku hilang dan xdapat diselamatkan. aku update nanti lah benda tu.
Friday, May 29, 2009
no idea 4
sangat sibuk menghabiskan movie dan episod2 drama yang tertunggak. sampai xde hati nak online sangat.
tadi aku bukak fs. ada seorang mamat ni post buletin 'babi sial'. lepas tu dia tulis la babi sial tu dekat sejuta kali kot.
praktis eja nama sendiri kot si babi ni. hari ni hari jumaat. mungkin ilmu senang sikit nak masuk.
Sunday, May 24, 2009
lapar pulak dah
kenapa kalau malam aje aku lapar xhengat2??
kenapa? kenapa?
kepada kawan2 disekitar, aku xsalahkan kau orang kalau kata aku kuat makan. aku xsalahkan penglihatan kau orang kalau nampak aku punya pinggan nasik segunung. sebab memang pon! wahaha!
p/s : disaat-saat aku bosan ni, xde orang ke nak bagi tag suruh aku buat? bagila,,bagilaaa~
Sunday, May 17, 2009
xnak baca pun xpe
check this out!
september. virgo.
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik
sangat meng-kipas. dan sangat menyejukkan hati aku. (haha)
haha. for fun aje.
Saturday, May 16, 2009
aku percaya aku ialah sehelai kertas.
muahahaha!
terima kasih ump kerana tidak memblock facebook pada malam ini.
sesungguhnya aku telah melayan kuiz-kuiz bodoh yang dapat menggumbirakan hati dan perasaan.
resultnya:
1. dia kata aku PENGGANAS. sifat yang aku sendiri xsedar kononnya. (aku sedar. orang lain sedar x? haha)
2. aku ialah sehelai KERTAS? ok, aku percaya lah. siapa suruh aku buat kuiz bodoh kan? (haha)
3. tempat tidur ideal aku..KERANDA?
boleh bayang x tahap bosan dewadewi aku sampai aku boleh buat ulasan pasal kuiz merapu dekat facebook. boleh BAYANG x??!
Sunday, April 26, 2009
oi mood! balik sini!
tinggal lagi 2 paper aje.
malas ya rabbi.. apa nak jadik?
lepas final nak balik rumah! walaupun plan awalnya (konon2) xnak balik lepas final.
mana boleh jadi, dida dah habis asasi. mesti budak tu ada kat rumah. wah! memang kena balik ni!
Thursday, April 23, 2009
siapa xde rumate lagi?
haa,,sape2 yang rasa nak sebilik dengan aku, cepat bagitaw. kang xde bilik kesian pulak.
kelebihan jadik rumate aku:
1. tidur kat lantai. luas siot. ko nak kuak lentang, kuak rama-rama, kuak xterkuak pun boleh.
2. barang2 ko tumpang letak kat stor. luas sikit space untuk ko. untuk keselesaan ko jugak kan.
3. dapat rumate yang baik hati dan JELITA macam aku, neb,mint,wanie.
4. ko selalu dapat makan beskot Hup Seng for free aje babe. kadang2 kalau rezeki lebih dapatlah Jacob Weetameal. tapi kalau ko nak snek mamee monster free mintak kat neb, nak maggi free mintak kat wanie, nak roti gardenia free mintak kat mint. x tergiur ke? (lepas tu ko mintak lah lagi macam2, memang mintak penampor lah tu)
5. bilik kitaorang macam kedai runcit. (fit cakap) sebut aje nak ape. semua ada. (gila ah)
banyak lagi kelebihan. aku malas nak state. yelah, aku tengok sekarang dekat std dok ramai budak2 iklan carik rumate. kesian.
***oi!! yang sebenarnye aku nyirap hokeh! buat penuhkan inbox aku aje. nak carik rumate guna lah alternatif lain. desperate gila! siap ada pulak memo "pencarian rumate ditutup". mangkuk betul!
BUDAK JUNIOR! korang jangan kurang ajar. orang tegur, terima lah. before ni xde pun orang post2 memo nak carik rumate. rilek sudah. kan dah besar, pandai2 lah nak setelkan hal rumate. member2 aku dulu pun ada aje problem ni, xde pun kecoh nak post memo. sengal spesies apa pun aku x taw lah.
Saturday, April 4, 2009
kepada cik pari-pari (1)
kalau lah dia taw.
kan senang kerja aku.
masalahnya dia xtaw.
apa lah yang susah sangat.
ini dah jadi satu masalah lagi dekat aku.
oh cik pari-pari,
boleh x tolong bagitaw?
bolehla..bolehlaaa.plis.
Monday, March 30, 2009
minggu 13
minggu 13, minggu 14...
minggu2 terakhir untuk siapkan dan hantar semua project dan assignment.
dan minggu test..(yiahaha!)
minggu sebelum study week.
selalunya minggu2 ni semua orang macam mamai sikit. cakap pun xberapa fokus.
tapi jangan cakap ko xtaw yang minggu ini minggu ke 13. sekeh kang!
Post Scriptum : PING...PING..PING...PINGU..PINGUU!~~ (cite feveret mak aku neh..haha)
Saturday, March 28, 2009
atas nama cinta
Jika cinta berbicara
Hati ku kau percaya
Usia dewasa mengajar erti cinta
Apalah aku diam tak mampu
Terbatas cinta kerna norma dan Dogma
Ketulusan hati menjadi tanda tanya
Kenapa aku semakin pilu
Dan atas nama cinta
Terlahir aku melihat dunia
Demi jiwa ruang batinku
Kau adalah pendamping jiwaku
Oh....
Kan usia dewasa mengajar erti cinta
Ketulusan hati menjadi tanda tanya
Apalah aku diam tak mampu
Post Scriptum : sedang taip kerja sambil dengar lagu + main pet society (ehem2, abu si saie sudi jadikkan lito aku kekasih dia, tapi dengan syarat dia suruh aku beli baju baru. haha. dasar lelaki) + post entry.
Friday, March 13, 2009
carte blanche
baru sekejap, aku ke blog salah sekumpulan teman2 baik aku. blog yang mereka hidupkan bersama. menarik. apa yang mereka tuliskan, semua dari apa yang mereka perhatikan dan apa yang mereka rasa. dan paling penting, tulisan mereka ialah pendapat mereka.
tapi, ada pihak yang semacam xsenang dengan pendapat mereka. berbakul dia kutuk. sialan betul.
ok, terpulang kepada mana2 pihak untuk mengkritik tulisan mereka. tapi please lah, in a proper manner boleh x?
kau masuk xbagi salam, tiba2 kau bom rumah orang. apa jadah?
ok, straight to the point, apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, aku xsuka tengok manusia yang mengkritik blog orang lain.
what the fish!!
blog dia, suka hati dia lah nak tulis apa kan. nak jiwang2 ke, nak puji diri sendiri cantik ke, nak kutuk orang ke, itu blog dia. kau? ada blog?
aku dont mind pun kalau ada manusia nak kritik blog aku, silakan. tapi, ada cara kan nak menegur orang? so, guna otak macam mana nak menegur orang. gunakan approach yang terbijak, bukan terbodoh. sebab kalau silap haribulan, kau akan merevealkan kebodohan diri sendiri di hadapan tuan punya blog dan orang lain.
aku sendiri mengaku, ada beberapa jenis blog yang aku xberminat nak baca. worst, aku geli. (haha). cara terbijak yang aku rasa aku dah ambil buat masa sekarang, aku kurangkan baca blog2 itu. maka, dapat menghindarkan mulut aku cakap.. "fishy nya writting dia"
well,, aku pun bukan pandai menulis. aku pun berat menulis pasal diri aku aje. so what? ada aku kesah?
so, kepada yang xsuka dan geli nak baca, bolehlah berambus. aku pun xpaksa siapa2 untuk baca blog aku. kalau rasa tulisan aku bodoh, boleh tegur, tapi bukan ambush xtentu pasal.
paling xboleh blah, ada satu blog, member aku jugak, COWARD anonymous terus menghantui blog beliau. kutuk belakang aje dia berani. memang such a LOSER!!
kepada blogger sekalian,
teruskanlah tulis apa yang korang nak tulis.
like to share my most feveret magic words...
CARTE BLANCHE--> kebebasan melaksanakan sesuatu mengikut kebijaksanaan sendiri.
Friday, March 6, 2009
macam sengal pun ada
xtaw nak bagitaw siapa.
aku paling xsuka bila aku rasa xsedap hati. sebab aku pun xtaw kenapa aku xsedap hati. tah pape.
sekarang, tengah xsedap hati. biar aku bagitaw semua. habis cerita!
Wednesday, February 25, 2009
zaman hingusan dulukan..........
ey, hell-oow!
frankly, i dont even have feelings to online lately. sindrom apa ni ek?
missed playing pets, and so on yang 'remaja' things.
tapi kan,
lately, fikiran macam kembali ke zaman kanak-kanak. tiba-tiba teringat cerita fovourite zaman kanak-kanak dulu. the swan princess. pernah dengar? ala, dia seangkatan dengan cerita snow white, cinderella,sleeping beauty,beauty and the beast and so on lah.
tapi SW yang paling aku suka. princess Odette and prince Derek. and,and,and... i still can remember the chorus part of the song! hahaha.chorus part aje pun. kecoh lebeyy~
sounds childlike lah pulak. haha.
hell-oow! im only 20. daarh!
Tuesday, February 17, 2009
ni ha, ada tiket sape nak?
sudah beli tiket, tapi xjadi balik atas alasan yang xboleh dielakkn. agak sedih lah untuk aku yang memang pesen super duper excited kalau bab nak balik rumah.
ok, anyone out there...
maw balik jb or pusing2 jb maybe..(hihi)..
and maw half price ticket..
please,please,please....do inform me yah.
6 mac, 12 noon..SnS..special offer, tunggu kat gambang aje, xpayah pergi terminal..single seat!
haa..means,,seorang saja lah..haha..
ok ape pusing jb sorang2..haha!
***masih xboleh percaya aku buat iklan tiket.
Friday, February 13, 2009
finally......
seminggu yang sangat huru-hara. banyak kerja semua nak submit minggu ni. lepas ni test pulak bertindan-tindan.
pergh! fresh gila otak aku. rasa macam budak Universiti.
malam ni jom pergi makan sate. xpon pekena gelas besar.
wah! lumayan! haha
Saturday, February 7, 2009
entry kelam kabut
durh!
laptop merajuk. apa lagi bisa aku lakukan.
disebabkan malam ni mint pergi meeting, aku curi guna laptop dia.
alaa,dia xmarah punya.
kalau dia marah, lepas ni xnak buatkan dia roti raisin lagi! mesti kempunan kalau xdapat makan air tangan aku. haha.
btw, aku cuma nak check memo. tapi first yang aku bukak, BLOG! haih.
mungkin sudah tegar dengan yang ini. dan mungkin ini lebih seronok berbanding facebook dan lain2. sebab kamu boleh luah apa kamu rasa, dan aku boleh taw. dan sebaliknya. simple.
sebab aku xpandai luah apa aku rasa, terutamanya bila aku sedih. makanya, cara ini aku suka.
well, sekarang jiwa aku kosong. patutkah aku bersedih atas malapetaka yang menimpa laptop aku? atau aku harus berlari ke hutan, belok ke pantai....................motif?
Friday, February 6, 2009
skill menghilangkan bosan
nak blogging, tapi laptop aku macam merajuk. malas seh aku nak layan. lu pujuk lah diri lu sendiri. tapi lu jangan merajuk lama sangat, aku banyak tanggungjawab lu taw?
jintian shi er ling ling jiu nian er yue liu hao, xingqiwu:
test market je tu. boleh tahan mandarin aku. x sia-sia lim lao shi ajar. banyak pahala orang tua tu. haha!
yang xboleh blah kalau dalam kelas mandrin, semua bergasak-gasak hafal jawapan. bajet2 kalau lao shi tanya boleh jawab dengan smooth. sekali bila dia tanya soalan, terkebil-kebil jugak pandang muka orang tua tu. sebab kita xpaham soalan pe jadah yang dia tanya.
moral of the story, belajar mandarin bukan sekadar hafal jawapan dalam buku. hafal soalan sekali.
***jangan lupa buat latihan menulis sambil sebut kuat-kuat. yi-yi-yi, er-er-er,san-san-san.