Saturday, July 4, 2009

kakak i bertunang

hari ni kakak (satusatunya sepupu aku yang tertua) bertunang. well, i jadik pengapit (heh, majlis tunang macam majlis kawen) dan merangkap jugak kamerawomen xbertauliah.

first time dalam family aku buat majlis bertunang ni. so, aku pun gabra jugak sebab jadik pengapit (ceh, macam aku aje yang nak bertunang)

part yang patut di highlightkan ialah part sarung cincin. kakak dapat 3 cincin ok! cincin kawan, cincin merisik & cincin bertunang. (well, orang johor memang ada banyak cincin. tu belum masuk cincin kawen lagi. kawen pun nanti ada cincin jugak. so girls kalau maw banyak cincin sila carik laki orang johor. haha!)

sekejap sarung jari tangan kanan, sekejap sarung jari tangan kiri. oh, jeles i! haha.


*** paling enjoy part makan.

0 comment(s):