Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

graduation day

nah cerita hari konvokesyen kite. 1.10.2011 simpan kemas-kemas dalam diari hidup pasal boleh cakap macam happy gila dapat sarung jubah dan pakai topi empat segi berjambul tu.

rehearsal on Friday morning.


dah settled amek jubah dll.


ni ex-roomate kita.


lepas dah belengas badan beratur dekat 8 kaunter, berjujut-jujut(pinjam ayat Aizat sebab macam comel bunyinya) ke Pantai Sepat. Outdoor Photoshoot!


Pre-Grad Dinner at Zenith Hotel yang gah dekat tengah-tengah bandar Kuantan alah depan East Coast Mall tu. each table ada waiter berdiri lepastu kalau dia tengok kita macam nak ambil gambar, terus offer nak ambilkan. makanan pun okay. tapi makan tak habis pasal bila artis jemputan yang keluar tu AKEM AF! terus tak selera. =)

on convocation day


dalam dewan.


family.


ni ex-roommates kite. Mint tak dapat jumpa sebab dia sidang pagi. =( 4 tahun kite belajar dekat unibersiti, 4 tahun ni lah roommates kite.


ex-classmates masa semester 1. walaupun masa tu kelas ramai lelaki, tapi tak pernah rasa tersisih. siap boleh jadi BFF lagi. korang memang best.


dengan Aada Rockstar. yeyeaahh.


dah check out hotel. bergambar last dengan jubah tepi jalan.


tak sangka kan dah grad. macam baru tahun lepas kena dera dengan senior masa minggu orientasi. haha.

CONGRADS!!

Friday, May 6, 2011

how's your day?


"The hardest part about growing up is letting go of what you were used to, and moving on with something you’re not" @


My life is pretty normal today. They just do not treat me well sometimes, you know.

Friday, January 21, 2011

kelab 23

Happy 23rd Birthday, Mint


tak nak cakap banyak, nanti air mata berjurai. dah jangan sedih-sedih sebab sepatutnya bila ada birthdays kita kena gembira macam nak berpartaaayyy walaupun partynya tak ada. anyways, Happy Birthday Mint. semoga termakbul segala impian, cita-cita, harapan dan semuanya. lebiu.

ini masa umur kau 22 tahun ye. sekarang sila tengok cermin ada tak kedutan bertambah? =DDD

kenapa nak sedih?...because this is how we used to celebrate birthdays.


Sunday, January 9, 2011

menjadi hari

semalam sebab yelah semalamkan weekend so dating dengan Aliya tengok wayang dekat Jusco Tebrau. wayang pukul 5.45pm and sebab kitorang book tiket so kena datang dalam sejam awal gitu lah tapi biasalah mesti lambat punya datang. so dalam 5.30pm baru sampai terkedek-kedek. dalam pada terkedek-kedek tu lah boleh terserempak pulak dengan Ailyl Rozanna hihi.

comel okay. tak tipu. menyesal tak patah balik and tegur dia kalau tak entah-entah dapat makan free kot. haha. next time kalau terserempak lagi aku jerit nama Ailyl Rozanna kuat-kuat kalau tak dapat makan free tak taulah. haha. *psst, terkinja-kinja bila orang famous tulis nama kita dalam blog dia walaupun cenonet*

so and so sebenarnya lepas nonton kita nak pergi Bazaar JB. ada benda yang kitorang nak beli. before ni pergi konon-konon nak usha aja, lastnya sampai sekarang menyesal sebab dah 2 kali pergi Bazaar JB tapi tak dapat masuk sebab jam gila. manalah tak jam haritu pergi malam new year. orang bergentel-gentel macam ulat. semalam pun tak dapat pergi sebab ada pesta hape tah. lastnya kita end up makan tutti frutti aja.

next time bebeh. next time.

AJL!!! Good Luck Yuna! =)

Saturday, January 8, 2011

FYI

FYI, seumur hidup aku this is my first time bekerja. masa lepas SPM dulu pun orang lain sibuk kerja dekat KFC lah, McD lah, jadi promoter lah, aku tak. duduk rumah enjoy the holiday aja. sampai dah tak tahu nak buat apa. siap ronda-ronda taman prektis sorang-sorang bawak kereta sebab masa tu tengah amek lesen. tu pasal bila time belajar driving dekat driving school cikgu aku malas nak ajar dah. dari 5 kelas yang sepatutnya aku kena datang, dia suruh datang 3 kali aja. itu pun bawak aku untuk ingat jalan untuk test JPJ je nanti.

jadi kesimpulannya, sekarang aku dah pandai tidur awal. sekarang aku dah mula berkira-kira waktu nak balik kerja. sekarang aku dah bukan main happy bila weekend.



sekarang ni internet dah kurang sikit. fokuslah kononnya. podah.

Tuesday, December 21, 2010

Trueday

blog sedang diselenggara. entah apa yang diselenggara pun tak tau lah. ejaan 'diselenggara' ni pun tak pasti betul ke tak. lantak lah. dulu masa belajar BM dekat sekolah rasa susah sangat. ada subjek, predikat, apa tah lagi. cikgu BM tu siap buat formula kauu. boleh kosong jiwa. mana nak hafal kimia, bio, fizik, add math, math mode, sejarah lagi. ni adik aku tahun depan nak amek SPM boleh duduk buang masa main pesbuk lepastu dok sibuk baca blog Zack Zukhairi. mana dia kenal mamat blogger ni pun aku tak tau lah. lepastu kalau ditanya blogger mana lagi dia layan, habis semua nama blogger lelaki dia petik. dasar budak perempuan.

-__-" *bosan*

Saturday, October 16, 2010

sweet delight

penat gilaaaa. baru habis seminar in civil engineering. walaupun duduk aje tapi tak tau lah kenapa penat. kerja pun banyak tak payah dikira-kira. elok pulak hari Selasa depan test Foundation. oi seram ni lah killer subjek semester ni. malam tu pulak submit business plan. pulak next week pun kena hantar final draft PSM dekat Pn. SV. 3P lagi dengan BQnya. internet pulak nak berlagak macam haram kan sekarang. time sibuk nak passing2 nota, assignment ni lah dia nak perangai macam haram.

lepasni memang jarang ar nak update2 blog ni. lepas final memang aku blogging puas2. bye!

muka toye pun nampak cun yang steady. mekap kurang pun masih perfect.
hehe.
lain kali aku letak gambar lelaki pulak!

Tuesday, October 5, 2010

take me home!

busy gila. lagipun semester ni kelas tak banyak so badan jadi letih2 sebab terbanyak tidur sampai mata lebam. apa nak jadi lah kau ni heyy. esok kelas PSM cancel lagi lah hooray tak memasal. maknanya 1 hari tak ada kelas. alah lagipun draft Chapter 4 & Chapter 5 dah hantar. tunggu masa aje nak kena reject and buat balik. dah tau dah. haha. buat 3 kali pun, 3 kali kena reject. cool sudaah..


bila lah muka aku nak plingpling tetibe jadi macam dia ni. -_-!

Friday, August 6, 2010

Friday is holiday

esok aku balik rumah. dah tak kira ar banyak kerja tak banyak kerja. nak balik jugak. nak balik jugak.

sekarang ni pantang free, tengok cerita. cerita nak korea aje. so sekarang kalau setakat ayat simple2 aku dah boleh speaking dah. Wanie cakap boleh letak dalam resume. poyo jugaklah bunyinya.

minggu depan dah puasa okay. oh btw, tahun ni aku ganti puasa agak awal beb. sampai Wanie and Neb 2,3 kali jugaklah tanya "hah, kau dah habis ganti?" "siyes kau dah habis?" mungkin rasa tercabar? ni kalau Mint ada pun Mint susah nak percaya. mesti dia ingat aku tipu. well, Suhaila dah berubah.

okay good night. <3

Saturday, July 31, 2010

hari hujung

1. sem ni hari Jumaat dah macam weekend. tak ada kelas. heaven lah boleh basuh baju awal2. tapi macam hell kalau mesin basuh buat hal. duit aku 2 hengget dia telan. bonggok. tak pasal2 kena pakai tudung cun2 semata2 nak keluar 2 tapak naik tangga pergi floor atas guna mesin basuh kat atas. tu lagi 1 bonggok tangga kat luar. hesh.

2. Skype aku dah seminggu tak boleh nak sign in. dah berapa kali tah tukar password. masih tak boleh sign in. menyakitkan hati aje.

3. pendrive aku hilang. sedih sebab pendrive tu mahal. 1GB = RM50. tak mahal ke tu? mahal kan? hahaha. fine, pendrive tu guna dari matrik tau tak. zaman tu kalau ada pendrive 1GB dah kira paling canggih ar. banyak kenangan bersama. ada sentimental value kata bapak aku. tapi cuai sendiri. -_-

4. minggu depan nak balik rumah. banyak benda aku rindu.he.he.he.

Sunday, July 25, 2010

colours

malam2 ni lincah je taip2. tengok earphone aku kaler apa? membunuh tak kaler dia? biru takde, belasah je lah kaler pape. tahun ni nak masuk 22 dah, jangan nak mengada macam budak kecik kalau tak dapat kaler feveret nak sedih2. oh btw, aku memang spesies suka kaler terang2. merah, kuning,oren pun boleh pegi. tak de masalah.

selamat malam dunia. (^_^)V

Wednesday, July 21, 2010

blablabla 5

hai Rabu.

tak ada apa sangat yang boleh tulis sejak2 ni. kelas macam hidup macam tak. ceh, ke aku yang tak hidup2. dah 2 minggu ye. salahkan diri sendiri.

harini dah 21 Julai. 27th is Adek's birthday. kalau dekat rumah dia asyik membebel bagi signs birthday dia dah nak dekat. hadiah please? macam tu lah. kalau keluar aje mula lah cakap adik suka ni, adik suka tu, nanti boleh bagi as birthday present kan? papelah dik.

Dida, how? nak bagi apa? since kau duduk dekat2 dengan sempadan Siam, kau beli kan lah benda2 murah nanti duit kita bagi dua. budak2 kecik jangan bagi benda2 mahal. tak boleh. haha.


aku malas nak on Skype, YM. yang skype asyik pusing2 tak pernah hijau. YM pulak asyik sign in, sign out, buat nyemak aje. baik aku sign out teruskan? oh btw, Sha & Neb roomates aku sekarang. =D

Sunday, July 18, 2010

weekend

hai.

tadi kitaorang tengok Despicable Me. best! pergilah tengok. siapa lepasni ada jumpa soft toy yang macam binatang2 kuning ketot2 tu tolonglah belikan. hahaha.

jalan2 macam tak pernah berjalan. duit macam angin kan. biasalah awal2 sem. tengok nanti hujung2 sem kita makan apa.

lepasni kena saving. boyfriends kita nak datang KL kan Mint kan? silalah excited sama. aku tau kau excited, tadi aku dekat KFC dia call dari KL bagitau ada barang baik punya nak suruh aku beli aku tau. jawapannya opcos lah aku nak! =DD


internet sekarang macam siput ar Mint. nanti lepasni kita webcam lagi =) line telefon pun tak clear. macam dekat bilik kita masa 1st year dulu kena letak telefon dekat tingkap. =_-

Tuesday, July 13, 2010

hello day.

tone kulit semakin gelap.

harapnya kilogram boleh kurang. tolonglah, raya ni nak pakai kebaya. tak pun kurung moden ikut cadangan Sha.

hahahahahahaha.

Monday, July 12, 2010

so?

hai.

dah ada kat Gambang. hari ni kelas first subjek Foundation pukul 8am tadi. satu kelas aje pun.

esok Advanced Concrete Material, Rabu-PSM, Jumaat-Foundation.
khamis aje full dengan 3P, Concrete Material, Project Management. -_-

semoga semuanya berjalan se-smooth yang mungkin. amin.

argh, nak balik rumah. homesick macam budak asrama pulak.

thank you Liza buatkan cheese cake and kek lapis tu. hehe. sedap okay cheese cake ko. sila buat entry pasal cara2 buat chesse cake lain kali. nanti free2 aku nak jugak try. cewah2.

Saturday, July 10, 2010

ready?

esok dah nak balik Pahang. semester baru start Isnin. maknanya Isnin ni start gua jadi budak final year lah beb. tahun 4 kira paling tua ar. ei menyampahnya dah tak ada abang senior boleh di stalk2.

barang dah siap packing. tadi pagi2 aku bangun pergi Jusco dengan Adik nak beli barang dan nak cari selipor/sandal/kasut baru, semua tak ada size. asal yang aku berkenan aje habis size tapi tu kira ok, yang part malu sikit kalau kasut tu tak de size untuk tapak kaki aku. wargh malu gila kot.

lastnya tak dapat pun selipor/sandal/kasut baru. nanti lah kita shopping dekat Kuantan okay. =_='

aku akan merindui TV. tak kira channel Malaysia ataupun channel Singapore ataupun channel Indonesia. (jomla duduk JB, macam2 ada) bye. nanti cuti I hadap U all lagi. =DDDD

Tuesday, July 6, 2010

hello Tuesday!

lama tak update kan. haw wau yu?

weekend lepas Jumaat Sabtu Ahad dekat KL sebab hantar Syafiq daftar U. minggu depan aku pulak balik U. malasnya nak packing. tak suka duduk dalam bas. tak suka sem baru sebab leceh. tu barang2 dalam stor C8 ada lagi. satu kerja nak transfer barang dari KK3 ke KK4. poyo je lah cakap final year confirm duduk dalam. tinggal 1 sem aje lagi, pun kena pindah beriya. mintak2 sem depan semuanya smooth biar tak payah extend sebab tinggal 1 sem aje lagi dekat UMP. amin.

cuti ni aku enjoy gila tengok TV. = )

Thursday, June 24, 2010

driver budak sekolah

semalam amek adik balik sekolah. lama sangat tunggu sampai sejam, mula lah mengimbau memori2 zaman tok kaduk dengan kawan2, dengan cikgu2, lab Pertanian, makcik lab, kebun, pokok2, kantin, kelas, rumah hidroponik, pengawas poyo, kakak senior gedik, abang senior (ehem2), toilet perempuan yang kaler pink, ko-op yang jual kerepek....huh! dah2.


TiJB
tak de apa yang lain, cuma dah kaler biru. = )


malas gila lah nak pergi Acer Center! dekat Plentong pulak tu!

Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day

hujung2 minggu ni busy sikit.

keluar sana sini. jalan sana sini. jumpa orang sana sini. macam orang2 penting.

hari ni pun nak keluar lagi. Father's Day kan. tentu2lah keluar dengan family pulak. =)

update esok2 lah ye. tengah tunggu Fara upload gambar, nanti boleh sharing2. =DD

oh btw, Karate Kid best! pergilah tengok. tak rugi. aku tengok dekat City Square (tak suka sebab selalunya ramai orang, and memang ramai pun) duduk seat 3 dari depan. TELENG ok kepala I! farah punya pasal lah ni! (no worries Fara, I still love you)

bye, keluar dulu.

Saturday, April 10, 2010

cherish all your happy moments ^^

-day 1-


-day 2-
*xtidur 1 malam,pulun hingga ke titisan terakhir*


lepas ni siapa nak kita orang designkan Istana Cinta ke, Mahligai Bahagia ke, mahupun Villa2 mewah bolehlah contact kita orang. senget rumah kau aku x tanggung. hahahaha.

semoga kita pass subjek RC ni. amin. good luck juga untuk interview RC minggu depan. ;P


*last tak tidur buat projek dulu masa TOS. buat bridge*
^^