adik aku dia ada cita-cita nak ada blog.
nak tulis blog.
tapi......
dia nak share blog dengan aku?!
lama lah pikir. boleh ke tak. tapi kadang-kadang aku rasa ok jugak. cerita orang umur 20-an dengan budak lepas sekolah. macam tak in gitu. tapi macam cool pulak kadang-kadang.
so lepas ni kalau naik update pasal SPM,PLKN,UPU tolonglah buat-buat tak paham.
final decision belum buat lagi -___-
Friday, March 23, 2012
sistah
Sunday, February 27, 2011
competition budak-budak orang tua jangan nak bising
pagi Ahad ni nak cakap aku terperap dalam rumah pun malu. tapi memang terperap pun tinggal tunggu masa nak di bbq kan aja. =P
hari ni Adik ada masuk competition yang buat mural painting dekat The Zone JB. dari 2,3 hari lepas mama and ayah macam freak out entah apa-apa. bukannya dorang pun yang masuk competition tu. sibuk figure out nak lukis apa, paint brush macam mana nak guna, the colours and all. maklumlah zaman anak-anak bersekolah dan sibuk dengan subjek pendidikan seni sudah berakhir. tapi sejak bila parents aku jadi supportive macam tu pun aku pelik. selalunya kalau kitorang (aku,Dida,abang) nak join activities lagi-lagi masa tahun exam (contohnya form 3 ada PMR, form 5 ada SPM) dorang memang akan bingit sikit. tahun exam tu kira macam tahun berkurung ar kepada calon peperiksaan tersebut. tapi adik? eh boleh bagi support kanan dan kiri pulak. ini yang rasa life is not fair! hahaha.
but anyways, adik memang talented kot. tak payah argue lebih eh. pasal kerja kursus Sains Pertanian aku dulu pun aku mintak dia lukiskan akar pokok. hihi. kalau tak percaya ha tengok sini dan sini.
sikit hari dulu parents aku nak hantar dia masuk Sekolah Seni JB. tapi terlepas in-take sebab masa dia naik form 1 tu parents aku pergi haji. bila try apply lagi dorang dah tak terima student kecuali in-take form 1 awal tahun. nasib baik lah kau tak sekolah sana, kalau tak mesti feeling-feeling Mak Yong dah kau sekarang. =DDD
* dengar kata mural painting competition ni masuk Malaysian book of records untuk mural painting terpanjang.
Wednesday, February 16, 2011
If a genie granted you a wish, what would you wish for?
Happy (Belated) Birthday to Dida. it's the day where people believe when we make a wish, it'll be granted. so make a wise one. =)
happy 21st to Dida. kalau dekat rumah boleh lah celebrate sama-sama. tapi haritu pun dah celebrate 1 family dah ye. so jangan nak cakap kita lupa birthday awak. Ayah siap rasuah aku dengan abang suruh keluar cari Secret Recipe malam-malam.
so here's to Dida, happy new year age.
okay sebenarnya semalam bukan nak merewang tak tentu pasal. tak. tak. ini cuma salah satu cara untuk terapi jiwa. (haha!) sebab dah lama tak keluar. so kita pergi makan dan sental kaki yang dah berdaki. itu saja. Aleya sangat baik sebab first gaji nak belanja aku makan. so kita makan dekat elMingos. terlalu kenyang. gambar of course ada tapi dekat hp Aleya yang canggih.
kita makan dekat Jusco Tebrau lepastu pergi KSL. lepas pedi kita terus balik. rupanya ada J.Co Donut lah dekat KSL. lepasni tak payah pergi City Square. parking dah lah mahal. haha.
Thursday, February 3, 2011
Happy Chinese New Year =)
cerita semalam. nak sangat pergi KSL yang baru bukak tu. so pergilah adik beradik. besar kauu. kalau anda seorang penggemar fesyen-fesyen Korea,Taiwan,Jepun ini lah tempatnya. haha. macam-macam pesen ada. yang mahal yang murah. cuma duit aja ada ke tak. hehe. and of course dekat sana memang ramai Chinese. KSL ni dia depan Holiday Plaza. tak payah risau takut tak jumpa. sebab dari Jalan Tebrau tu dah boleh nampak shopping complex dia yang gah tu. pergh.
so lepas pergi KSL, lunch dekat Mara depan Larkin Sentral tu. ataupun nama tak glamournya bus stand Larkin. haha.
lepastu Ali Baba. karok sampai nak separuh gila =)
Monday, December 20, 2010
blue skies
minggu lepas seminggu kita cuti-cuti Malaysia. JB-Penang-Perak-Cameron Highland-Melaka-JB. ha, sampai je rumah adik lelaki aku demam sampai hari ni tak baik lagi. ni pun baru balik rumah, sebab semalam balik kampung sekejap. balik hari je and thank god kampung dekat Batu Pahat je =)
actually banyak gila tempat kita pergi. tak tercapai dek akal lah kalau nak cerita semua. dah bye nak tidur.
Monday, December 6, 2010
adik saya cool 2
gambar ihsan dari fail peribadi ayah. lukisan zaman budak baru nak naik.
aku pun tak sure apa imaginasi sebenar adik aku. tapi dari gaya, nampaknya dia berangan nak jadi princess. ramai dow hulubalang dengan dayang istana.
orang kata budak-budak kecik memang ada daya imaginasi yang lain macam sikit. lagi horor kalau dia boleh luahkan daya imaginasi dia dengan lukisan. terkulat-kulat lah kau nak pahamkan lukisan dorang. lagi berdebar-debar kalau dia lukis gambar macam kau paham tapi rasa macam eh tak kan laah. lepastu kalau kau tanya amende ni? steady aje dia jawab ohh, gambar hantu.
fyi, she's 16 this year.
Saturday, November 27, 2010
kita-kita aje
hellooooo. lama gila tak blogging. dekat 2 minggu ada? haha. lepas balik raya haji macam-macam aktiviti telah dilakukan sampai memang tak ada masa nak layan blog. lepastu sibuk2 nak balik ump lagi. tapi before tu kitorang sempat celebrate birthday ayah tauuu. merata cari orang yang boleh buatkan kek. sebab ayah tak makan kek kedai. and kek yang orang buatkan ni memang terbaik lah. siap merayu lagi mintak tolong buatkan. mana taknya, nak celebrate malam, pagi tu baru dapat contact orang tu. kesian punya pasal dia buatkan jugak. thank you kak =)
ah, banyak nak cerita. tadi baru balik majlis tunang kakak Chah pun nak tulis dalam blog jugak. pre-grad photoshoot, lepak-lepak kali terakhir dekat Kuantan dan macam-macam lagi. haha.
Monday, October 11, 2010
sekutu jahat
apasal tah yang susah no nak log in blog 2,3 hari lepas. aku ni nak kata blogging tiap2 hari tu tak lah, tapi aku suka baca blog orang aje. macam mana lah diorang boleh idea mencurah curah nak blogging. selalu pun aku laju jugak taip2 ni, tapi semester ni slow sikit. sebab busy ke aku pun tak sure. nak cerita banyak pun malas. twitter aje meriah bukan main. blog memang feveret masih tak terlawan, pasal privasi sikit. orang nak menyampah, heh ini blog aku, kalau tak suka tak payah baca. tapi yang orang menyampah tu lah yang orang suka baca. ada bahan nak gosip dengan member.
meet my adik-adik stroberi cupcake yang gila bergambar. asyik bergaduh aje tapi tetap keluar lepak sama2, tetap makan share sama2, tetap pinjam curi baju dia, tapi tetap rindu -_-"
Friday, September 3, 2010
adik saya cool
hello i dah sampai JB. online dekat rumah memang best gila sebab tak payah nak tambah 'S' dekat semua page untuk buka Facebook dan boleh buka twitter dan merepek banyak2 sampai orang menyampah.
i start online petang tadi guna laptop dalam bilik Syafiq. and perasan ada manual dekat tepi meja tu. tengok aje dah tau kerja siapa. dalam rumah ni sorang aje yang memang ada bakat kartunis dan suka buat benda yang tak terpikir dek akal. Adik!
sorry gambar dah rotate tapi bila upload dia senget jugak. so mari sengetkan kepala bersama-sama.
so ni antara details (zoom) dalam manual tu yang i suka :
saya ada adik yang cool boleh melukis. dan dia memang tak ada kerja lain selain habiskan masa melukis yang entah apa-apa. haih.
Tuesday, July 27, 2010
my little vanilla
what a day.


Little Vanilla 2
"aaaaaaaa?? okayyy byeee!"
lepastu Mama bising tanya kenapa dia nak baling handphone lepastu lari2 masuk bilik? hesh. dah 16 tahun ni. oh grow up Dik.
special untuk budak yang baru nak remaja
HAPPY 16TH BIRTHDAY
member pusing2 bandar.
member shopping.
member gaduh.
member luah perasaan.
member untuk dibuli.
member buat kerja gila.
member share2 baju/tudung/seluar. haha.
member kutuk mengutuk.
member jiwa dan raga, dunia dan akhirat.
bukan selalu adik aku jejak 16 tahun. ni pun kau yang bongsu. haha. Happy Birthday!
aku dah cakap budak sekolah tak boleh ikut jalan2. tapi nak ikut jugak walaupun pakai baju sekolah. =_=Wednesday, July 21, 2010
blablabla 5
hai Rabu.
tak ada apa sangat yang boleh tulis sejak2 ni. kelas macam hidup macam tak. ceh, ke aku yang tak hidup2. dah 2 minggu ye. salahkan diri sendiri.
harini dah 21 Julai. 27th is Adek's birthday. kalau dekat rumah dia asyik membebel bagi signs birthday dia dah nak dekat. hadiah please? macam tu lah. kalau keluar aje mula lah cakap adik suka ni, adik suka tu, nanti boleh bagi as birthday present kan? papelah dik.
Dida, how? nak bagi apa? since kau duduk dekat2 dengan sempadan Siam, kau beli kan lah benda2 murah nanti duit kita bagi dua. budak2 kecik jangan bagi benda2 mahal. tak boleh. haha.
Sunday, June 20, 2010
Happy Father's Day
hujung2 minggu ni busy sikit.
keluar sana sini. jalan sana sini. jumpa orang sana sini. macam orang2 penting.
hari ni pun nak keluar lagi. Father's Day kan. tentu2lah keluar dengan family pulak. =)
update esok2 lah ye. tengah tunggu Fara upload gambar, nanti boleh sharing2. =DD
oh btw, Karate Kid best! pergilah tengok. tak rugi. aku tengok dekat City Square (tak suka sebab selalunya ramai orang, and memang ramai pun) duduk seat 3 dari depan. TELENG ok kepala I! farah punya pasal lah ni! (no worries Fara, I still love you)
bye, keluar dulu.
Friday, June 11, 2010
main ikan ikan
hai petang!
nampaknya adik2 aku sibuk dengan ikan masing2 sekarang.
cutenya ikan aku.
ikan kau buntal.
yelah, buntal kan cute.
haah....macam kau.
siapa buntal?
kau.
........................
hah, lepastu gaduh. aku dah tau dah.
Thursday, June 10, 2010
aktiviti cuti sekolah yang...biasa2 aje.
sekarang JB musim hujan petang. hujan dia bukan main main tau. lebat punya. duduk dekat rumah siang2 pun pakai selimut. eceh mana ada.
semalam hujan lebat kitaorang keluar jugak. Angsana aje. adalah jalan2 dalam sejam setengah lepas tu cepat2 balik before 5pm. kalau taakkk... haaa..tu highway Pasir Gudang jam.
lagipun sebab takde benda nak buat dekat rumah. lagipun sebab cuti sekolah. lagipun sebab Mama tak de. haa, banyak pulak sebabnya.
adik beradik suara memang tak sedap. wattudu? ^^gambar memang teruk sebab pakai kamera hp aku yang baru nak lama tu.
hujung minggu ni balik kampung lagi. suka, cuma tak suka bila kena packing baju. malas betul.
Wednesday, June 9, 2010
aktiviti adik beradik semasa ketiadaan Mama
adik saya baru start main Fish Ville dekat FB. baru nak beli2 ikan, bagi makan ikan, bagi nama ikan. and nama2 ikan dia SUHAILA, ALON, SUHAIDAH, SYAFIQ. (cis!! nama dia tak de pulak!) lepas tu saya tengok dia main macam best aje. so, saya cakap saya nak tumpang bela 1 ikan boleh taakkk? dia kata boleh. so saya bagi nama ikan saya NICHKHUN. dia marah gila sebab tu nama Korea Thailand. pergaduhan kami telah menarik perhatian adik lelaki saya merangkap abang kepada adik bongsu saya tu. tiba tiba dia pun nak join sama bagi nama. macam best pulak main ikan ada nama.
kami enjoy sangat main ikan2 tu. tapi kami tak main guna account FB kami. kami main guna account FB Mama kami. sebab Mama kami tak de dekat rumah selama seminggu. kalau mama kami tau ni,, hmph! habislah kami.
Sunday, May 30, 2010
My Sunday
keluar beramai2 satu family. kami ke Holiday Plaza & The Zone JB. psst,, ramai budak2 lepas spm yang cute2 kerja jadi cashier dekat Parkson HP tu. ;P
tengah tengok Mentor. baru lepas makan burger sebijik.
haha. bye.
Saturday, May 15, 2010
terapi jiwa
sejak akhir2 ni emosi asyik terganggu aje. xtaw kenapa. so sebab xtaw kenapa, kita akan buat terapi untuk hilangkan anasir jahat dalam badan sepert emosi jahat ni.
satu je benda buat aku happy dalam hidup. family. they are like my bestest everest(?) friend.
haritu balik JB sekejap kitorang jalan2. asyik berjalan aje. mana duduk rumah. x main lah duduk rumah. haha.
*Dida xbalik lagi masa ni. lepas ni dengan Dida pulak ok. jangan kecik ati ya.*
ok, terapi siap!
I feel good now. muchmuch better. =)
x percaya? try lah ^_^
Tuesday, March 16, 2010
once upon a time. 2
mayday..mayday.. along, email adik xboleh nak send ni kenapa?
ko nak send apa budak? pakai email segala.
homework english. teacher suruh send tru email. tolonglah. nanti kena tolak 5 markah.
5 je? xpe, bukan 10.
aloooong! tolonglah.
yela budak. nanti along send guna email along.
adik aku belajar english dengan cikgu Tan Gaik Wah. bezanya dulu dia ajar aku EST. wah, dunia dah maju, dulu masa aku dia suruh pos homework, tapi sekarang dah pakai email.
rindu sekolah. (-_-") rindu kelas Pertanian yang dekat hujung tu, yang masa Fara Chah Nadiah Yana kena marah sebab ketawa macam setan dengar sampai makmal bawah. wahahaha.
Saturday, January 9, 2010
Magic Tune 4
ok, kena cakap laju laju sebab keadaan internet yang xberapa nak mengizinkan. ini adalah diatas permintaan sahabat baik (ececee) yang sangat kecewa sebab aku x update blog sudah berkurun lamanya. bukan x nak update, tapi tengah2 taip tetiba internet mati macam mana nak publish post kan? aku pulak pesen kalau dah xdapat nak post time tu, jangan harap aku akan post lagi sebab dah terlupa apa yang aku nak sambung tulis.
harap2 entry ini dapat membantu memberitahu kepada member aku tu yang sebenarnya aku sihat walafiat dan masih mampu update blog. kekeke.
ok, aku dah update. harap enjoy baca entry aku yang xde arah tujuan dan objektif ni =P
