cerita semalam. nak sangat pergi KSL yang baru bukak tu. so pergilah adik beradik. besar kauu. kalau anda seorang penggemar fesyen-fesyen Korea,Taiwan,Jepun ini lah tempatnya. haha. macam-macam pesen ada. yang mahal yang murah. cuma duit aja ada ke tak. hehe. and of course dekat sana memang ramai Chinese. KSL ni dia depan Holiday Plaza. tak payah risau takut tak jumpa. sebab dari Jalan Tebrau tu dah boleh nampak shopping complex dia yang gah tu. pergh.
so lepas pergi KSL, lunch dekat Mara depan Larkin Sentral tu. ataupun nama tak glamournya bus stand Larkin. haha.
lepastu Ali Baba. karok sampai nak separuh gila =)
Thursday, February 3, 2011
Happy Chinese New Year =)
Saturday, January 29, 2011
Wear It Right Campaign

sekarang ni semua orang nak jadi fashionista. and paling best kalau kau pakai hijab pun tak ada masalah nak jadi fashionista. tapi masalahnya betul ke cara kita tu. aku sendiri pun, pakai hijab tapi tak tutup dada. so bila ada kempen macam ni jadi semangat nak join and nak sama-sama jadi seorang pemakai hijab yang betul. susah memang susah, tapi kalau kita cuba tukar slow-slow dan beramai-ramai macam ni kita akan jadi semangat dan rasa ini bukan benda yang membebankan, betul tak?
tahniah untuk Sue Anna Joe sebab buat kempen cool macam ni. kalau rasa alah, kalau pakai hijab tutup dada nanti dah tak nampak style, macam mana? hmm.. okay, jom tengok si Aishah Amin ni. style kan? pakai hijab tutup dada kan? good job Aishah. dan boleh jugak usha video tutorial dia dekat fb dia tu. nanti nak trylah cara Aishah pakai pashmina tu. =)

oh btw, oh farah pun ada buat tutorial pakai hijab tutup dada dalam masa seminit aja. siapa agak-agak dah lambat nak pergi class, kerja boleh tiru cara Farah ni. check it out!
Friday, January 21, 2011
kelab 23
Thursday, January 20, 2011
what I did.
mentang-mentanglah Khamis cuti. =D
pegi Junk Sale bertiga je dengan Nadiah and Nabilah malam tadi. Farah kalau tau ni macam-macam nak kirim. hehe. minggu ni 3 nights straight dekat Sun City (livingroom). lepastu minggu depan pun 3 nights straight dekat depan That's Cafe pulak. taulah nak CNY.kemeja bunga-bunga ni walaupun dia hadir dalam spesies jiwang, tapi dia sangat praktikal dan mudah digayakan.... tapi saya tak jiwang okaay.
Tuesday, January 18, 2011
tiga serangkai
sedar tak? sedar tak? kita dah jadi final year student. dah tahun keempat belajar. dah tahun keempat duduk bergental bertiga. dah tahun keempat menyimpan dendam kesumat dihati sebab tunggu orang ni lambat bangun nak pergi kelas, dah tahun keempat memaki-maki sesama sendiri, dah tahun keempat mengutuk sesama sendiri cakap kau lagi gemuk dari aku, aku kurus, lepastu kau pulak cakap kau yang sebenarnya lagi kurus, dah tahun keempat duduk ushar nak tiru assignment, dah tahun keempat berpanas berhujan pergi kelas jalan kaki sampai kurus (kurus kerr), dah tahun keempat kita berposing maut tiga serangkai dimana sahaja tak kira line clear ataupun tidak, dan dah empat tahun aku sabar dengan perangai engkorang yang entah hape hape ni.
fine! sekarang aku dah rindu perangai korang yang entah hape-hape tu.




kami sangat gila kamera. sangat. diberi kamera tak ada megapixel pun boleh teruskan tak ada masalah =)
Sunday, January 9, 2011
menjadi hari
semalam sebab yelah semalamkan weekend so dating dengan Aliya tengok wayang dekat Jusco Tebrau. wayang pukul 5.45pm and sebab kitorang book tiket so kena datang dalam sejam awal gitu lah tapi biasalah mesti lambat punya datang. so dalam 5.30pm baru sampai terkedek-kedek. dalam pada terkedek-kedek tu lah boleh terserempak pulak dengan Ailyl Rozanna hihi.
comel okay. tak tipu. menyesal tak patah balik and tegur dia kalau tak entah-entah dapat makan free kot. haha. next time kalau terserempak lagi aku jerit nama Ailyl Rozanna kuat-kuat kalau tak dapat makan free tak taulah. haha. *psst, terkinja-kinja bila orang famous tulis nama kita dalam blog dia walaupun cenonet*
so and so sebenarnya lepas nonton kita nak pergi Bazaar JB. ada benda yang kitorang nak beli. before ni pergi konon-konon nak usha aja, lastnya sampai sekarang menyesal sebab dah 2 kali pergi Bazaar JB tapi tak dapat masuk sebab jam gila. manalah tak jam haritu pergi malam new year. orang bergentel-gentel macam ulat. semalam pun tak dapat pergi sebab ada pesta hape tah. lastnya kita end up makan tutti frutti aja.
next time bebeh. next time.
AJL!!! Good Luck Yuna! =)
