boling dengan ex classmate.
sepatutnya hari ni ramai yang datang tapi last last cetotet je yang datang pasal yelah siapa sangat yang free time time weekdays ni. lagipun Hariz dah nak balik Sabah (dia tak lama lagi nak jadi doktor so nak jadi doktor mana boleh lepak buang masa tak pasal pasal macam orang lain. cuti sem pun seminggu aje) kitorang datang jugak. lepastu Hariz offer nak belanja main boling, apa lagi, tak free pun boleh jadi free. so muka muka wajib yang tak boleh dengar perkataan 'belanja' mestilah muka kitorang,
Wednesday, December 22, 2010
let's roll
Tuesday, December 21, 2010
Trueday
blog sedang diselenggara. entah apa yang diselenggara pun tak tau lah. ejaan 'diselenggara' ni pun tak pasti betul ke tak. lantak lah. dulu masa belajar BM dekat sekolah rasa susah sangat. ada subjek, predikat, apa tah lagi. cikgu BM tu siap buat formula kauu. boleh kosong jiwa. mana nak hafal kimia, bio, fizik, add math, math mode, sejarah lagi. ni adik aku tahun depan nak amek SPM boleh duduk buang masa main pesbuk lepastu dok sibuk baca blog Zack Zukhairi. mana dia kenal mamat blogger ni pun aku tak tau lah. lepastu kalau ditanya blogger mana lagi dia layan, habis semua nama blogger lelaki dia petik. dasar budak perempuan.
-__-" *bosan*
Monday, December 20, 2010
blue skies
minggu lepas seminggu kita cuti-cuti Malaysia. JB-Penang-Perak-Cameron Highland-Melaka-JB. ha, sampai je rumah adik lelaki aku demam sampai hari ni tak baik lagi. ni pun baru balik rumah, sebab semalam balik kampung sekejap. balik hari je and thank god kampung dekat Batu Pahat je =)
actually banyak gila tempat kita pergi. tak tercapai dek akal lah kalau nak cerita semua. dah bye nak tidur.
Saturday, December 11, 2010
the weekenders
minggu ni memang best. macam macam benda buat. cerita merayap tak payah cerita lah kata remaja. tapi yang highlightnya masa tea dekat rumah Aleya and of course picnic pagi tadi yaw!
and pagi tadi picnic dekat La-Stella Water Theme Park. tipulah kalau tak best bila dengan dorang. =) tapi yang tak bestnya tak sampai separuh hari bateri camera kong. =(
lepastu kita lepak lagi makan makan. sampai petang perut dah kembang baru balik and yeay happynya hari saya. harap harap kawan kawan saya pun semua happy jugak. ^__^/
bye. esok nak gerak pergi utara. holiday dengan family seminggu! ^^
Monday, December 6, 2010
adik saya cool 2
gambar ihsan dari fail peribadi ayah. lukisan zaman budak baru nak naik.
aku pun tak sure apa imaginasi sebenar adik aku. tapi dari gaya, nampaknya dia berangan nak jadi princess. ramai dow hulubalang dengan dayang istana.
orang kata budak-budak kecik memang ada daya imaginasi yang lain macam sikit. lagi horor kalau dia boleh luahkan daya imaginasi dia dengan lukisan. terkulat-kulat lah kau nak pahamkan lukisan dorang. lagi berdebar-debar kalau dia lukis gambar macam kau paham tapi rasa macam eh tak kan laah. lepastu kalau kau tanya amende ni? steady aje dia jawab ohh, gambar hantu.
fyi, she's 16 this year.
Saturday, December 4, 2010
a taste of honey
hello Saturday.
aku baru balik holiday. so mood holiday ada lagi. nak kata holiday sangat pun tak. tapi holiday lah untuk kita bertiga. banyaaakk gambar. Aliya tak kasi upload. tapi upload sikit dekat blog tak apa kaaann?? =p
siapa bosan aku cadangkan korang pergi buat benda ni. tiap-tiap hari boleh update blog. sehari satu entry sepanjang bulan Disember ni. dah terlepas 3 hari pun tak apa. boleh buat lagi. aku pun nak buat jugak. =)
