hai Rabu.
tak ada apa sangat yang boleh tulis sejak2 ni. kelas macam hidup macam tak. ceh, ke aku yang tak hidup2. dah 2 minggu ye. salahkan diri sendiri.
harini dah 21 Julai. 27th is Adek's birthday. kalau dekat rumah dia asyik membebel bagi signs birthday dia dah nak dekat. hadiah please? macam tu lah. kalau keluar aje mula lah cakap adik suka ni, adik suka tu, nanti boleh bagi as birthday present kan? papelah dik.
Dida, how? nak bagi apa? since kau duduk dekat2 dengan sempadan Siam, kau beli kan lah benda2 murah nanti duit kita bagi dua. budak2 kecik jangan bagi benda2 mahal. tak boleh. haha.
Wednesday, July 21, 2010
blablabla 5
Sunday, July 18, 2010
weekend
hai.
tadi kitaorang tengok Despicable Me. best! pergilah tengok. siapa lepasni ada jumpa soft toy yang macam binatang2 kuning ketot2 tu tolonglah belikan. hahaha.
jalan2 macam tak pernah berjalan. duit macam angin kan. biasalah awal2 sem. tengok nanti hujung2 sem kita makan apa.
lepasni kena saving. boyfriends kita nak datang KL kan Mint kan? silalah excited sama. aku tau kau excited, tadi aku dekat KFC dia call dari KL bagitau ada barang baik punya nak suruh aku beli aku tau. jawapannya opcos lah aku nak! =DD
internet sekarang macam siput ar Mint. nanti lepasni kita webcam lagi =) line telefon pun tak clear. macam dekat bilik kita masa 1st year dulu kena letak telefon dekat tingkap. =_-
Tuesday, July 13, 2010
hello day.
tone kulit semakin gelap.
harapnya kilogram boleh kurang. tolonglah, raya ni nak pakai kebaya. tak pun kurung moden ikut cadangan Sha.
hahahahahahaha.
Monday, July 12, 2010
so?
hai.
dah ada kat Gambang. hari ni kelas first subjek Foundation pukul 8am tadi. satu kelas aje pun.
esok Advanced Concrete Material, Rabu-PSM, Jumaat-Foundation.
khamis aje full dengan 3P, Concrete Material, Project Management. -_-
semoga semuanya berjalan se-smooth yang mungkin. amin.
argh, nak balik rumah. homesick macam budak asrama pulak.
thank you Liza buatkan cheese cake and kek lapis tu. hehe. sedap okay cheese cake ko. sila buat entry pasal cara2 buat chesse cake lain kali. nanti free2 aku nak jugak try. cewah2.
Saturday, July 10, 2010
ready?
esok dah nak balik Pahang. semester baru start Isnin. maknanya Isnin ni start gua jadi budak final year lah beb. tahun 4 kira paling tua ar. ei menyampahnya dah tak ada abang senior boleh di stalk2.
barang dah siap packing. tadi pagi2 aku bangun pergi Jusco dengan Adik nak beli barang dan nak cari selipor/sandal/kasut baru, semua tak ada size. asal yang aku berkenan aje habis size tapi tu kira ok, yang part malu sikit kalau kasut tu tak de size untuk tapak kaki aku. wargh malu gila kot.
lastnya tak dapat pun selipor/sandal/kasut baru. nanti lah kita shopping dekat Kuantan okay. =_='
aku akan merindui TV. tak kira channel Malaysia ataupun channel Singapore ataupun channel Indonesia. (jomla duduk JB, macam2 ada) bye. nanti cuti I hadap U all lagi. =DDDD
Tuesday, July 6, 2010
hello Tuesday!
lama tak update kan. haw wau yu?
weekend lepas Jumaat Sabtu Ahad dekat KL sebab hantar Syafiq daftar U. minggu depan aku pulak balik U. malasnya nak packing. tak suka duduk dalam bas. tak suka sem baru sebab leceh. tu barang2 dalam stor C8 ada lagi. satu kerja nak transfer barang dari KK3 ke KK4. poyo je lah cakap final year confirm duduk dalam. tinggal 1 sem aje lagi, pun kena pindah beriya. mintak2 sem depan semuanya smooth biar tak payah extend sebab tinggal 1 sem aje lagi dekat UMP. amin.
cuti ni aku enjoy gila tengok TV. = )