Thursday, June 10, 2010

aktiviti cuti sekolah yang...biasa2 aje.

sekarang JB musim hujan petang. hujan dia bukan main main tau. lebat punya. duduk dekat rumah siang2 pun pakai selimut. eceh mana ada.

semalam hujan lebat kitaorang keluar jugak. Angsana aje. adalah jalan2 dalam sejam setengah lepas tu cepat2 balik before 5pm. kalau taakkk... haaa..tu highway Pasir Gudang jam.

lagipun sebab takde benda nak buat dekat rumah. lagipun sebab cuti sekolah. lagipun sebab Mama tak de. haa, banyak pulak sebabnya.

Reject Shop ^^

adik beradik saya 4 orang. kalau perasan yang sorang lagi selalu tak de. sebab sekarang dia kerja. nak sangat kerja. janji dia bahagia. so sorry, we all jalan2 dulu ye. =D ^^

adik beradik suara memang tak sedap. wattudu? ^^

gambar memang teruk sebab pakai kamera hp aku yang baru nak lama tu.

hujung minggu ni balik kampung lagi. suka, cuma tak suka bila kena packing baju. malas betul.

Wednesday, June 9, 2010

aktiviti adik beradik semasa ketiadaan Mama

adik saya baru start main Fish Ville dekat FB. baru nak beli2 ikan, bagi makan ikan, bagi nama ikan. and nama2 ikan dia SUHAILA, ALON, SUHAIDAH, SYAFIQ. (cis!! nama dia tak de pulak!) lepas tu saya tengok dia main macam best aje. so, saya cakap saya nak tumpang bela 1 ikan boleh taakkk? dia kata boleh. so saya bagi nama ikan saya NICHKHUN. dia marah gila sebab tu nama Korea Thailand. pergaduhan kami telah menarik perhatian adik lelaki saya merangkap abang kepada adik bongsu saya tu. tiba tiba dia pun nak join sama bagi nama. macam best pulak main ikan ada nama.

kami enjoy sangat main ikan2 tu. tapi kami tak main guna account FB kami. kami main guna account FB Mama kami. sebab Mama kami tak de dekat rumah selama seminggu. kalau mama kami tau ni,, hmph! habislah kami.

Tuesday, June 8, 2010

LBS punya cerita

hello.

tadi pergi Jusco tengok Lagenda Budak Setan dengan Aliya and Duta. seat kitaorang memang jauh dari orang lain so kita 3 orang sibuk dengan dunia 'flashback novel LBS'. sibuk compare 'ish, mana part ni xde?' 'ehh,,taaakk..patutnya macam nii...' 'omg, ni tipuu...' 'tak, Kasyah sepatutnya macam ni..' blablablabla.....

nasib baik jauh dari orang, kalau tak memang kena sound punya. sebab bising sangat bercakap lepastu budak2 ni dok sibuk tiru stail Lisa Surihani yang pelat 'R'. sebelum ni aku pun tak perasan dia pelat 'R'. pelik.

banyak part2 best dipotong. logiklah kan. mana nak buat filem betul2 ikut buku yang dekat 500 pages tu. tapi tak sedih pun. feel nak nangis pun tak de. tak payah bawak tisu owkaaayh!

lepas wayang plan untuk manicure. pergi tempat biasa. tapi ramai kot, dia suruh buat appointment lah apa lah. before ni tak payah pon? so, kitaorang pergi minum aje dengan English teacher saya masa sekolah dulu, Teacher Adiba. hehe.

ok dah, nak tengok TV. haha. good night!

saya bangga bila dapat 2 replies.
ayah cakap...
bangga buat apa? pergi hantar banyak lagi! pergi company dia! ini asyik berjalan aje!
argh!

Sunday, June 6, 2010

sharing is caring

lama dah x update blog ni. seminggu ini busy sikit buat FYP lagipun online banyak dekat laptop adik beradik aje demi menjimatkan karen letrik. haha.

sebab aku sukaa sangat cerita pasal cuti aku yang x seberapa ni, so nak ceritalah ni.

semalam birthday abang. dah hensem18. huh, dah besar. malam sebelumnya kitaorang dinner dekat luar, and semalam lunch KFC (ayah tapaw makan dekat rumah aje) sebab kitaorang sibuk packing nak balik kampung. and semalam petang we all balik kampung uyeeh!

saya suka balik kampung sebab bila balik kampung dia ada bau. bau kampung. bau dia macam bau kampung la kan. fresh gitulah. ok, pandai2lah pk sendiri.

tapi sekejap aje. pagi tadi dah balik JB semula. next week balik kampung lagi. haha.

ok, sharing is caring time! hahaha. FACEBOOK. what say you? ;P

Wednesday, June 2, 2010

2.6.2010

novel Lageda Budak Setan. siapa x pernah baca novel tu. famous masa zaman2 sekolah dulu. (form 1?) tebal nak mampos. nak habiskan macam azab jugak lah. mana nak belajar, buat kerja sekolah (buat pulak kerja sekolah?)

novel tu memang famous gila time tu. siapa x pernah baca LBS kau kira x cool ar. haha. Ahadiat Akashah memang buat cerita tu nampak real. banyak kali baca pun x bosan. meleleh2 air mata. hmph!

so, esok filem LBS keluar. Farid Kamil as Kasyah, Lisa Surihani as Ayu, Que Haidar as Azmi and Fazura as Katerina. aku ada sikit x berkenan dengan Lisa Surihani sebab sampai sekarang aku nampak dia tu "kaku". ok, tawlah dia tu cun. so?

xtawlah filem dia boleh best macam novel ke x kan? so, nanti kita pergi tengok ye. lepastu baru komen. cerita cinta sedih gila tapi best.
makesure bawak tisu banyak2. aku gerenti ada yang menangis. hahaha.

trailer--->Lagenda Budak Setan.



Mint, LBS kan? amek aku depan rumah! =P

Tuesday, June 1, 2010

1.6.2010

1. aku dah janji dengan adik harini aku bawak dia tengok Shrek Forever After. rasa macam malasnyaaa nak keluar.

2. harini 1 Jun. apa jadi sekarang eh kalau 3 tahun lepas aku sabar sikit dan tetapkan hati? mungkin x jadik macam sekarang. hahaha. kalau.... tapi sekarang aku boleh tengok aje. padan muka!

3. sila senyum bila berjumpa dengan orang2 yang tengah baran. besar kesannya.