Showing posts with label drama/movie. Show all posts
Showing posts with label drama/movie. Show all posts

Monday, November 1, 2010

dream baby

hai. dah lama tak update blog kaann? minggu lepas busy bukan main. kalau boleh nak 1 hari biar 48 jam. masuk je hari Sabtu, demam! maka memang hari ni baru boleh blogging. hello study week! =)

hari ini tiba-tiba nak tulis pasal pria gantang dari Indonesia yang dah lama gila aku minat dari zaman sekolah weyy! kalau tengok mamat ni kat tv boleh buat senyum sorang2. jarang ar aku nak minat pelakon Indon lebih2. boleh bayang tak minat dari sekolah tapi baru hari ni tau nama dia? sebab baru google. memang L!

dulu masa zaman sekolah aku memang menggila layan tv Indon. first aku tengok mamat ni berlakon dalam drama Mawar. start start tu tiap-tiap malam tunggu depan tv. drama tu sumpah tak best. yang best sebab dapat tengok mamat ni aje. O_0

lama okay drama tu. sampaikan masa tu aku dah dapat offer pergi matrik so stop follow tengok bila dah masuk matrik. jadahnya nak cari channel Indon dekat Tangkak tu kan.

siapa pernah tengok muka dia ni. dia ada berlakon dalam filem Alexandria. alah yang ada dalam video clip lagu Peterpornpan 'Tak Bisakah' tu. oh sekarang dekat tv3 pun tengah main drama Alisa. dia ada jugak. =)

say hello to Kak Marcel! =)


rupanya ada kembar mamat ni.
dua dua good looking okaaayy!


dah. puas hati dapat blogging. aku rasa dah lama tak blogging panjang gila macam ni. haha. enjoy!


(FYI, kalau kau duduk area JB, dekat rumah tak ada Astro pun tak apa. malah tak hadap pun Astro. sebab boleh dapat channel Indonesia and channel Singapore. sajian cerita memang tip top ngetop wehh)

Sunday, August 1, 2010

Ahad saya


alolololo. comelnya twitter hari ni.


tengoklah dekat folder bawah tu. memang tengah tengok My Fair Lady. haritu tengok dekat 8tv tak habis sebab dah kena balik Pahang, semester dah start kan. in between My Fair Lady, tengok2 Oh! My Girl. bukan Oh My Lady yang ada Choi Siwon handsome tu ek. ini Oh My Girl drama Jepun. ada Hayami Mikomichi (nama nak cute aje) sebab tu tengok. padahal tak berapa nak in pun dengan Jepun2 ni. so, ini pelakon lelaki Jepun kedua yang aku kenal selepas Takuya Kimura? hehe.

Tuesday, June 8, 2010

LBS punya cerita

hello.

tadi pergi Jusco tengok Lagenda Budak Setan dengan Aliya and Duta. seat kitaorang memang jauh dari orang lain so kita 3 orang sibuk dengan dunia 'flashback novel LBS'. sibuk compare 'ish, mana part ni xde?' 'ehh,,taaakk..patutnya macam nii...' 'omg, ni tipuu...' 'tak, Kasyah sepatutnya macam ni..' blablablabla.....

nasib baik jauh dari orang, kalau tak memang kena sound punya. sebab bising sangat bercakap lepastu budak2 ni dok sibuk tiru stail Lisa Surihani yang pelat 'R'. sebelum ni aku pun tak perasan dia pelat 'R'. pelik.

banyak part2 best dipotong. logiklah kan. mana nak buat filem betul2 ikut buku yang dekat 500 pages tu. tapi tak sedih pun. feel nak nangis pun tak de. tak payah bawak tisu owkaaayh!

lepas wayang plan untuk manicure. pergi tempat biasa. tapi ramai kot, dia suruh buat appointment lah apa lah. before ni tak payah pon? so, kitaorang pergi minum aje dengan English teacher saya masa sekolah dulu, Teacher Adiba. hehe.

ok dah, nak tengok TV. haha. good night!

saya bangga bila dapat 2 replies.
ayah cakap...
bangga buat apa? pergi hantar banyak lagi! pergi company dia! ini asyik berjalan aje!
argh!

Wednesday, June 2, 2010

2.6.2010

novel Lageda Budak Setan. siapa x pernah baca novel tu. famous masa zaman2 sekolah dulu. (form 1?) tebal nak mampos. nak habiskan macam azab jugak lah. mana nak belajar, buat kerja sekolah (buat pulak kerja sekolah?)

novel tu memang famous gila time tu. siapa x pernah baca LBS kau kira x cool ar. haha. Ahadiat Akashah memang buat cerita tu nampak real. banyak kali baca pun x bosan. meleleh2 air mata. hmph!

so, esok filem LBS keluar. Farid Kamil as Kasyah, Lisa Surihani as Ayu, Que Haidar as Azmi and Fazura as Katerina. aku ada sikit x berkenan dengan Lisa Surihani sebab sampai sekarang aku nampak dia tu "kaku". ok, tawlah dia tu cun. so?

xtawlah filem dia boleh best macam novel ke x kan? so, nanti kita pergi tengok ye. lepastu baru komen. cerita cinta sedih gila tapi best.
makesure bawak tisu banyak2. aku gerenti ada yang menangis. hahaha.

trailer--->Lagenda Budak Setan.



Mint, LBS kan? amek aku depan rumah! =P

Sunday, March 14, 2010

aleumdaun sesang

entry lambat, aku taw. tapi aku nak bagitaw jugak aku dah pergi join orang berdondon dondon tengok Alice in Wonderland tu. mid nite pun orang serious ramai. family pun ramai.

cerita ni so-so saje. aku expect alice punya gaduh dengan binatang tu lama, tapi sekejap aje dah mati. fine, ini cerita budak2. bak kata Mint kalau buat complicated nanti budak2 pening. dan bak kata Bameng, "mana boleh banding Avatar dengan Alice" fine fine. tapi Nabila paling suka cerita ni. ala alaa Nabila comelnya. memang Disney lover sejati (=

tengok blog Chah. o my o my, ada wonderland olok olok taaww~

kalau tengok wayang mesti nak letak gambar tiket. cliche gila.

the outing was great! tapi sekarang ada banyak benda kena siapkan sebab esok Isnin. bye!
*nah lelaki kiut*

Sunday, November 1, 2009

outing


hari ini berfoya2 dengan nabila & yasmin. konon keluar cuma nak tengok movie saje tapi tapi tapi biasalah perempuan. girls outing kataa..

PAPADOM memang best x tipu. tiba2 rindu gila dekat ayah.

adoiyai~ control cun aje xtumpah air mata duyung.




Friday, October 30, 2009

lovely complex


ini tajuk cerita Jepun. oi, sejak bila aku layan Jepun pulak kan? ni anasir2 jahat dari adik aku lah ni. letak cerita Jepun la, Korea la dalam laptop aku. tapi cerita Jepun ni aku baru tengok. haha. sorry dida~

mula macam xbest ingatnya, sekali bukak2 intro dia pasal cinta seorang lelaki pendekrendah dan seorang perempuan tinggi yang direject.

lelaki rendah - kena reject dengan perempuan sebab perempuan rasa kelakar bila berjalan dengan lelaki yang rendah dari dia.

perempuan tinggi - kena reject sebab dia tinggi dan lelaki rasa dia akan nampak x cool bila jalan dengan perempuan tinggi.

ok, itu cerita cinta mereka dulu, cerita macam mana lelaki rendah dan perempuan tinggi jatuh cinta...em.. kalau nak taw cariklah cerita tu. tengok. haha. malas aku nak cerita. lagipun ni cerita lama. rasa dah ramai kot pernah tengok.

so macam biasa, highlight dalam cerita2 Korea Jepun ialah part2 comel yang x didapati dalam mana2 cerita bangsa lain. haha.
-part Otani dan Risa ber-bluetooth. comel itu segalanya.
-Otani dan Risa pergi funfair. aku pun nak jugak cermin mata beso tu~
-Risa buat banner "I LOVE MY SHORTY"
-Otani kiss Risa siap kena tinjit kaki. hahahaha. sweet laaah.


*tinggi ke, rendah ke, yang penting hati. as long as you leb me, then i leb u many more. =DDDD

Thursday, April 9, 2009

movie plis.

talentime!
seriously lah tersangat jeles baca ulasan meen pasal cerita tu. nak tengok lah!! haih! dua kali pulak tu dia post entry pasal talentime. for sure cerita tu best.

frankly speaking,
aku suka cerita yasmin ahmad. aku tengok cerita2 dia sebelum ni. malas nak ulas lebih2, sebab aku taw ramai xsuka cerita2 dia. haha. itu pendapat masing2 ok. nak taw pendapat aku, tanya lah aku sendiri.

masa sekolah dulu hot cerita dia yang apa tah. lupa. (bukan cerita dia semua hot ke?). member2 aku dok bising cakap bosanlah tengok cerita dia, tapi bila aku tengok ok aje. real sangat2. memang itu kehidupan kita budak2 melayu (orang melayu). so, apa nak bising? haha!

cuma, scene2 'hot' yang dia tayangkan tu xberapa sesuailah sebab yang berlakon tu orang melayu (muslim). (tapi dah tuan punya badan willing nak buat, nak cakap apa kan?) dan beberapa part tentang Islam yang dia cuba nak sampaikan. memang itu pun aku xboleh terima.

baru minggu lepas beriya-iya aku cakap dekat mint aku nak tengok talentime. tapi weekend lepas dia dah pergi tengok kat KL. petang sabtu, aku tengah discussion dia message bagitaw talentime best! sedih!

"kau kena ready airmata" katanya...

aiyaiyai...xkan nak nangis dalam panggung pulak? xmacho lah. tapi xpe, bukan selalu kan? haha! lagipun menangis sekali sekala baik untuk kesihatan (cover)

check this out!

*** kenapa bilik aku aje xdapat connection skype!! dah berapa hari dah ni! nyirap ni nyirap!!

Thursday, March 5, 2009

the guy was gorgeous

semalam petang, aku bantai tengok cerita korea. movie. xtaw lah cerita ni baru ke dah lama. tapi yang pasti aku dah lama dah amek cerita ni dari adik aku, tapi baru tengok. dia lah beriya suruh aku tengok. best lah, comel lah, sweet lah. haih, budak2, biasalah. aku layankan aje.

THE GUY WAS GORGEOUS

erm, ok. memang sweet pun. boyfriend samseng nak mati. tapi awek tetap dihati. peewiit~
lagipun, hero dia memang gorgeous pun. siapa tah aku xkenal. heroin dia xberapa sangat. muka korea kopek. huahua. bestnya ngutuk.

kepada kawan2 aku yang dah bosan tahap xtaw nak buat apa, jangan segan2 nak mintak cerita ni. datang aje bilik. tapi malam ni kena siapkan esaimen hydro dulu ye adik2. kang malam sikit kasi aku copy. haha.

dah,dah. petang kang aku ni sebenarnya ada test law and oral mandarin. dialog xhabis hafal lagi boleh rilek aje blogging.

wo chiow lulu(dulu).