FYI, seumur hidup aku this is my first time bekerja. masa lepas SPM dulu pun orang lain sibuk kerja dekat KFC lah, McD lah, jadi promoter lah, aku tak. duduk rumah enjoy the holiday aja. sampai dah tak tahu nak buat apa. siap ronda-ronda taman prektis sorang-sorang bawak kereta sebab masa tu tengah amek lesen. tu pasal bila time belajar driving dekat driving school cikgu aku malas nak ajar dah. dari 5 kelas yang sepatutnya aku kena datang, dia suruh datang 3 kali aja. itu pun bawak aku untuk ingat jalan untuk test JPJ je nanti.
jadi kesimpulannya, sekarang aku dah pandai tidur awal. sekarang aku dah mula berkira-kira waktu nak balik kerja. sekarang aku dah bukan main happy bila weekend.
sekarang ni internet dah kurang sikit. fokuslah kononnya. podah.
Saturday, January 8, 2011
FYI
Sunday, January 2, 2011
2-01-2011
bukan aku taknak blogging. bukan aku tak nak list semua wishlist dan kata-kata harapan untuk 2011 dan kata-kata babai untukt 2010. bukan aku taknak buat tag si Chah. bukan.bukan. sebenarnya nak buat itu semua. nak meriah juga dengan orang lain sambut new year dekat blog. tapi sebab debaran di hati tidak tertanggung. haha. podah.
btw, esok aku start practical dengan engineering consultant. mahu tak berdebar. mestilah berdebarkan. haha. anyway good luck dekat diri sendiri.
hari ni birtday Mama. penat sorok kek dalam beg. HAPPY BIRTHDAY MAMA
nanti lepas hati dah tenang. keadaan diri dah stabil, baru blogging. haha. serabai je perasaan macam nak duduk SPM pulak. haha.
esok nak pakai baju apa? tudung apa? kasut apa? handbag? haha. itu yang lebih dirisaukan.
Wednesday, December 29, 2010
nobody does it better
last weekend aku pergi Kota Tinggi. jalan-jalan sampai ke Teluk Ramunia, Pengerang dan area-area situ. last time pergi sana masa umur 9 tahun. lama khaann?? memang saje-saje jalan hirup udara sana je. sampai sana amek-amek gambar lepastu balik. jauh jugaklah. ada lah dalam 2,3 jam perjalanan dari JB kot. tapi tah lah tak sure sebab banyak berhenti amek gambarlah, pergi makan lah, tengok pemandanganlah.
dekat sana ada pantai. dekat JB pantai semua dah kena tambak. Pantai Lido pun dah tak ada. tak tau dah nak lepak dekat mana lagi. habis semua memori zaman kanak-kanak dekat Pantai Lido. aku belajar kayuh basikal dekat Pantai Lido tau dulu! tsktsk -__-
Friday, December 24, 2010
a day with girlfriends
semalam lepas Subuh terus mandi lepastu terus keluar konon konon nak picnic di awal pagi. kalau picnic pagi pagi tak panas. memang tak panas pun, hujan renyai renyai je sepanjang pagi. =D
kitorang pilih Hutan Bandar. memang dah lama gila tak pergi sini. aku rasa last pergi masa party class 1 Daras dulu. form 1 masa tu. bila buat calculation sikit sekali cis dah dekat 10 tahun yang lepas. bila tengok tempat buat party tu teringat masa kitorang main game. mana boleh lupa. game yang aku kena dokong dengan Aliya. masa tu belum akhil baligh badan kecik ketot kurus gila boleh lah didokong dokong oleh rakan sebaya sebab nak menang game punya pasal =DD
then kitorang gerak pergi Ali Baba dekat Giant depan Angsana tu. nama dia apa? Giant Tampoi eh? =p
ini baru cuti akhir tahun.
Wednesday, December 22, 2010
let's roll
boling dengan ex classmate.
sepatutnya hari ni ramai yang datang tapi last last cetotet je yang datang pasal yelah siapa sangat yang free time time weekdays ni. lagipun Hariz dah nak balik Sabah (dia tak lama lagi nak jadi doktor so nak jadi doktor mana boleh lepak buang masa tak pasal pasal macam orang lain. cuti sem pun seminggu aje) kitorang datang jugak. lepastu Hariz offer nak belanja main boling, apa lagi, tak free pun boleh jadi free. so muka muka wajib yang tak boleh dengar perkataan 'belanja' mestilah muka kitorang,
Tuesday, December 21, 2010
Trueday
blog sedang diselenggara. entah apa yang diselenggara pun tak tau lah. ejaan 'diselenggara' ni pun tak pasti betul ke tak. lantak lah. dulu masa belajar BM dekat sekolah rasa susah sangat. ada subjek, predikat, apa tah lagi. cikgu BM tu siap buat formula kauu. boleh kosong jiwa. mana nak hafal kimia, bio, fizik, add math, math mode, sejarah lagi. ni adik aku tahun depan nak amek SPM boleh duduk buang masa main pesbuk lepastu dok sibuk baca blog Zack Zukhairi. mana dia kenal mamat blogger ni pun aku tak tau lah. lepastu kalau ditanya blogger mana lagi dia layan, habis semua nama blogger lelaki dia petik. dasar budak perempuan.
-__-" *bosan*