Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Singapore and Christmas (teaser)

Thursday, December 3, 2009

3.12.09

laptop masuk ward. ni tumpang laptop dida. macam2 nak cerita.
picnic isnin hari tu was awesome!~
we had so much fun together!
tapi masih xdapat nak upload gambar dekat fb. konfem budak2 ni bising pasal banyak amek gambar dekat kamera aku aje. hahaha. videos pun ada. i will try to upload it as soon as i can.

till then...take care people and enjoy your holiday! ^^

Saturday, April 11, 2009

like to inform

ok,
sudah dapat install YM kembali. hehe.
oh, gembiranya. sudah lama ok x online YM.

ok kawan2, jangan lupa buzz me!

btw,
pagi ini pulang ke jb.
daa~

Friday, March 20, 2009

saya balik dulu

hip hip hooreeyy~~
esok beta akan berangkat pulang ke jb. akhirnya. haha.

kepada sayang2ku yang pergi camping kem jati diri ke apa tah tu, jaga diri baik2 ye. kalau ikutkan i nak pergi jugak, tapi xde pemangkin. haha.(terlalu jujur)

ok, till then.

***tetibe aku rasa kaler kulit jason mraz sangat cantik. tanned kah itu? muahaha! xde kena ngena. serious aku dah ngantuk!

Friday, January 2, 2009

tahun baru yang lewat dan bosan

selamat tahun baru.

aku taw aku lambat.xpe.suka hati aku la kan nak wish bila.

aktiviti tahun baru xde lain, berfoya-foya atas katil dabel deker tingkat atas. perit oh turun naik katil. sebab aku suka sangat spend time atas katil dari duduk on9 atas meja. duduk kat meja tu bila time datang mood protokol aku aje.

dia punya bosan xpayahla nak cakap.aku ni semua muvi aku dah khatamkan. siap ada khatam 2,3 kali. dan sampai satu masa, aku nak naik muntah tgk cerita omputeh. mula la merapak carik cerita melayu. time ni la baru aku perasan, yang budak ump ni xmainla tgk cerita melayu. xhigh class.
x international.

baiklah! aku xboleh pendam sorang2 perasaan aku ni. maka aku luahkan hasrat aku kat rumate2 aku.
"cerita melayu yang bodoh2 pun xpela..janji melayu.plis."
setelah diusahakan oleh mint, akhirnya dapat jgkla 2,3 ketul cerita melayu. amek kau. cerita hantu indon mari.keyakinan nak tgk tu agak kurang, sebab aku agak penakut kan.tapi sebab nak tgk ramai2, aku on aje. hehe. tgk malam jumaat. adventure beb!

ahh! bukannya seram sgt pun. tapi adela tutup2 mata sikit. sikiiiit je.

mangkuk btol. sape nak share kebosanan dengan aku? silakan.

oh ya! baru aje lepas ber-skype dgn intan. plan untuk bersidang masih dalam perbincangan. sebab mint xde,so,postponed. and dia cakap mint out station. sertai larian amal. wow! cayalah mint. isi kebosanan sorang aje.


***btw, hari ni birthday my mama..happy birthday mama! lebiuuuuu~~~

Tuesday, November 11, 2008

johor bahru..10.30pm

hai!


cuti semester dah mula. malam ni aku balik jb. jurutera-jurutera civil semua pun dah buat post lebih kurang seiras sebentuk..lepas ni mesti aktiviti blogging semua dah xrancak mcm biasa..aku ni pun, xtawlah rajin nak online ke x. selalunya adik-adik aku je yg konker. malas aku nak rebut-rebut dengan budak2 x matang tu.
apa kelas??!! (nada keras)
kalau dah bosan tahap dewa gaban selalunya baru aku online. tgk tv lagi best.


bosan betul kalau balik sorang ni..duduk sorang je dalam bas..lagi malang kalau kita dapat single seat..aku memang selalunya malang la..ada sape2 nak temankan? jomla..jomlaa~..haha! (gatal)


so,,selamat tinggal bob saya..saya xmampu nak bwk awk balik sebab nanti orang kata saya gedik kalau nampak awk berdua dengan saya.orang xcakap awk..orang cakap saya. lagilah kalau saya yg kena peluk awk sepanjang masa..xnaakk!! nanti orang kata saya "macam budak-budak".. jadi,,bob saya tinggal dalam locker jelah ye..hehe.


sebelum aku merepek yg bukan-bukan lagi, lebih baik aku stop. dah! kemas jom!
selamat bercuti semuaa~~


***untuk rumate aku yg xbalik,, ko jage lah bilik baik2.. buatlah apa pun yg ko nak buat, asalkan jgn bawak balik laki ko sudah ah..haha!