Sunday, March 26, 2017

baju newborn

Harini kemas baju baju Iman yang dah tak muat. 


Bila tengok baju Newborn teringat kecilnya Iman masa baru lahir. Rindunya lahai nak letak dia atas kaki. Sekarang tak boleh dah. 

Nasib baik baju newborn beli tak banyak. Memang sekejap sangat pakai. Tak sampai sebulan lepastu tak boleh pakai. Iman pun memang lahir2 dah besar. 3.5kg.

Siap ada baju yang orang bagi langsung tak pakai sebab dah tak muat 😅

Tapi kalau beli sikit sangat pun susah jugak. Sebab Iman jenis kuat muntah. Like all the time setiap kali lepas susu dia memang muntah. Bukan sikit, banyak tahap memang basah baju barut semua. Kadang2 dalam 1 malam tukar baju sampai 3,4 kali. 

Ikutkan sangat orang cakap tak payah beli baju banyak2. Bila dah sehari 5,6 kali tukar baju, tarik muka jugak tukang basuh (Ayah Iman) sebab if skip basuh sehari, esok dah tak de baju 🙄

Boleh je nak beli banyak, tapi makesure beli size besar. So boleh pakai lama tak membazir. 

Tipsnya jangan ikutkan sangat apa orang kata, ikut je kata hati sendiri tapi berpada pada lah kan.

Monday, March 20, 2017

4M2D - meniarap

17-03-17 - 4 bulan 2 hari

Iman dah boleh meniarap tanpa kesusahan ;DD

Sebelum ni memang percubaan meniarap tu banyak kali, tapi tak berjaya. Ada pun sekali dua je berjaya itu pun dengan penuh bersusah payah.

Tiba2 lepas maghrib, baringkan Iman atas katil. Macam biasa. Terus dia berguling. Meniarap. Dengan senangnya siap tersengih as if suruh mama tengok dia dah boleh meniarap.

Now, I know that feeling. Sekecil-kecil benda yang buat kita rasa kecilnya kita. Banyaknya nikmat yang Allah dah bagi.



SUBHANALLAH

Tuesday, March 14, 2017

Baby food processor

Esok (15/3/2017) Iman genap 4 bulan.

So sebagai mak yang baru anak satu ni excited lah fikir preparation untuk start bagi Iman makan. Padahal ada 2 bulan lagi. So busylah kita baca review food processor. Cari mana yang mampu milik, berkualiti, senang handle, etc etc.

Tapi mata dok sibuk  pertimbangkan Beaba babycook ni. Harga boleh tahan, cute pulak tu. tapi kalau ikut review ok sangat2. katanya.

nak yang merah. bukan main nafsu maknya.

kita tengoklah nanti macam mana ;DD